Udang Masak Thai Stail Ibu Ni, Confirm Bertambah Makan

Share

Anda peminat masakan Thai? Masakan Thai boleh dikatakan pedas-pedas belaka. Lagi pedas lagi kaw. Sempena cuti sekolah ni mungkin ada tetamu bakal berkunjung ke rumah, jom hidangan masakan istimewa yang pastinya buat tetamu anda menambah nasi dek kerana kesedapan menu ini.

UDANG MASAK THAI

Bahan-bahan:
Udang (dibasuh dan diletak garam dan kunyit)
15 biji bawang merah-kisar
4 biji cili padi-kisar


1 biji cili merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
Batang ketumbar-kisar
2 batang serai
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
6 helai daun limau purut
1 sudu makan gula
Mushroom seasoning
Daun ketumbar

Cara memasak:

1.Bedakkan udang kita dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Kemudian goreng sekejap sahaja.


2.Kisar bawang merah, cili padi, cili merah, bawang putih dan batang ketumbar.

3.Pakai minyak udang tadi. Kalau banyak sangat boleh buangkan sedikit minyak tu. Serai 2 batang, titikkan dan masukkan.

4.Masukkan bahan dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

5.Masukkan sos cili.

6.Masukkan sos tiram.

7.Masukkan sos ikan ada gambar sotong ni sedap.

8.Letakkan air sedikit sahaja untuk menumis bahan tadi. Bagi ada kuah.

9.Masukkan daun limau purut.

10. Masukkan gula, tak ada gula perang boleh guna gula putih.

11. Masukkan mushroom seasoning sedikit bagi melazatkan lagi sambal kita.

12.Dah sebati semua masukkan udang. Gaul hingga mesra.

13.Dah mesra akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kemudian gaul rata.Ini pilihan ye, kalau taknak letak daun ketumbar ni pun takpe, sebab ada orang suka, ada orang tak suka.


14.Ok siap untuk dihidang.

Kredit: Ameera

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN