
Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan berempah macam ni.
Resipinya mudah saja disediakan namun boleh memikat selera satu keluarga dengan aroma dan rasa rempah kari. Bagi yang nak cuba kelainan masakan untuk keluarga menu berbuka nanti boleh cuba resipi Udang goreng kari berempah yang dikongsikan oleh Puan Wan Nor Zuriati ini.
Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Paling penting memang mampu membuka selera, buat makan bertambah-tambah!
Resipi udang goreng kari

Bahan-bahan
Udang segar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Cili hijau (jika ingin rasa pedas boleh tambah cili api)
Serbuk kari ayam daging
1/2 biji bawang Holand
2 batang serai
1 tangkai daun kari
Kunyit
Garam
Kentang -dibelah

Cara membuat:
1.Kisar bawang besar, bawang putih,halia, cili hijau.
2.Hiris bawang holand, bawang putih, serai dititik dan daun kari.
3.Udang letak garam dan kunyit.

4.Goreng udang separa masak, kemudian goreng pula kentang. Ketepikan
6.Tumiskan bahan yang dikisar guna minyak yang sama.
7.Bila dah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari.
8.Letakkan serbuk kari ayam daging.

9.Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit gula perang.
10. Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi.

Siap!

Sumber: Wan Nor Zuriati
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




