Tortilla Chicken Wrap Sedap. Sekali Buat Satu Family Boleh Makan

Share

Tortilla Chicken Wrap ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kalau buat untuk makan malam pun sesuai juga terutamanya bagi anda yang mahukan sajian yang lebih ringkas dan mudah. Kombinasi perlbagai bahan sebagai inti, membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan sekali. Nak cuba buat? Saudari Siti Husni ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

RESIPI TORTILLA CHICKEN WRAP

BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla
Nuget tempura secukupnya (RASA: boleh ganti dengan isi ayam panggang)


Sos cili/tomato secukupnya beli online disini
Mayones beli online disini
Sos cheesy nachos
Sos lada hitam beli online disini
Sos thousand island (optional. jika suka rasa sedikit masam, boleh letak)
Salad, tomato, timun, lobak merah & bawang holland secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan roti tortilla atas kuali non-stick atau masukkan ke dalam ketuhar pun boleh. Bakar sekejap dalam 2-3 minit sahaja. Jangan sampai roti garing nanti susah untuk dibalut.
2. Goreng nuget sampai garing. Kemudian potong kecil seperti dalam gambar.


3. Potong atau sagat lobak merah dan timun menjadi hirisan panjang. Bawang holland pula dipotong nipis.
4. Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, lobak merah, tomato dan nuget. Kemudian letakkan sos mengikut cita rasa masing-masing.


5. Balut tortilla dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.

TIP: Untuk mengemaskan wrap, boleh cucuk guna lidi kecil supaya lipatannya tidak terbuka.

 

Kredit petua & foto: Siti Husni

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN