Semalam kecoh di media-media sosial tentang kemurahan hati Putera Mahkota Johor; DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengejutkan rakyat yang sedang ‘shopping’ dengan membayar segala perbelanjaan pada hari tersebut semasa lawatan beliau bersama isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam ke pasaraya Aeon Tebrau City, Johor Bahru.
Kredit foto: Johor Southern TigersKredit foto: Johor Southern TigersKredit foto: Johor Southern TigersKredit foto: Johor Southern TigersKredit foto: Johor Southern TigersKredit foto: Johor Southern TigersKredit foto: Johor Southern Tigers
Difahamkan sebanyak RM3000 diperuntukkan untuk setiap pelanggan dan mereka boleh memilih apa sahaja barang keperluan yang mereka inginkan. Malah menurut sumber dari pelbagai berita, secara keseluruhan TMJ telah membelanjakan lebih daripada RM1 juta pada hari tersebut. Wow…Begitulah kasih raja kepada rakyatnya!
Ads
Namun disebalik keterujaan rakyat membeli-belah, ini pula yang terjadi bila ada pelanggan-pelanggan yang tak sempat berbelanja. Gambar yang dikongsi oleh pelayar Twitter; Nurainie Haziqah menunjukkan suasana kacau bilau yang berlaku dalam pasaraya tersebut.
Ads
Kredit foto: Helen YangKredit foto: Helen YangKredit foto: Helen YangKredit foto: Helen Yang
Berikutan dari insiden ini, hari ini pasaraya Aeon Tebrau City menerusi laman facebook telah mengumumkan penutupan sementara operasi.
Ads
Tak baik tau. Patutnya kena pakat berbelanja secara tenang. Walau apa-apa pun, memang untung siapa yang ada di pasaraya tersebut semalam. Min tengok pun seronok.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran ‘semi fine dining’ yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan sayap menerusi pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.
Lokasi strategik ditambah permintaan pelanggan menjadikan Elmina sebagai pilihan terbaik terutama buat penggemar hidangan enak di pinggir Lembah Kelang.
Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid berkata Elmina menjadi pelengkap sasaran lokasi di Lembah Klang yang mensasarkan bahagian Utara Lembah Klang seperti mana tiga cawangan sebelum ini.
“Putra Height adalah untuk bahagian barat Lembah Klang, cawangan di Putrajaya di bahagian barat serta Ampang untuk sekitar kejiranan bahagian tengah Lembah Klang.Outlet baharu di Elmina yang boleh memuatkan 50 pelanggan dalam satu masa merupakan cawangan terkini apabila beroperasi sejak Julai tahun lalu. Melihatkan sambutan, nyata pemilihan lokasi ini sangat bertepatan.
Kami percaya, selain hidangan aneka makanan barat yang enak sekali gus menjadi tanda dagang Kay’s Steak & Lobster serta layanan enam bintang, pelanggan juga mendapat kemudahan tambahan iaitu parkir kereta yang banyak,” katanya.
Aizuddin berkata demikian ketika majlis perasmian Restoren Kay’s Steak & Lobster Elmina yang menyaksikan kehadiran lebih 100 jemputan termasuk wakil media, pempengaruh serta rakan niaga.
Menurutnya, hebahan mulut ke mulut daripada pelanggan yang pernah merasai kelazatan hidangan istimewa terutama Beef Wellington di restoran terbabit antara penggalak orang ramai meminta mereka beroperasi di situ.
“Kami tiada formula khas untuk kekal bertahan, sebaliknya terus disokong ramai pelanggan setia serta pelanggan baharu yang kembali semula menikmati makanan kami sama ada bersama keluarga mahupun rakan.
“Istimewanya, selain menu utama seperti udang kara hidup diterbangkan hidup dari Maine, Boston dan Kanada selain stik dan aneka pasta, Beef Wellington yang juga signature Kays Steak & Lobster merupakan pilihan pelanggan bahkan mendapat sijil halal Jakim.
“Daging stik juga diimport dari ladang terbaik di Australia iaitu daging jenis premium dari pembekal Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat juicy serta tidak dibekukan dan paling penting dijamin halal,” ujarnya.
Hidangan premium stik di Kay’s Steak & Lobster masih dikira mampu milik dengan harga bermula RM130 untuk stik ribeye manakala bagi hidangan lobster adalah antara RM300 dengan berat lobster sekitar 800 gram.
Kay’s Steak & Lobster juga adalah lokasi makan seisi keluarga termasuk mereka yang mempunyai anak kecil dan seringkali menjadi lokasi untuk sesetengah pelanggan meraikan detik gembira seperti hari ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan.
“Dekorasi dalam setiap premis turut menjadi keutamaan kami bahkan cawangan Elmina dilengkapi ruang privasi buat mereka yang ingin menikmati hidangan dalam suasana private,” tambahnya.
Menjelang Ramadan, Aizuddin dan pasukannya bakal menyajikan hidangan tambahan istimewa iaitu nasi lemak lobster berempah Dan Nasi Lemak Rendang Short Rib berempah selain menyajikan menu sedia ada.
Sementara itu, katanya Kay’s Steak & Lobster turut dalam perancangan membuka satu lagi cawangan baharu di KLGCC Kuala Lumpur pada Ogos ini dengan konsep berbeza.
Seterusnya adalah mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2026.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan dapatkan maklumat lanjut di kaysteaklobter.com.
Bagi para peminat rancangan masakan, pastinya pernah menonton dan mengenali atok ini yang popular menerusi channel Youtube ‘ Grandpa Kitchen ‘kan? Dalam video-videonya, beliau banyak memasak hidangan dalam jumlah yang besar untuk sajian anak-anak yatim yang memerlukan.
Sifat pemurah serta aksinya yang bersahaja ketika memasak menggunakan dapur kayu menarik minat seluruh dunia sehinggakan channel Grandpa Kitchen berjaya mengumpul lebih dari 6 juta pengikut.
Namun, para peminat tidak dapat lagi menonton aksi Grandpa atau nama sebenarnya Narayana Reddy dari Telangana, India kerana beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Menerusi video yang dimuatnaik pada 30 Oktober 2019, Grandpa dinyatakan telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 di usia 73 tahun.
Grandpa from Grandpa's kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Sejarah tercipta apabila buku Coffee Mate – Sempurnakan Kopiku, karya Chef Selebriti Suwarsi M. Arukin dan pakar kopi Faizal Azzuri Shukri dirasmikan di Albatross Coffee, Putrajaya.
Majlis ringkas yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani, Pengerusi Universiti Kuala Lumpur meriah dengan kehadiran tetamu jemputan. Dalam ucapan beliau, diharap agar buku ini menjadi pencetus kepada anak-anak muda untuk mengembangkan sayap perniagaan, khususnya berasaskan kopi.
Buku Coffee Mate yang ditulis oleh dua orang penulis berbeza bidang ini boleh ditafsirkan sebagai buku yang lain daripada buku-buku resipi di pasaran. Buku ini mengandungi pelbagai resipi makanan dan minuman daripada bahan utamanya ialah kopi.
Antara resipi menarik ialah nasi lemak kopi, kepak ayam sos kopi, daging panggang salutan kopi, teknik seduhan kopi pelbagai metodologi dan banyak lagi yang pastinya membangkitkan selera. Lebih menariknya, pembaca disajikan dengan cerpen, kisah hidup dua insan penggemar kopi dalam situasi yang berbeza dan info berkaitan kopi untuk dikongsikan bersama. Malah, pembaca akan dibawa untuk mengetahui mesin atau peralatan penyediaan kopi dan bagaimana terhasilnya kopi yang dibancuh oleh seorang barista. Inilah kelainan yang ditonjolkan oleh Suwarsi M.Arukin dan Faizal Azzuri Shukri.
Sesuai dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, buku ini boleh dijadikan rujukan dalam penyediaan juadah berbuka puasa dan sajian enak pada Hari Raya Adilfitri nanti.
Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan busking daripada kumpulan Mellocinta dan demo teknik pour over V60 yang menggunakan biji kopi daripada Acheh Gayo ditaja oleh Aksara Gayo. Teknik seduhan ini dilakukan oleh Saudara Abdul Razak.
Resipi Gulai Ayam Serai tradisional yang wangi, pedas dan berlemak seimbang. Lengkap dengan teknik tumisan, rahsia kuah pekat dan rasa yang memikat hati.