Perayaan akhir tahun yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi!  ‘Eat Cake Today’ menyambut kedatangan musim perayaan dengan melancarkan aneka jenis kek, kek cawan & kek pop baharu bertema Krismas yang baharu.  Para media dan blogger berkesempatan bergambar bersama kek pilihan yang istimewa di samping menyaksikan sendiri demo membuat macaron dan kek buah tradisional. 

“EAT CAKE TODAY” Meriahkan Perayaan Krismas & Tahun Baru Dengan Koleksi Kek Istimewa

ECT telah menyenaraikan 10 jenis pilihan di portal eatcaketoday.com untuk menambat selera pelanggannya. Encik Ang Boon Chow, (B.C Ang) Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, menjelaskan semasa pelancaran promosi musim perayaan Krismas/Tahun Baru, ECT ingin menunjukkan penghargaannya dan berkongsi semangat kasih sayang dan saling memberi kepada pelanggan tetap dan juga pengunjung kali pertama portal dalam taliannya dengan menawarkan kek percuma kepada pengguna bertuah. Kami ingin memeriahkan perayaan dengan menyatukan hati sahabat handai, keluarga, dan rakan-rakan sekerja,” jelas Encik Ang.  

IKLAN

“EAT CAKE TODAY” Meriahkan Perayaan Krismas & Tahun Baru Dengan Koleksi Kek Istimewa

Portal Eat Cake Today menawarkan pelbagai pilihan kek berkualiti yang dihantar terus kepada pelanggan dengan cara yang menyenangkan. Semua pihak yang terlibat, daripada perkhidmatan pelanggan dan pembuat kek mahupun kakitangan penghantaran dihubungkan kepada sistem Eat Cake Today menerusi telefon pintar mereka untuk memudah dan menyelaraskan proses pesanan kek dari A ke Z bagi memastikan pelanggan menerima kek mereka dengan cekap dan tepat pada masanya. ECT bekerjasama dengan lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya. Disebabkan kemungkinan terdapat pelanggan yang mengalami alahan, ia juga menyenaraikan ramuan yang digunakan untuk semua kek. Untuk kek tanpa gluten dan vegan, pelanggan boleh mendapatkan kek daripada Baked KL yang turut disenaraikan sebagai pembekal.

IKLAN

“EAT CAKE TODAY” Meriahkan Perayaan Krismas & Tahun Baru Dengan Koleksi Kek Istimewa
Satu kelebihan Eat Cake Today ialah keupayaannya menghantar kek pada hari pesanan dibuat, menjanjikan penghantaran segera dalam masa hanya 4 jam. Kebanyakan kek dibuat khusus dari rumah, kedai kek tempatan, kafé bakeri dan lain-lain. Pilihan kek yang dipaparkan dalam laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan masa yang diperlukan untuk membuat dan menghantar kek, seperti pilihan 4 jam, pilihan 1 hari, pilihan 2 hari dan juga pilihan 3 hari. Harga kek bermula daripada RM40 kepada RM321 setiap satu dan tidak termasuk caj penghantaran.

IKLAN

Eat Cake Today juga mempunyai 4 kedai kek yang disahkan halal oleh JAKIM – iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, Eat Cake Today menawarkan kek yang boleh ditempah khas mengikut kemahuan pelanggan.

Eat Cake Today adalah salah satu calon CIP 300 yang terpilih di bawah program pembiayaan Cradle Fund (di bawah Kementerian Kewangan) untuk memulakan perniagaan berasaskan teknologi dan membangunkan serta mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka.       

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI