Buah nenas adalah superfood yang banyak khasiatnya, dan bagi yang menyukainya mungkin akan membelinya beberapa biji sekali gus dimakan. Terutama sekali jika harganya murah.
Cuma jika beli dalam kuantiti yang banyak, cara menyimpan nenas ini perlulah betul supaya tak cepat rosak. Selalunya kita mungkin kupas sebiji saja dan selebihnya disimpan. Memandangkan kita tak menyimpannya dalam peti sejuk jadi boleh praktikkan cara simpan nenas agar tahan lama yang dikongsi oleh Huda Zainal.
Tip simpan nenas tahan lama
Ujar beliau di rumahnya nenas memang buah yang tak putus stok, sekali beli 3 biji terus. Selalu selepas tiga hari buah nenas yang terakhir dipotong sudah lembik dan busuk.
Ads
Tapi sejak mempraktikkan tip yang diperoleh dari satu video, buah ini masih elok sehingga 6 hari, tak busuk atau berair. Caranya mudah sangat;
1. Potong dulu bahagian atas/ jambul nenas. Buang daun-daun yang tajam.
Ads
2. Sediakan bekas dan letak nenas secara terbalik. Bahagian atas letak ke bawah.
Ads
Itu saja, cara ini nenas akan tahan sampai 6 hari.
Korang suka cucur jagung, tapi tak suka yang berminyak, keras atau terlalu lembik, ini ada tip mudah yang boleh korang cuba supaya hasil cucur jagung yang korang buat rangup, sedap dan takda masalah berminyak lagi. Tidak salah mencuba tip ni ye..
Jagung Manis Gunakan jagung manis, kemudian hirisan isinya seperti hirisan membuat bubur, kemudian gunakan bahagian belakang pisau untuk keluarkan kanjinya yang masih berbaki pada tongkol jagung.
Tepung Beras Ramai yang membuat cucur menggunakan tepung gandum, tetapi jika korang ingin mendapatkan tekstur cucur yang rangup ia perlu dicampurkan dengan sedikit tepung beras. Nisbahnya ialah 3:1 atau 2:1 (dua untuk tepung gandum : satu untuk tepung beras). Terpulang kepada cita rasa korang dan keluarga. Sebaiknya gunakan tepung gadum rendah protein dan tambah sedikit serbuk penaik dalam adunan cucur.
Tambah Bawang
Selain menambah garam sebagai perasa, korang boleh tambah bawang. Ada yang menggunakan hanya bawang putih, ada juga yang menggunakan gabungan bawang putih dan merah. Malah untuk
Stok Serbuk Rasa sedap pada cucur termasuk cucur jagung adalah dengan menambah sedikit perasa ayam, daging, ikan bilis atau cendawan. Ikut cita rasa korang. Kalau korang nak masukkan udang atau ayam segar yanga dicincang juga tidak menjadi masalah.
Adunan yang konsisten Pastikan kekentalan adunan adalah konsisten setiap kali membuat cucur. Jika menggunakan telur, masukkannya di awal adunan campuran jagung dan tepung sebelum menambah air, dengan cara ini korang boleh mengagak kepekatan. Biasanya kepekatan yang diperlukan seperti korang membuat lempeng. Jika ingin lebih nipis, adunan mestilah sedikit cair.
Minyak
Gunakan minyak baru, ini penting supaya cucur jagung korang tidak dicemar oleh aroma masakan lain yang telah digoreng dengan minyak tersebut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi yang selalu membuat kek dan biskut, pastinya pernah jumpa penggunaan bahan seperti Soda Bikarbonat, Baking Powder ( serbuk penaik) dan Baking Soda. Bahan-bahan ini digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik, ringan, lembut dan gebu. Nama seakan-akan dan fungsinya kelihatan sama. Tapi ada juga bezanya. Silap guna, kek, biskut atau pau anda tak akan jadi segebu yang diimpikan. Jom kita lihat perbezaannya.
1. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat adalah bahan penaik yang biasa, mudah didapati dan digunakan secara meluas dalam penghasilan kek, roti dan kuih. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar. Fungsinya adalah untuk menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Biasanya soda bikarbonat sering digunakan dalam penghasilan kek, roti dan kuih yang ada unsur asid didalamnya seperti yang menggunakan yogurt, susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan sebagainya. Soda bikarbonat bersifat alkali. Oleh itu ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan soda dan bahan asid apabila disatukan akan menghasilkan karbon dioksida. Maka apabila dibakar, doh akan mengembang. Oleh sebab itu bila hasilkan kek atau roti, mesti guna bahan ini. Jika tidak, pasti hasilnya padat dan tidak gebu.
2. BAKING POWDER (SERBUK PENAIK)
Selain Soda Bikarbonat, serbuk penaik atau Baking Powder juga adalah bahan yang wajib ada jika nak masak kek dan kuih. Biasanya ramai yang keliru diatara dua bahan ini.
Baking Powder adalah agen penaik kimia yang mengandungi campuran asid (biasanya cream of tartar), alkali (soda bikarbonat) dan tepung. Bila diadun dengan bahan lembap, ia akan menghasilkan gas yang membantu kek dan kuih menjadi kembang, lembut dan gebu.
Di pasaran, terdapat dua jenis serbuk penaik yang biasa dijual iaitu yang biasa dan berganda (double-action baking powder). Baking Powder biasa digunakan dalam menghasilkan kebanyakkan kek manakala jenis berganda pula digunakan untuk memasak aneka kek dan kuih kukus seperti apam, pau, kek kukus dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari Baking Powder biasa bagi menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan kembang.
3. BAKING SODA
Baking Soda. Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Carta ini mungkin boleh bantu anda untuk faham antara kedua-dua bahan ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memasak makanan laut seperti sotong dan sebagainya adakalanya memerlukan ketahanan yang kental kerana percikan minyaknya yang bukan sedikit. Silap langkah, habis dapur anda berminyak. Belum kira yang kena pada kulit lagi.
Ada pelbagai cara yang dipesan oleh ibu kita untuk elakkan masalah ini. Ada yang kata guna tutup periuk, lap bahan masak supaya tiada air dan sebagainya. Salah satu petua lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan garam.
Penggunaan garam kasar amatlah membantu anda. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak gorengan yang hendak dipanaskan kemudian barulah dimasukkan bahan gorengan seperti biasa. Hasilnya tiada percikan minyak panas lagi.