Masak nasi menggunakan periuk elektrik atau periuk biasa, pasti meninggalkan kerak nasi. Sayangnya! Nak makan tak sedap, nak dibuang sayang. Oleh itu, apa kata cuba masak nasi secara kukus. Dengan cara ni nasi tak akan ada kerak malah lebih sedap dan cepat masak. Nasi pun tak lebih dan boleh elakkan pembaziran. Jadi jika periuk nasi elektrik anda rosak, jangan susah hati. Boleh masak cara ni.
Dah 3 tahun takde rice cooker. Habis tu masak nasik macam mana? Saya guna pengukus je. Ada yang dah tahu cara dia kan? Ok yang belum tahu ni cara saya. Saya guna loyang 7@8 inci (untuk 5-6orang ). – Ita Marsita
BAHAN-BAHAN:
Beras – ikut sukatan yang biasa anda masak
Air – ikut sukatan air untuk masak nasi yang biasa
CARA-CARA:
1. Bersihkan beras macam biasa dan sukat air.
2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang dan letak dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.
Ads
3. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, jika air dalam loyang dah kering, itu tandanya nasi dan masak.
4. Jika masak nasi untuk seorang, boleh guna bekas kecil sahaja.
Ads
5. Masak cara ni juga boleh jimatkan masa memasak. Caranya ialah dengan kukus nasi bersama lauk dan sayur. Satu tingkat masak lauk dan satu tingkat untuk nasi.
Ads
6. Pastikan nasi berada di bahagian atas supaya air tidak jatuh atas nasi.
Anda penggemar kopi? Jam berapa biasanya anda minum kopi? Terdapat kajian menunjukkan bahwa waktu efektif minum kopi bukanlah di waktu pagi. Jika anda suka minum kopi di pagi hari, fakta ini akan mengubah rutin waktu minum kopi anda.
.
Mengapa kita harus minum kopi di waktu yang tepat? Penting supaya anda dapat merasakan manfaat maksimanya. Jika anda minum kopi di waktu yang salah, manfaat kopi yang kita ketahui tidak berkesan kepada anda. Rugikan jika begitu.
Berikut waktu yang paling tepat untuk minum kopi.
1. Mengetahui pengeluaran hormon kortisol
.
Anda pasti minum ubat di waktu yang ditentukan oleh doktor, atau di waktu anda sangat memerlukannya. Begitu juga dengan kopi yang mengandung kafein. Anda perlu kafein di saat tubuh anda sangat memerlukannya. Jika anda memasukkan kafein ke dalam tubuh di saat tubuh tidak memerlukannya. Apa yang anda rasakan? Tentu jawabannya tidak ada.
Hormon kortisol adalah salah satu hormon penting yang dihasilkan oleh tubuh kita. Kortisol adalah hormon yang dibuat oleh dua kelenjar adrenal (satu terletak pada setiap ginjal) dan sangat penting untuk kehidupan. Hormon kortisol dikenal juga sebagai hormon stres kerana hormon ini akan dihasilkan lebih banyak ketika tubuh mengalami stres, baik dari segi fizikal mahupun emosi.
.
Hormon kortisol berperanan pada penggunaan gula atau glukosa dan lemak dalam metabolisme tubuh untuk menyediakan tenaga atau energi. Selain itu, hormon kortisol berfungsi mengendalikan stres yang dipengaruhi oleh keadaan jangkitan, kecederaan dan aktiviti berat serta stres fizikal dan emosional.
Saat merasa keadaan bahaya, maka bagian dari otak akan menyalakan penggera tubuh. Hal itu kemudian akan memicu kelenjar adrenal yang berada di atas ginjal mengeluarkan hormon adrenalin, keadaan ini sama dengan hormon kortisol. Pada keadaan normal, kadar hormon kortisol tertinggi mencapai puncak pada pukul 8 sampai 9 pagi dan akan semakin menurun. Saat hormon kortisol anda menurun, saat inilah anda memerlukan kafein yang ada di dalam kopi.
2. Bilakah waktu yang paling efektif untuk minum kopi?
.
Bila anda sudah tahu bilakah waktu penghasilan hormon mencapai paras tertinggi,tentulah anda sudah tahu jawapannya yaitu saat pengeluargan hormon ini mencapai paras terendah atau perlahan menurun di dalam tubuh. Kafein memang tidak meningkatkan produksi hormon kortisol, namun dapat menggantikan peranan hormon ini saat produksinya menurun dan mempengaruhi anda.
Alasan kopi dapat membuat kita bersemangat adalah efek kafein kepada otak. Tidak hanya sebagai stimulan atau perangsang, kafein juga dapat menghambat reseptor adenosin yang membuatkan anda lebih bertenaga serta lebih bersemangat.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Steven Miller dari University of Health Sciences di Bethesda, produksi hormon kortisol akan mengalami peredaran jam saat penghasilan hormon kortisol mencapai puncak tertinggi adalah jam 8.00-9.00 pagi, jam 12.00-13.00 tengahari dan jam 17.30-18.30 petang. Setiap orang memang memiliki putaran dan peredaran yang berbeza-beza namun rata-rata akan mengalami pengeluaran hormon kortisol tertinggi di jam-jam itu.
Jadi, waktu yang paling tepat untuk minum kopi adalah, saat pengeluaran hormon kortisol anda mulai menurun, tepatnya pada jam yang kita kenal dengan istilah coffee break, antara jam 9.30-11.30 pagi, jam 1200 -1.00 tenghari dan jam 5 petang.
.
Sekarang pilihan terletak di tangan anda untuk mengubah rutin kebiasaan minum kopi bagi mendapatkan manfaat secukupnya daripada secawan kopi.
Anak-anak memang pantang tengok yoghurt pelbagai perisa yang ada dijual di pasaran. Sebab tu setiap kali beli barang dapur di pasaraya, yoghurt antara barang makanan wajib beli bagi mak-mak yang ada anak kecil. Memang yoghurt baik untuk kesihatan, tetapi asyik kerap membeli, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah, sebab nak buat yoghurt tak perlu banyak bahan dan cara membuat juga ringkas dan muda. Kalau nak tahu macam mana cara, baca tip berikut:-
SEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN:
Bahan penting wajib ada adalah bakteria Lactobacillus Bukgaricus yang boleh dibeli di kedai bahan kimia atau kedai barang-barang bakeri. Kalau susah sangat nak dapat, boleh je guna yoghurt plain yang ada label ‘live culture’, ia merujuk pada yoghurt tersebut mengandungi bakteria hidup. Ia penting supaya bakteria boleh berkembang biak semasa proses fermantasi susu hingga menjadi yoghurt. Selain itu sediakan juga susu cair, thermometer, sudik kayu, kain bersih, bekas keap udara dan periuk tahan karat. Apapun korang kena pastikan semua peralatan ini bersih supaya yoghurt yang anda buat menjadi dengan eloknya.
PANASKAN SUSU CAIR:
Panaskan susu cair dengan suhu lebih kurang 70-80 celcius atau hingga susu panas tetapi tidak mendidih selama 15-30 minit. Tujuannya supaya bakteria dalam susu boleh mati tanpa merosakkan segala nutrisi dalam susu. Proses pemanasan ini juga membantu mengurangkan kadar air dalam susu. Sepanjang proses memanaskan susu, pastikan susu sentiasa dikacau untuk elakkan dari berketul.
SEJUKAN SUSU YANG TELAH DIMASAK:
Susu yang telah dimasak tadi disejuk hingga suhu lebih kurang 25-30celcius atau suam-suam kuku. Agar tidak ada dicemari bakteria, tutup periuk dengan kain bersih yang telah korang sediakan tadi.
CAMPURKAN BAKTERIA DALAM SUSU:
Apabila susu sejuk, bolehlah campurkan bakteria atau yogurt plain lebih kurang 5-10% dari jumlah susu yang telah dipanaskan tadi. (contoh 100ml susu cair, maka bakteria atau yoghurt yang dicampur adalah 5-10ml bergantung kepada kepekatan yang diperlukan. Oleh jika lebih bakteria dimasukkan, lebih pekat yoghurt korang. Setelah dicampur, kacau rata, kemudian tuangkan dalam bekas kedap udara dan tutup semula dengan kain bersih yang kering.
PERAMKANNYA:
Simpan dan biarkannya tanpa diusik sekurang-kurangnya 24 jam pada suhu bilik supaya bakteria membiak. Bila susu menjadi pekat, berbau dan rasanya masam, tandanya yoghurt yang korang buat menjadi dan boleh digunakan.
SIMPAN DALAM PETI SEJUK:
Jika korang tidak mahu menggunakan lagi yoghurt atau ada lebihan selepas digunakan, ia perlu disimpan dalam peti sejuk supaya bakteria tidak mati dan rasa yoghurt kekal sedap.
Kalau korang ikut cara yang RASA kongsikan ini, tak ada sebab yoghurt tak menjadi. Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
2. Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
Kredit: Exportersindia.com
3. Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
Kredit: http://ripeme.com
4. Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
5. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
6.. Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!