Pergi kedai nak beli bendi, tapi kecewa bila lihat semua hujung bendi dah dipatahkan gara-gara kerana mahu memilih bendi muda. Bukan saja kita geram dengan keadaan ini tapi pemilik kedai juga.
Sebenarnya tak perlu pun kita patah hujung sayur ini, ada lagi cara lebih mudah yang boleh digunakan untuk memilih bendi muda. Kita hanya perlu lihat bahagian tangkai bendi saja. Tip ini dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Cara pilih bendi muda tanpa patahkan hujung
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah. Saya pun tunjukkan cara mudah;
Bendi boleh kita kelaskan kepada 5 tahap
IKLAN
1. Sangat Muda
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
IKLAN
2. Muda
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
3. Tua
Bendi tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
IKLAN
4. Sangat Tua
Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
Kesimpulannya memang senang sangat nak tahu bendi muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua.
Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Jika tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.
Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati, ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.
Tanam pokok sup dari biji benih & penjagaannya supaya kekal subur
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yang terik.
7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Minuman herba berkhasiat. Selain mempunyai manfaat yang tersendiri ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan dalam tubuh badan. Tak cuba tak tau, buat sendiri dan rasai kesegarannya!
BAHAN-BAHAN:
500 gm aloe vera di potong dadu
500 gm kurma merah
400 gm gula batu
12 helai pandan
3 liter air
CARA MEMASAK:
1. Rebus semua bahan hingga mendidih guna api perlahan selama 1 jam 1/2
2. Sejukkan dan siap di minum.
Kongsi resipi: Mas Cotek
8 Manfaat Aloe Vera Yang Disokong Oleh Sains.
Manfaat aloe vera untuk kesihatan:
1. Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan
Lidah buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan/daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.
Ianya banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbang kepada $13 billion dalam harga pasaran.
Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.
The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.
2. Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria
Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan.
Gel lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol.
Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada bandan.
3. Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar
Lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.
Khasiat lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.
4. Air Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash
Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami.
Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan perbenyukan plak pada gigi.
Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.
Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.
Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigi, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida albicans.
5. Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)
Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.
Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.
Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.
Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.
Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.
Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!
6. Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit
Lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.
Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.
Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.
7. Manfaat Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.
Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.
Kajian yang lain pula mendapati bahawa lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.
8. Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)
Kadang-kala, lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes)
Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.
Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.
Sumber: mrtengkuasmadi.com
10 Khasiat Kurma Merah (kurma cina) Untuk Kesihatan:
1. Kurma Merah boleh meningkatkan produksi sel darah putih yang bermanfaat untuk tingkatkan ketahanan tubuh.
2. Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).
3. Kurma Merah kaya dengan anti-oksidan yang boleh melemahkan sel kanser.
4. Mampu memberikan nutrisi serta meningkatkan produksi darah.
5. Kurma Merah bermanfaat juga pada wanita kerana ia boleh melancarkan pengeluaran darah haid dan darah selepas melahirkan.
6. Sangat baik untuk pesakit diabetes,
7. Bagus untuk mengatasi perut kembung dan penderita masalah pencernaan seperti sembelit.
8. Menyembuhkan batuk berkahak, sakit gigi, dan infeksi gusi.
9. Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.
10. Dapat menenangkan fikiran dan boleh menyembuhkan pesakit insomnia.
Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Anggur
Tepung gandum secukupnya
CARA-CARA:
1. Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
2. Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
3. Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.