Halau segala serangga yang ada di dapur hanya menggunakan kulit telur sahaja. Memang biasa kalau ada semut, lipas, anai-anai dan sebagainya di dapur. Kadang dah buat macam-macam cara tapi masih tak berkesan.
Petua yang dikongsikan oleh Abel Lione Karia ni boleh anda cuba, hanya gunakan kulit telur sahaja, murah dan mudah nak buat.
Halau Serangga ‘Merayap’ Di Dapur
Syukur Alhamdulilah…harini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya mengunakan kulit telur..kita banyak gunakan telur kan??tapi terus buang kulitnya.
Ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai-anai, tikus, dan ular serta yang sewaktu dengannya. saya dah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur dah tiada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur. silakan share jika bmanfaat saya dapat info ni pun dari gogle.
Tips untuk kak long yang baru kahwin untuk suami suka makan pulut durian. Banyak tengok kawan-kawan yang baru nak belajar masak, tak tahu nak masak pulut dengan elok.
Jom kita tengok tips yang diberikan Mil Wawa, yang hanya menggunakan periuk elektrik saja. Senang sangat kan?
*Jangan rendam pulut nanti bila masak, jadi lagi lembik.
*Cuci beras pulut macam nak masak nasi, lebihkan sedikit air dari paras pulut. Saya letak sikit je garam nak bagi lemak-lemak sikit. Tak banyak ya sikit sangat.
Pulut dah siap masak
*Letak sedikit minyak masak.
Contoh : 2 cup beras pulut, saya letak 2 sudu besar minyak matahari. Kacau dan terus hidupkan suis dan biarkan dia masak. Lepas tu bolehlah sendukkan. Periuk pun tak melekat.
*Tips kalau pulut dah masak tapi terlebih air/ lembik. Jangan risau. Letakkan sekeping roti kosong dan on suis balik.
*Opss, jangan letak roti coklat ke kismis ke, nanti jadi pulut coklat pula. Lepas tu tengok keajaiban dia. Pulut tadi jadi normal balik.
Sambal Tumis adalah antara masakan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Hidangan bersambal ini sesuai dimasak bersama pelbagai jenis bahan seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, telur dan bermacam-macam lagi. Namun, ada di kalangan kita yang masih tercari-cari cara untuk menyedapkan lagi sajian ini. Mungkin kerana merasakan resipi yang sedia ada kurang menepati selera.
Melalui hantaran di FB, saudara Putra Bugis Temasek telah berkongsi tip dan petua untuk memasak sambal tumis yang lebih sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK SAMBAL TUMIS YANG LEBIH SEDAP
Hari ini saya nak share petua atau cara buat sambal tumis. Tip-tip yang saya kumpulkan ini boleh membuatkan sajian ini bertambah sedap ketika dimasak. Saya buat penyelidikan tentang inipada tahun 2013. Semoga bermanfaat & selamat membaca. Jika ada tip-tip dari teman-teman, sharelah juga ya..
1. TIP MASAK SAMBAL TUMIS BILIS
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Ia akan membuatkan sambalnya rasa lebih berperisa.
Bila masak Sambal Ikan Bilis, tidak perlu masukkan garam kerana bilis sudah mempunyai rasa masin. Tambah jika perlu sahaja.
Untuk rasa lebih enak, boleh goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar hingga agak layu. Angkat. Tumis kisaran cili kering hingga masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam danbarulah masukkan ikan bilis serta bawang yang digoreng tadi.
Untuk masak sambal sotong yang sedap, kena elak sotong berair dan mencemarkan sambal.
Caranya, selepas dibasuh, perap sotong bersama garam. Dan ketika memasak, rasa kuah terlebih dahulu supaya rasa garam tidak berlebihan.
Sotong tidak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal.
Semasa masak sambal, masukkan sotong terlebih dahulu. Biar hingga kecut barulah masukkan air asam jawa.
Jika nak elak sotong terlalu kecut, masak sotong separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Teruskan masak sambal hingga pekat dan barulah masukkan sotong kembali ke dalam sambal.
Kalau masak Sambal Tumis Udang, kulit dan kepala udang jangan dibuang. Rebuskan kulit udang dan masukkan air rebusan dalam sambal. Ia akan menjadikan rasa sambal lebih sedap dan berperisa.
Ketika memasak sambal, masukkan udang terlebih dahulu. Biar sehingga air udang keluar dan barulah masukkan air asam jawa.
Untuk elak isi udang keras, masak udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Bila sambal hampir masak, barulah masukkan udang kembali ke dalam sambal.
Untuk rasa sambal lebih berperisa, boleh juga kisar cili kering bersama sedikit udang kering bagi menyedapkan rasa.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering, masukkan sikit kunyit hidup. Insyallah mana-mana masakan yang perlu guna cili seperti sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap.