Makanan

Tip Mudah Bersihkan Lendir & Hilangkan Bau Hanyir Ayam Guna Tepung Gandum!

Share

Ada caranya untuk membersihkan lendir dan hilangkan bau hanyir pada ayam segar yang dibeli. Bukan apa, jika ayam tak dicuci dengan bersih, memang akan berbau dan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.

Membersihkan lendir dan bau hanyir ayam paling berkesan dengan menggunakan tepung gandum kerana ia bertindak menyerap kotoran serta lemak. Ikut cara yang dikongsikan ini.

Bahan Diperlukan:

3-4 sudu besar Tepung Gandum
Besen
Penapis

Cara Membuat:

1.Mula-mula basuh ayam dengan air bersih untuk membuang segala kotoran, darah mahupun lebihan lemak yang ada.

2.Kemudian, taburkan 3 hingga 4 sudu besar tepung gandum pada ayam tadi.

3.Gaul rata supaya tepung bersalut pada seluruh bahagian ayam. Biarkan selama 10 hingga 15 minit supaya tepung menyerap lendir dan lemak yang ada.

4.Akhir sekali, bilas ayam dengan air bersih yang mengalir sehingga semua tepung hilang. Lendir akan tertanggal bersama tepung, menjadikan ayam kesat, segar serta tak berbau hanyir.

Siap! Selamat Mencuba!

Bolehlah masak seperti biasa mengikut resipi pilihan anda.

 

Hilangkan Hanyir Dengan Lebih Berkesan

Tepung gandum bantu buang lendir dan bau hanyir ayam dengan mudah.

Cuba Sini

Published by
Suhaidah Abd Wahab