Tahukah  anda bahawa cookies yang bermacam jenis dan rasa sebenarnya ia terbahagi kepada tiga jenis tekstur yang berbeza. Tiga tekstur itu adalah soft anda chewy (lembut dan sedikit liat),  thin and crispy (nipis dan rangup) dan light and cakey (lembut dan tekstur seperti kek). Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenainya, anda boleh baca info berikut:-

Tip Kenali 3 Jenis Tekstur Cookies Sebelum Baking.

Soft & Chewy

Cookies jenis ini, teksturnya lembut tetapi sedikit liat, tetapi ia bukan ‘Lemau’  seperti sesetengah sangaan orang ye. Tekstur yang sedikit  chewy atau liat itu disebabkan oleh pengembangan glutien dalam adunan. Kalau korang suka tekstur sedemikian,   ini cara untuk mendapat tekstur sedemikian:-

  • Banyakkan kadar cecair dalam adunan dengan mencairkan mentega. Rahsia tekstur chewy adalah kelembapan dan mentega mengandungi kandungan air sebanyak 20 %. Jika ia dicairkan membantu adunan menjadi lembab, selain dilembabkan oleh susu dan air.
  • Lebihkan gula perang kerana kandungan ini menjadikan cookies lebih chewy, disebabkan kandungan molase di dalam gula perang.
  • Kurangkan tepung dan putih telur, dan lebihkan sebiji kuning telur dalam setiap kali memasukkan sebiji telur. Ini kerana kuning telur mengandungi protein tinggu yang maampu mencipta glutien.

Tip Kenali 3 Jenis Tekstur Cookies Sebelum Baking.

 Thin & Crispy

Tekstor cookies yang nipis dan rangup ini biasanya akan dibakar hingga bertukar warna kecoklatana. Namun untuk mendapatkan tekstur sedemikian ini infonya:

  • Lebihkan mentega, inilah yang menjadikan cookies menjadi rangup. Anda disarankan menggunakan mentega berwarna kuning berbanding mentega putih atau menggunakan margarin mengandungi protein tinggi bagi memudahkan proses garing dan rangup.
  • Lebihkan gula, sama seperti mentega rasa fungsinya untuk merangupkan cookies. Disarankan anda menggunakan dua jenis gula (perah dan putih) dengan nisbah sama banyak.
  • Kurangkan telur terutama kuningnya. Ia akan menjadikan cookies lebih rangup dan nipis.
  • Campurkan semua bahan cookies dalam suhu bilik supaya bahan  diadun rata, sekata dan tidak mudah pecah.

 Tip Kenali 3 Jenis Tekstur Cookies Sebelum Baking.

Light & Cakey

Cookies  jenis ini  adalah lembut teksturnya dan sedikit tebal.  Jadi adunannya juga agak lembut dan sebab itu ia menggunakan skop ais krim sebagai acuan untuk meletakkannya dalam dulang pembakar. Namun untuk mendapatkan tekstur lembut dan tebal  sebegini, korang boleh ikut tip berikut:

  • Lebihkan telur, kuinng telur memberikan rasa dan putih telur membantukan tekstur lebih kering dan fuffy. Namun pastikan jumlah telur yang digunakan, kerana jika terlebih telur cookies mungkin rasa telur.
  • Tukar baking soda dengan baking powder untuk menjadikan cookies lebih mengembang.

Dari ketiga-tiga tekstur ini mana satu pilihan korang.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI