
Bagi peminat sambal, ikan bilis adalah salah satu bahan utama untuk membuat sambal. Senang cakap, kalau ada bawang, cili dan ikan bilis, dah cukup nak buat sepiring sambal sebagai pelengkap dalam hidangan.
Namun pernah tak korang masak sambal tapi ikan bilis dalam sambal tu liat? Apabila ikan bilis jadi liat selepas dimasak, memang akan menyebabkan selera terbantut. Ikan bilis yang sedap adalah yang rapuh dan rangup apabila dimasak. Kalau liat atau keras, alahai, selera menjadi berkurangan.
Melalui seorang pengguna facebook, Abu Dhiya yang juga pemilik kepada Sambal Bilis Rangup 3 Rasa, beliau memberikan sedikit tip untuk membuat sambal bilis yang tidak liat. Tip ini mudah dan sangat berguna bagi korang yang juga peminat sambal.
Kata Abu Dhiya yang menggunakan gelaran Abam Sambal, tip untuk dapatkan ikan bilis lebih sedap dan tidak liat adalah seperti berikut.
Kalau nak sambal ikan bilis lebih sedap, ikan bilis tu kena kering ketika dimasak. Jadi, lepas basuh, biarkan airnya betul-betul tos dulu. Kalau masak time ikan bilis tu basah, nanti ikan bilis tu liat.
Jadi, lepas ni kalau nak masak sambal, jangan masak ketika ikan bilis tu basah. Pastikan ikan bilis kering barulah dimasak ya. Selamat mencuba!
#TipAbamSambal
Kredit: Facebook Abu Dhiya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Rak Barang Dapur Gaya Inggeris Guna Barang Kedai Eco.

Rak barang dapur sememangnya jadi keperluan. Mana tidaknya, dapur yang kemas dan teratur semestinya menyedapkan mata memandang dan memberi kepuasan buat ibu-ibu. Deretan botol-botol sos, rempah, perasa dan sebagainya yang tersusun rapi, memberikan ‘mood’ gembira bila memasak.
Rak sebegini jika dibeli, harganya boleh tahan. Ada yang mencecah belasan hingga puluhan ringgit. Tapi kadang-kala, tak tahan lama.
Menerusi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin, beliau menunjukkan cara-cara untuk membuat rak gaya inggeris yang boleh dihasilkan sendiri secara DIY menggunakan barangan dari kedai Eco sahaja.
Ya! Guna barang kedai RM2 je puan-puan. Ditambah dengan sedikit kreativiti, hasilnya memang memang menakjubkan. Kos keseluruhan hanya RM10.50 sahaja.
Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan serta cara-cara membuatnya.
CARA-CARA MEMBUAT RAK BARANG DAPUR GAYA INGGERIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
Kredit: Noriza Zainal Abidin
Nak beli BARANGAN RUMAH yang berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
DIY Pintu Kabinet Dapur Serendah RM2.10 Sahaja. Hasilnya Tetap Cantik & Tersusun!
DIY Kabinet Dapur Dengan Bajet RM250 Sahaja. 2 Minggu Dah Siap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lemak Oh Lemak, Kena Bijak Kalau Tak Nak Mudarat

Semua makanan umumnya mengandungi beberapa jenis lemak. Ada jenis lemak yang baik untuk kesihatan tetapi ada juga yang dikenali lemak jahat dan boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi mak-mak, kakak-kakak dan adik-adik sangat penting untuk bijak memilih jenis lemak yang sihat. Apa pun gunakannya secara sedehana. Apa pun jenis makanan memang memudaratkan jika berlebihan kan.
Ok min nak cerita pasal jenis lemak yang berpotensi memberikan manfaat bagi kesihatan sahaja. Mungkin ramai dah tahu, tak pe kan kita sama-sama ‘refresh ‘ memori’. Dua jenis utama dari lemak yang berpotensi memberikan manfaat bagi kesihatan iaitu:
I.Lemak Monounsaturated (lemak tak tepu)

Lemak jenis ini ditemukan dalam berbagai jenis makanan dan minyak. Penelitian menunjukkan bahwa makanan yang banyak mengandung lemak monounsaturated dipercayai boleh memperbaiki paras kolesterol. Bermakna ia mampu mengurangi risiko dari penyakit jantung.Kajian menunjukkan bahwa lemak monounsaturated ini mungkin bermanfaat untuk paras insulin dan mengawal gula darah.
Ia sangat membantu para penderita diabetes. Lemak ini termasuk kelompok lemak sihat. Anda boleh memperoleh lemak ini dari minyak zaitun, kanola, bunga matahari , avokado, badam dan juga minyak bijan.
II. Polyunsaturated Fat (lemak poly tak tepu)

Lemak jenis ini terdapat dalam minyak sayuran, ikan, dan makanan laut. Penggunaan minyak lemak jenis ini akan menurunkan jumlah kolesterol dalam darah terutama LDL. Minyak safflower (Carthamus tinctorius) dan minyak bunga matahari banyak mengandung lemak jenis polyunsaturated.
Masih tergolong sebagai lemak sihat, lemak polyunsaturated jugaditemui dari minyak kacang soya dan juga minyak jagung. Bukan hanya itu saja, lemak sihat ini juga didapati dari biji bunga matahari, buah labu kuning dan flaxseed. Ikan laut seperti tuna, makarel, salmon, hering, sardin dan trout juga kaya kandungan lemak ini.
Ini pula 5 pilihan minyak yang lebih elok digunakan untuk memasak :
1. Minyak zaitun

Minyak zaitun kaya antioksidan yang disebut polifenol, yang terkait dengan kesehatan jantung. Ia lebih stabil bila dipanaskan. Namun ada juga yang berpendapat minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng secara ‘deep fry’kena ia memiliki tahap didih yang rendah.
2.Minyak Canola

Rasa semulajadi dan tahap asap tinggi menjadikan minyak kanola pilihan yang sangat baik untuk panggan dan tumis. Sebahagian besar minyak canola melalui teknik penyulingan kompleks, bermakna ia tidak memiliki anti oksidan sebanyak minyak zaitun.
3.Minyak biji anggur (grape seed)

Minyak biji anggur organik kaya akan asid lemak tak tepu terutamanya omega 6. Menurut American Heart Association asid lemak ini jenuh ganda dapat mengurangkan kolesterol dan risiko penyakit jantung.Asid lemak tak tepu dalam kandungan minyak goreng tidak akan membuat minyak tersebut mengalami oksidasi.
4. Minyak kacang

Minyak kacang paling sesuai digunakan untuk segala masakan yang dipanggang dan ditumis. Tahap pijar dari minyak kacang tergolong tinggi, membuatnya pilihan yang tepat untuk teknik memasak dalam kepanasan tinggi. Minyak kacang mengandungi phythosterol yang sihat untuk jantung, lemak sayuran di dalamnya penting untuk menurunkan kolesterol dan mengawal perkembangan kanser.
5. Minyak bijan

Minyak bijan telah terbukti mencegah diabetes, dan juga dapat meningkatkan plasma glukos pada penderita diabetes hipersensitif. Selain itu, minyak bijan dapat menurunkan tekanan darah pada penderita diabetes karena kandungan magnesiumnya yang tinggi.
Minyak bijan juga dipercayai dapat membantu penurunan kadar kolesterol, kerana ia mengandung phythosterol. Malah ia juga meningkatkan kesihatan jantung kerna ia bersifat agen antioksidan dan anti peradangan.
6 Makanan Tinggi Protein Ni, Boleh Cepat Sembuhkan Luka…

Nak sembuhkan luka cepat, biasanya dikaitkan dengan vitamin C. Tetapi sebenarnya makanan yang tinggi kandungan proteinnya juga memberikan khasiat yang diperlukan untuk proses penyembuhan luka.

Anda kena percaya nih sebenarnya apa yang anda makan, boleh menentukan cepat atau lambat tubuh anda sembuh. Makanan yang tinggi kandungan protein ada kebaikan jangka panjang kepada tubuh kerana setiap sel di dalam tubuh mengandungi protein.
Jadi , pilihlah makanan kaya protein untuk bantu sembuhkan luka…
1. KEKACANG

Kekacang (legumes) memang sumber terbaik kaya protein. Anda boleh masukkan kacang merah, dhal, kacang pis ke dalam diet anda. Campurkan ke dalam nasi goreng dan pasta atau lauk .
2. KACANG
Kacang seperti kacang tanah, gajus, badam juga adalah sumber hebat dalam membekalkan protein dalam tubuh. Kudapan enak yang menceriakan ini boleh meningkatkan proses penyembuhan luka. Tabiat memakan kacang ni baik untuk kesihatan daripada anda memilih kudapan yang memudararkan seperti kentang goreng atau makanan ringan lain (jajan).
3. TELUR

Telur boleh sahaja diadunkan ke dalam pelbagai jenis hidangan makanan. Telur adalah efektif untuk menghimpun kandungan makanan yang kaya protein. Pun begitu kena jangan berlebihan sebab kuning telur juga tinggi kolestrol. Jadi bersederhanalah lebih lagi jika anda ada masalah isu kesihatan jantung.
4. AYAM

Ayam adalah salah satu sumber daging yang sihat dan kaya protein. Ia juga mudah dipelbagaikan dalam hidang. Beli ayam tanpa tulang seperti bahagian dada dan pangganglah ke dalam ketuhar, dah pun siap sajian tinggi protein anda.
5. SUSU

Susu adalah cara terbaik menguatkkan tubuh. Jika tubuh anda alah kepada laktos, atau anda tak suka minum susu lembu ada pilihan susu lain yang kaya protein seperti susu badam, susu soya. Jadikan susu sebagai rutin minuman harian anda.
6. SUPLIMEN PROTEIN

Jika anda alah atau tidak suka makanan dalam senarai di atas, anda boleh aje memasukkan suplimen protein (makanan tambahan/kesihatan) di dalam diet pemakanan. Terdapat pelbagai suplimen (makanan kesihatan) yang boleh membantu proses menyembuhkan luka.
Di antaranya adalah protein ‘whey’ (larutan cecair/air bila susu sudah berketul), protein soya dan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan (dalam bentuk serbuk). Ambil secawan air atau susu dan kisarkan bersama sesudu dua serbuk suplimen kesihatan itu.