
Isi Kandungan
ToggleSambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.
Lauk begini makan dengan nasi panas dah cukup marvellous. Sesuai juga dijadikan bekalan untuk travel atau anak-anak asrama. Jika mahu hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.
Tip Buat Sambal Bilis Garing, Sambal Pekat
Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
Bahan kisar
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)
Cara memasak
1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.
2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.
3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.
4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.
5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.
Boleh simpan bekas yang sesuai.
Selamat mencuba.
Sumber: Mariana Zainal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Buat Minyak Bawang Putih Secara Homemade

Minyak bawang putih ni memang banyak guna dalam masakan. Selain boleh digunakan untuk menumis, ia juga sangat enak jika dimakan bersama sup. Kalau nak masak apa-apa menu, hanya perlu ceduk dan terus masak. Tak perlu dah susah-susah tumbuk dan panaskan minyak. Resipi yang dikongsi oleh saudari Sharinaz Redwan memang sangat mudah. Puan-puan boleh cuba.
CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 labu bawang putih – jumlah bergantung kepada banyak mana anda nak buat.
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas bawang putih, bersihkan dan keringkan dengan tisu.
2. Masukkan ke dalam pengisar makanan ( food processor) dan cincang tanpa guna air.
3. Panaskan minyak dengan banyak menggunakan api sederhana.
4. Tumis bawang putih tadi hingga garing dan keperangan. Angkat.
5. Bila minyak dah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan sedia digunakan dalam masakan.
6. Minyak ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukup disimpan di ruang biasa sahaja.
Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan
Sos Pencicah Thai Sedap, Mudah & Boleh Makan Banyak Kali.

Bulan puasa ni, ramai yang suka makan hidangan rebus dan bakar seperti sotong bakar, daging bakar, kerang rebus dan sebagainya. Memang sedap. Kena pula dengan sos yang mantap, fuh…memang tak sedar makan banyak. Bagi anda yang tercaro-cari resipi Sos Pencicah Thai, saudari Siti Zubaidah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Istimewa, sukatan ni untuk jumlah yang banyak. Jadi bolehlah simpan dalam peti sejuk dan guna banyak kali. Jimat masa & lebih mudah.
CARA BUAT PENCICAH THAI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 7-8 ulas bawang putih
- Cili padi hijau & merah – jumlahnya bergantung pada kepedasan masing-masing
- Akar pakchi / ketumbar secukupnya
- Daun ketumbar – hiris / cincang halus
- 6-7 biji limau nipis
- 2 ½ sudu makan sos ikan
- Gula dan garam secukupnya – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Cincang halus @ tumbuk bawang putih, cili padi dan akar ketumbar. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Perah jus limau nipis dan masukkan sos ikan. Tambahkan gula dan garam sedikit sahaja kerana sos ikan sudah ada perasa.
3. Masukkan hirisan daun ketumbar. Gaul rata.
4. Jika sos pencicah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air suam.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Sos boleh diletak dalam botol dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah Ibrahim
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
https://rasa.my/koleksi-30-hari-30-resipi-sahur-mudah-sedap-cepat-masak/
5 Resipi Stok Sambal Homemade Paling Sedap & Petua Supaya Tahan Lama Tak Berkulat

Jika tekak Melayu, tak ada stok sambal di rumah memang tidak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal homemade yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba. Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipi-resipinya.
Oh ya…Pasti ramai yang ragu-ragu untuk buat stok sambal ini kerana bimbang tidak tahan lama. Cikgu Afy berpesan, ada petua supaya stok sambal yang dibuat tahan lama tanpa kulat atau rosak. Caranya ialah guna sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal. Beliau sendiri telah amalkan petua ni sekian lama. Memang menjadi. Jadi, cubalah!
KOLEKSI RESIPI STOK SAMBAL HOMEMADE PALING SEDAP
1. SAMBAL BELACAN MENYENGAT
BAHAN A:
2 genggam cili padi merah & cili padi hijau
*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
*1/4 bawang Holland – beli online disini
*1 biji tomato saiz kecil
*1 ulas bawang putih
*2 inci belacan – beli online disini
(bahan bertanda (*) dibakar atas pan terlebih dahulu)
BAHAN B:
3 sudu makan cuka – beli online disini
1/2 sudu teh garam – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
Secubit dua MSG
Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN C:
1-2 hiris limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam pengisar bersama bahan B. Kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam bekas dan perah 1-2 hiris jus limau nipis. Sebatikan.
3. Sedia untuk dinikmati.
2. IBU SAMBAL KICAP MABELES
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya – beli online disini
2 sudu makan kicap pekat – beli online disini
2 sudu makan kicap cair – beli online disini
1/2 genggam kismis
3 sudu makan bawang goreng – beli online disini
Sedikit gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1.Goreng cili padi dan bawang putih seketika. Tujuannya supaya sambal kicap lebih sedap dan tahan lama. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa digoreng.
2. Setelah layu, masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Kuantiti kicap adalah menutupi paras bahan tadi.
4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
CARA SIMPAN IBU SAMBAL KICAP SUPAYA TAHAN LAMA:
- Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.
- Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika perlu.
3. SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
BAHAN A:
20 batang cili merah
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang holland – beli online disini
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
4 ulas bawang putih – beli online disini
2 biji tomato kecil
2 genggam kecil ikan bilis – beli online disini
1 sudu kecil udang kering – beli online disini
1/2 inci belacan – beli online disini
BAHAN B:
Sedikit nise Kelantan @ gula melaka – beli online disini
Gula secukup rasa
Garam bukit secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Gorengkan bahan-bahan A untuk seketika. Cili perlu digoreng asing dengan bahan-bahan lain. Setelah siap digoreng, sejukkan seketika.
2. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untyk melumatkan bahan. Simpan juga 1 genggam bilis goreng untuk ditabur dalam sambal selepas ini.
3. Panaskan kembali minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sedikit garing.
4. Masukkan lebihan ikan bilis goreng. Biarkan sambal dimasak dengan api perlahan.
5. Perasakan sambal dengan nise @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada cita rasa sendiri.
6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
IKUT TIPS PENYIMPANAN UNTUK TAHAN LAMA:
- Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama dan letakkan dalam freezer.
- Jika buat stok untuk tempoh 2-3 minggu, memadai sahaja simpan dekat chiller.
- Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti sejuk.
- Gunakan sudu kering setiap kali mengambil sambal.
4. AIR ASAM KETAGIH
BAHAN A:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong – beli online disini
1 biji bawang besar Holland – beli online disini
1 biji tomato
3 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci belacan – beli online disini
BAHAN B:
5 biji limau kasturi
2 biji limau nipis – perah jusnya. Asingkan biji
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
BAHAN C:
1 1/2 gelas air asam jawa. (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
1 sudu makan garam bukit – beli online disini
1/2 sudu makan gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Belah dua bahan A kecuali belacan. Bakar dalam kuali non-stick.
2. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan B.
3. Tambahkan air asam jawa. Boleh kurangkan jumlahnya mengikut kepekatan sambal yang diingini.
4. Masukkan juga garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
CARA HIDANGAN UNTUK KESEGARAN AIR ASAM YANG BERPANJANGAN
- Ambil beberapa sudu makan stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.
- Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
- Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi, nak makan baru letak.
5. SAMBAL JANTAN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah
2 sudu makan gula – beli online disini
3/4 sudu kecil garam – kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
Cuka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas pengisar.
2. Cuka sukatannya adalah hingga paras 1/2 dari sukatan cili dalam blender. Boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka.
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Biarkan sambal selama 1-2 hari sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap Sampai Ke Tulang. Resipi Ikan Bakar Kuala Perlis Ni Patut Try
Daging Goreng Kunyit Simple. Menu Ekspress Untuk Makan Tengah Hari.
Resipi Kebab Daging 5 Minit. Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam
Resipi Cakoi Sedap Untuk Minum Petang. Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official