Karipap ada beberapa jenis, ada yang suka kentang dan sebahagian pula suka makan karipap sardin.

Ada juga yang gemar kulitnya menggerutu kerana rasa lagi rangup dan ada pula tak suka. Mahu kulit karipap yang licin saja.

Bagi yang suka karipap yang kulitnya licin, flawless boleh guna cara yang dikongsi oleh Adlina Adlyenna.

Bahan untuk inti kentang 

2 biji bawang merah (dipotong dadu)
2ulas bawang (dipotong dadu)
10biji kentang (dipotong dadu)
Sekeping dada ayam dipotong dadu
Seikat daun sup (diracik halus)
6sudu rempah kari
Garam secukup rasa

IKLAN
Cara membuat:
  1. Rebus kentang bersama dengan air yang sama banyak dengan isi kentang. Rebus separuh empuk.
  2. Tumis bawang merah bawang, bawang putih, sehingga garing kemudian masukkan ayam kacau sehingga masak. Masukkan rempah kari. Garam.
  3. Masukkan kentang sekali bersama air rebusan. Kemudian masukkan daun sup. Kacau sehingga air kering.

Tip Buat Karipap Kentang Kulit Licin, Tak Menggelembung Bila Digoreng

Bahan untuk pastri 

1kg tepung gandum
1cawan tepung beras
1cawan minyak (dipanaskan)
2 sudu majerin
450gm air (anggaran) atau lebih.
1sudu kecil garam

Cara membuat:

1.Campurkan tepung gandum, tepung beras dan garam. Gaulkan.
2.Panaskan minyak bersama majerin. Kemudian curahkan ke tepung
3.Gaul menggunakan senduk.
4.Masukkan air sedikit demi sedikit dan diselang seli dengan menguli. Uli sehingga menjadi doh.
5.Jangan terlalu banyak air, pastri akan jadi terlalu lembik dan jangan terlalu kurang air pastri akan jadi kering.

IKLAN
Tip kulit karipap licin

Tip untuk dapatkan kulit karipap yang licin dan tidak mengelembung ketika goreng.
Bakar karipap dalam ketuhar pada suhu 150°c dalam masa 10-12 minit. Pastri akan jadi kering dan boleh disimpan dalam peti sejuk jadi karipap frozen.

Goreng mengunakan suhu api yang rendah. Bila karipap dah separuh masak baru besarkan sedikit api. Bagi yang tiada ketuhar boleh goreng karipap pada minyak suhu yang rendah. Sentiasa terbalik balik kan karipap sehingga pastri masak.

IKLAN

Satu kilogram adunan boleh dapat dalam 60-70 biji bergantung pada saiz karipap.

Sumber: Adlina Adlyenna

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI