Di musim PKP yang panjang ini luangkan masa untuk mencuba resipi kek yang baru. Kalau buat kek kukus hasilnya lebih lembab, padat dan gebu.
Jadi ceriakan ahli keluarga dengan mencuba 3 sajian kek kukus ini dari Norbaini Rahwi yang juga penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini”, terbitan Alaf 21 dengan tiga lagi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS LAPIS MOCHA MOSCOVIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
8 biji telur
200 gm gula kastor
1 sudu makan ovalet
Bahan B :
Ads
200 gm tepung gandum | diayak
40 gm susu tepung | diayak
½ sudu teh serbuk penaik | diayak
Bahan C :
200 gm mentega
2 ½ sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil pes mocha
200 gm buah-buahan campur (dipotong kecil-kecil)
Serbuk koko untuk di tabur
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan 4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.Masukkan pes mocha. 5. Campurkan semua bahan semua bahan, gaul rata. 6. Panaskan periuk kukus, ambil satu cawan adunan dan ratakan di dalam loyang. Ayakkan sedikit serbuk koko dan kukus selama 5 minit. 7. Keluarkan loyang dan tuang 1 cawan adunan, ratakan di dalam loyang, ayak sedikit serbuk koko serta taburkan buah-buahan campur. Kukus lagi selama 5 minit. 8. Ulang sehingga abis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit. 9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek kukus lapis Mocha ini lebih basah, lembut unik rasanya Anggaran kos: RM 25
INFO CHEF :Buah-buahan campur hendaklah dipotong nipis agar rasa buah sekata di dalam kek dan senang di potong.
2.KEK KUKUS PRUN
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
50 gm gula perang
65 gm gula kastor
½ sudu teh ovalet
Bahan B :
100 gm tepung gandum | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C :
80 gm mentega/marjerin
1 sudu makan susu pekat manis
15 biji buah prun yang telah dilenyekkan
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan 4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan. 5. Campurkan semua bahan, gaul rata. 6 .Bahagian adunan kepada 2 bahagian. 7. Panaskan periuk kukusan. Ambil satu bahagian dan ratakan di dalam loyang dan susunkan prun, kemudian tuangkan baki 1 bahagian dan ratakan. 8. Kukuskan selama 25 minit atau sehingga masak. 9 .Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Resepi ini tidak terlalu manis, rasa buah prun berkhasiat Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Bahan-bahan seperti telur, gula dan ovelete hendaklah di pukul hingga kembang sekurang-kurangnya 8 ke 10 minit. Dan kemudian diperlahankan mesin pengadun selama 2 minit. Barulah dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
3. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU
Ads
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
75 gm gula kastor
1 sudu teh ovalete
Bahan B :
60 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh coffee emulco
Bahan D :
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping’:
200gm whipping cream/fresh cream
20gm gula aising
30gm Nutella
Bahan untuk lapisan:
9 keping keju cheddar
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 5. Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata. 6. Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata. 7. Panaskan periuk kukus, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit. 8 .Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit. 9. Setelah masak sejukkan kek.
Ads
Topping : 1.Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata. 2.Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek. 3.Siap untuk di hidang.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.
Dalam episod kedua rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Adam Didam dan Ili Sulaiman akan berkongsi cara-cara memasak Chicken Adobo yang terkenal di Filipina dan juga menu Ayam Masak Kicap yang tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Nak tahu apa persamaan serta perbezaan antara kedua menu ni? Jom lihat resipi dan cara-cara penyediaannya.
1. AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong 8
Asam keping
Minyak
Gula
Garam
BAHAN PERAPAN AYAM:
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada putih
BAHAN KISAR:
2 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering yang telah direndam di dalam air panas
BAHAN KUAH/GRAVY:
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan minyak
1 biji bawang holland
1 biji lada benggala (merah@hijau)
Daun bawang sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan perap dengan bahan perapan.
2. Kisarkan kesemua bahan seperti halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga menjadi pes.
3. Masukkan minyak ke dalam kuali. Goreng ayam separa masak. Simpan bahan perapan untuk diletakkan di dalam sos.
4. Tumis bahan yang dikisarkan sehingga wangi dan pecah minyak. masukkan bahan perapan, asam keping, kicap pekat dan ayam yang digoreng sebentar tadi. Biarkan selama 5 minit.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang holland dan lada benggala. Hiaskan dengan daun bawang. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Video:
2. CHICKEN ADOBO
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
Air
Cili padi
Minyak
BAHAN PERAPAN AYAM:
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan cuka
Garam
1 sudu makan lada Hitam (biji)
1 ½ sudu makan gula perang
2 helai daun salam
2-3 ulas bawang putih
2-3 bawang merah kecil
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan perap dengan bahan perapan selama 10 minit
2. Panaskan kuali, tuang sedikit minyak dan masukkan bawang putih.
3. Masukkan ayam yang diperap dengan bahan perapan sebentar tadi.
4. Masukkan air mengikut citarasa sendiri. Tutup kuali dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
5. Masukkan beberapa biji cili padi. Gaul rata dan sedia untuk diangkat dan dinikmati.
Video:
BACA JUGA:
Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
Bagi penggemar lauk pauk pedas dan bersambal, resipi Cencaru Sambal Goreng Pedas perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad antara yang boleh dicuba. Sedap dan tentunya hangat. Namun bagi penggemar lauk bercili, tentunya berasa nikmat. Selain ikan cencaru, boleh juga guna ikan lain ataupun ayam. Sesuaikan sahaja ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar kasar belacan, bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan cili merah. Pastikan kisaran tidak terlalu halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan juga serai yang diketuk dan teruskan masak hingga pecah minyak. (minyak perlu lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik).
4. Masukkan air asam @ asam keping, garam dan gula secukup rasa. Sebatikan.
5.Bila sudah cukup rasanya, tuang sambal di atas ikan.
6. Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas sedia untuk dihidang.
Bila bab kuih-kuih tradisional, rasa kesedapan memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kuih kacau labu, antara kuih tradisional yang popular di Johor Bahru. Rasanya yang lemak manis, sering dihidangkan pada majlis kenduri-kendara.
Resipi yang dikongsikan Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com ini, mudah je nak buat dan menggunakan bahan-bahan yang cukup ringkas.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
350gm gula pasir – beli online di sini 400ml santan – beli online di sini 500 ml air 50gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air 1.5kg labu 5 biji telur | dipukul kembang 2 helai daun pandan Garam
1. Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
Kredit resipi: Muzzammil Mustafa Sani (dapur.maskulin.com)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: