Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.

Perfect Italiano merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan oleh Perfect Italiano dengan menggunakan kaedah membuat keju Itali secara tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional.

Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain! Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa!

Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.

Hidangan Yang Lebih Sempurna Dengan Rangkaian Keju Perfect Italiano Baharu

Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu.

Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150g ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi.”

“Dengan menyediakan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150g yang lebih kecil, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan mereka serta memberikan mereka pengalaman yang baru dalam menikmati makanan, tambahnya lagi.

Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.

Sudah tentu, nama Perfect Pizza menunjukkan bahawa ia sesuai untuk membuat piza di rumah. Tahukah anda ia juga boleh menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat seperti Cheesy Pizza Roti Canai Sarang Burung? Ya, siapa kata piza tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa Malaysia yang tersendiri!

Untuk hidangan yang dibakar bersama keju yang masih menggelegak dari ketuhar, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik, dan penambahan Parmesan memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.

Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baharu, cubalah Perfect Bakes dan buat sendiri hidangan pai yang lazat dan menyelerakan dengan inti tradisional Malaysia seperti Rendang Ayam. Bakar dengan hirisan kentang dan hidangkan sebagai pai. Keluarga atau tetamu anda akan kagum dengan hidangan unik yang lazat.

Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. Anda juga boleh mencipta hidangan setempat dengan memasukkan keju ini dalam Cheesy Ikan Bilis dan Tempe Taco Bowl! Itu akan menukarkannya menjadi snek berkeju untuk dinikmati di rumah bersama rakan dan keluarga anda!

Hidangan Yang Lebih Sempurna Dengan Rangkaian Keju Perfect Italiano Baharu

Keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style (RM12.50, 150g) kini terdapat di pasar raya utama dan pasar raya hiper di seluruh negara. Produk Perfect Italiano yang sedia ada – Parmesan, Mozzarelly, Perfect Pizza (250g) masih laris dijual di pasaran. Dapatkan lebih banyak resipi menyelerakan menampilkan produk-produk Perfect Italiano di Dairylicious Malaysia di Facebook dan @dairyliciousmalaysia di TikTok!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI