Korang penggemar makanan segera dan jenis orang yang nak cepat dan malas lepak dalam restoran, boleh je beli melalui Drive-Thru atau pandu lalu. Berita baik untuk warga Lembah Klang, kini sebuah lagi cawangan restoran Texas Chicken yang menyediakan perkhidmatan Drive-Thru di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Pembukaan ini susulan sambutan menggalakkan ke atas Drive-Thru di Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada tahun lepas.
Kedudukan restoran ini sangat strategik dan mudah dikunjungi, terletak bersebelahan stesen minyak Shell Sunway Mentari. Dengan hanya memesan sambil pandu lalu, korang boleh pesan bermacam menu lazat yang disediakan dan jangan bimbang semua produk Texas Chicken disahkan halal oleh JAKIM.
Ads
Kalau korang nak santai sambil rehat seketika melepaskan lelah, boleh saja makan di restoran yang sungguh selesa ini. Atau teringat keluarga di rumah, boleh pesan dan ‘take away’ je ikut keselesaan. Jangan tak tau, kalau korangan makan di sini, minuman boleh tambah kalau tak cukup. Hemm memang berbaloilah singgah. Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan menu Texas Chicken, datang je pada bila-bila masa di cawangan ini kerana ia dibuka 24 jam.
Ads
Semasa pembukaan rasmi restoran ini, para tetamu telah menikmati pelbagai jenis menu Texas Chicken yang sungguh sedap yang diraikan sendiri oleh Pengerusi Envictus International Holdings Dato’ Jaya Tan yang turut berharap dapat menambah beberapa cawangan padu lalu di masa akan datang. Beliau juga telah melepaskan kumpulan konvoi pandu lalu sebagai tanda perasmian.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rancangan reality masakan luar negara, The Great British Bake Off menobatkan Syabira Yusoff sebagai juara rancangan tersebut bagi musim ke-13!
Apa yang lebih manis, Syabira merupakan anak kelahiran Malaysia dan juga peserta wanita pertama menjuarai pertandingan tersebut sejak kali terakhir pada musim ke-8.
Menggunakan kreativiti menghasilkan kek berbentuk orang utan, Syabira, 32 tahun, untuk menambat hati juri dan seterusnya menewaskan saingan sengit daripada Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30.
Dalam pusingan akhir rancangan tersebut, peserta dikehendaki menyediakan kek mengikut tema yang diberikan iaitu kelestarian.
Digambarkan sebagai cabaran untuk meraikan bumi ini bermakna peserta yang tinggal dikehendaki menggunakan bahan-bahan yang hasil tempatan bersifat mampan.
Juri rancangan, Paul Hollywood memuji Syabira kerana telah memperkenalkan rasa yang tidak pernah mereka jumpa sebelum ini sepanjang beberapa musim dan Syabira merupakan seorang pembuat kek yang sangat hebat.
Syabira bermastautin di United Kingdom sejak 2013 untuk menyambung pengajiannya ke peringkat tertinggi. Kini dia merupakan seorang penyelidik kardiovaskular di King’s College London.
Syabira mula belajar membuat kek dan pastry secara serius sejak tahun 2020, iaitu ketika mula-mula pandemic melanda dunia.
The Great British Bake Off ialah sebuah rancangan realiti masakan yang disiarkan sejak tahun 2010, ia memaparkan beberapa peserta yang merupakan tukang masak atau baker amatur berentap untuk merebut gelaran juara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Air kelapa tekanan darah sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Air kelapa sememangnya antara minuman semula jadi yang cukup popular di Malaysia. Selain rasanya yang menyegarkan, ramai juga percaya air kelapa mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antara dakwaan yang sering didengar ialah air kelapa mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Persoalannya, adakah dakwaan ini benar atau sekadar mitos yang diwarisi turun-temurun?
Sebenarnya, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa berpotensi membantu mengawal tekanan darah, namun ia bukanlah pengganti kepada rawatan atau ubat yang diberikan oleh doktor.
Salah satu sebab utama air kelapa sering dikaitkan dengan tekanan darah ialah kandungan kaliumnya yang agak tinggi.
Kalium merupakan sejenis mineral penting yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Pada masa sama, mineral ini juga memainkan peranan dalam membantu mengawal tekanan darah.
Apabila seseorang mengambil terlalu banyak natrium atau garam, tekanan darah boleh meningkat. Kalium membantu mengimbangi kesan natrium dengan membantu badan menyingkirkan lebihan garam melalui air kencing.
Sebab itulah ramai pakar pemakanan menggalakkan pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalium sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat untuk menjaga tekanan darah.
Air kelapa secara semula jadi mengandungi kalium, menjadikannya salah satu pilihan minuman yang baik untuk menyokong kesihatan jantung.
Walaupun air kelapa mempunyai kandungan nutrien yang bermanfaat, ia tidak boleh dianggap sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi merupakan masalah kesihatan yang kompleks dan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pemakanan, berat badan, tahap aktiviti fizikal, stres, faktor genetik dan keadaan kesihatan tertentu.
Minum air kelapa sahaja tidak mencukupi untuk mengawal tekanan darah jika seseorang masih mengamalkan pemakanan tinggi garam, kurang bersenam atau mengabaikan nasihat doktor.
Sebaliknya, air kelapa lebih sesuai dilihat sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat yang boleh membantu menyokong kesihatan secara keseluruhan.
Beberapa kajian kecil mendapati pengambilan minuman yang kaya dengan kalium mungkin membantu menyokong bacaan tekanan darah yang lebih baik. Walau bagaimanapun, keputusan kajian berbeza-beza dan masih memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk memberikan kesimpulan yang lebih kukuh.
Oleh itu, manfaat yang diperoleh daripada air kelapa perlu dilihat sebagai sokongan kepada gaya hidup sihat dan bukannya rawatan utama.
Satu lagi kelebihan air kelapa ialah kandungan elektrolit semula jadinya.
Air kelapa mengandungi beberapa mineral penting seperti kalium, magnesium dan sedikit natrium yang membantu badan mengekalkan hidrasi.
Apabila badan mendapat bekalan cecair yang mencukupi, sistem peredaran darah dapat berfungsi dengan lebih baik. Ini secara tidak langsung membantu tubuh mengekalkan fungsi normal termasuk dalam aspek tekanan darah.
Sebab itulah ramai orang memilih air kelapa selepas bersenam atau ketika cuaca panas kerana ia membantu menggantikan cecair yang hilang.
Walaupun air kelapa mempunyai pelbagai manfaat, tidak semua orang boleh mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.
Mereka yang mempunyai masalah buah pinggang misalnya perlu lebih berhati-hati kerana buah pinggang yang lemah mungkin sukar mengawal paras kalium dalam badan.
Pengambilan kalium yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan tertentu jika tidak dipantau dengan baik.
Selain itu, sesetengah produk air kelapa yang dijual dalam bungkusan mungkin mengandungi tambahan gula. Jika diambil secara berlebihan, kandungan gula tersebut boleh memberi kesan kepada kesihatan terutama bagi individu yang mempunyai diabetes.
Justeru, membaca label pemakanan sebelum membeli adalah langkah yang bijak.
Ramai juga tertanya-tanya sama ada air kelapa muda atau air kelapa tua lebih baik.
Secara umum, air kelapa muda lebih popular kerana rasanya yang lebih ringan dan menyegarkan. Kandungan airnya juga lebih banyak berbanding kelapa yang sudah tua.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya tetap mengandungi nutrien tertentu yang bermanfaat. Perbezaannya lebih kepada rasa dan kandungan air yang terdapat dalam buah kelapa tersebut.
Apa yang lebih penting ialah memastikan air kelapa yang diminum segar dan tidak dicampur dengan terlalu banyak gula tambahan.
Jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, langkah yang paling penting ialah mengamalkan gaya hidup sihat secara menyeluruh.
Antara amalan yang disarankan termasuk:
Dalam konteks ini, air kelapa boleh menjadi salah satu pilihan minuman yang menyegarkan dan menyumbang kepada pengambilan nutrien harian.
Betul, air kelapa tekanan darah mempunyai kaitan melalui kandungan kalium dan elektrolit yang boleh membantu menyokong kesihatan jantung serta berpotensi membantu dalam pengawalan tekanan darah. Namun, ia bukanlah ubat ajaib yang mampu merawat tekanan darah tinggi secara langsung.
Air kelapa paling baik dinikmati sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Jadi, jika anda gemar menikmati segelas air kelapa segar ketika cuaca panas, teruskan sahaja. Selain menyegarkan tekak, ia juga menawarkan beberapa manfaat yang baik untuk tubuh apabila diambil secara sederhana.
Ramadan bulan mulia yang sudah pastinya masa untuk berkumpul dengan ahli keluarga dan juga teman-teman. Paling seronok bila dapat berbuka bersama dengan aneka juadah yang menyelerakan.
Justeru itu, rangkaian Hotel Hilton seluruh Malaysia dengan tema Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan bakal menyajikan juadah istimewa sepanjang Ramadan ini untuk anda nikmati bersama keluarga dan yang tersayang.
Masa bersama tatkala berbuka puasa ditambah dengan hidangan yang sempurna dan suasana yang cukup selesa tentunya dapat mencipta memori yang tak dapat dilupakan.
Lebih menarik lagi bagi anda yang membuat tempahan awal sehingga 28 Februari akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.
8 Hotel Hilton Dengan Menu yang cukup menyelerakan untuk anda cuba bersama keluarga dan yang tersayang
Bertemakan masakan Melayu, ‘An Exquisite Ramadan Showcase’ oleh Hilton Kuala Lumpur ini menyajikan pelanggan mereka dengan juadah berbuka puasa yang cukup menyelerakan bermula 1 hingga 30 Mac 2025.
Antara hidangan yang wajib anda cuba adalah seperti:
Pencuci mulut:
Harga:
Bufet ‘Ramadan’s Hidden Treasure’ di sini bermula pada 1 hingga 29 Mac di Restoran Paya Serai. Antara menu yang wajib anda cuba:
Pencuci Mulut:
Harga:
1 hingga 3 Mac 2025 dan 27 hingga 29 Mac 2025
Dewasa: RM158
Kanak-kanak: RM79
6 hingga 26 Mac 2025
Dewasa: RM218
Kanak-kanak: RM109
bertemakan ‘Muhibbah Signature’ di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ini antara menu yang menjadi tarikan adalah:
Pencuci mulut:
Harga:
28 Februari hingga 6 Mac 2025
Dewasa: RM151
Kanak-kanak: RM76
7 hingga 30 Mac 2025
Dewasa: RM209 (Ahad hingga Khamis) dan RM229 (Jumaaat dan Sabtu)
Kanak-kanak: RM105 (Ahad hingga Khamis) dan RM115 (Jumaaat dan Sabtu).
Taste of Nusantara dipilih sebagai tema bufet Ramadan di sini pada tahun ini. Menu yang cukup menarik dan perlu anda cuba adalah:
Pilihan pencuci mulut yang menarik untuk anda cuba:
Harga:
3 hingga 28 Mac 2025
Dewasa: RM188
Kanak-kanak: RM94
Sajian berbuka Kampung Nostalgia pasti membuatkan anda terkenang masakan kampung yang sentiasa di hati. Antara menu yang boleh dicuba:
Pilihan pencuci mulut:
Harga:
3 hingga 30 Mac 2025
Dewasa: RM198
Kanak-kanak: RM99
Hidangan untuk bufet Ramadan di sini cukup autentik untuk anda cuba. Menarik dan cukup tersendiri:
Pencuci mulut:
Harga:
Dewasa: RM158
Kanak-kanak (6 tahun ke atas): RM76
Mengekalkan menu tradisi dari Perak disamping hidangan kontemporari lain, antara hidangan berbuka untuk anda nikmati di sini antaranya:
Pencuci Mulut:
Harga:
1 hingga 30 Mac 2025
Dewasa: RM98 (hari minggu) dan RM118 (hujung minggu)
Kanak-kanak: RM49 (hari minggu) dan RM59 (hujung minggu)
Hidangan daripada utara menjadi pilihan untuk dipersembahkan kepada tetamu yang hadir untuk berbuka. Antara hidangan istimewa yang boleh anda cuba adalah:
Pencuci mulut:
Harga:
7 hingga 29 Mac 2025
Dewasa: RM138
Warga emas: RM98
Kanak-kanak: RM69
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui khasiat air rebusan halia serai kunyit untuk kesihatan, termasuk menyokong sistem imun, melancarkan penghadaman, mengurangkan keradangan serta cara penyediaannya yang mudah di rumah.