Enaknya jika dapat menikmati sajian Ayam Meraung yang sangat sedap dan mudah ni. Ditambah pula dengan sos yang padu, memang betul-betul nikmat! Nak cuba masak sajian istimewa ini untuk keluarga? Resipi mudah perkogsian saudari Mas Salleh ni antara yang terbaik. Bahan pun ringkas sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK SOS & AYAM MERAUNG YANG SANGAT SEDAP
BAHAN SOS (sukatan bahan ikut citarasa):
Cili merah besar – cincang kasar Cili padi hijau – cincang kasar Bawang putih – cincang kasar Bawang merah – cincang kasar Daun ketumbar beserta akar – cincang kasar Gula kabung secukupnya – beli online disini Sos ikan – beli online disini Sedikit beras pulut sangai – tumbuk halus Sedikit emping cili – beli online disini Limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan cincang bersama bahan-bahan lain. Sebatikan. 2. Perah jus limau nipis mengikut selera masing-masing. 3. Gaul rata dan ketepikan seketika.
Ads
BAHAN AYAM MERAUNG: 2 keping dada ayam Sedikit kicap pekat – beli online disini Sos tiram secukup rasa – beli online disini Sos ikan secukup rasa Sedikit minyak Sedikit gula
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan perap bersama kicap pekat, sos tiram, sos ikan, sedikit minyak dan gula. Tidak perlu garam kerana telah ada rasa masin dari sos. 2. Perap ayam seketika. Jika mahu lebih sedap, boleh perap lebih lama. 3. Panaskan kuali tahan lekat (non-stick) dan panggang hingga ayam masak. 4. Bila ayam telah masak, keluarkan dan hiris ikut selera. 5. Hidangkan bersama sos yang telah disediakan awal tadi.
Pernah makan dan rasa Teresek Kacang Panjang? Masakan ini popular di Kelantan, lauk rewang yang selalu disajikan semasa rewang kenduri kahwin. Menu ini memang menyelerakan makan beramai walaupun bahannya hanya kacang panjang dengan leher, kepak, kaki, hati dan pedal ayam yang tidak digunakan untuk lauk pauk hari kenduri. Sayang menu ini seperti dilupakan kerana kebanyakan majlis kahwin lauk pauk disediakan oleh katering bukan lagi secara rewang.
Sedapnya Sardin Roll ni. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap Sardin Roll ni susah nak buat. Salah tu. Kalau kena gaya dan resipinya, mudah je. Resipi perkongsian saudari Norzaiha Razali ni antara yang mudah. Siap resipi dan gambar step by step tau. Senang nak ikut. Cubalah.
CARA MEMBUAT: 1.Mula-mula ambil 1 1/2 sudu makan planta.
2. Kemudian untuk sudu kedua, ambil sebanyak ini.
3. Cairkan planta bersama minyak masak. Bila cair, tutup api. Tujuan utk merangupkan kulit Sardin Roll.
4. Ambil tepung gandum 3 cawan rata. Letak dalam bekas besar supaya mudah untuk menguli nanti.
5. Letak planta yang cair tadi di tengah-tengah tepung. Buat lubang kecil di tengahnya supaya minyak bertakung.
6. Gaul tepung dengan sudu sebab planta masih panas.
7. Letak garam sebanyak ini 3 kali. Sukatan hujung sudu begini untuk 1 cawan tepung.
8. Bila telah sejuk, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul rata sampai tepung jadi relai.
9. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit semasa menguli. Guna tak sampai secawan air pun. Letak sikit air, kemudian uli, letak sikit uli. Ulang sampai jadi doh. Jangan terlebih air, nanti doh lembik.
10. Uli sampai doh jadi macam ni dan tidak melekat di tangan.
11. Bahagikan doh kepada bebrapa bahagian dan bulatkan. Tujuannya untuk mudah menggelek nanti.
12. Akan dapat dalam 22 biji doh kecil.
13. Tutup doh dan biarkan seketika.
INFO: Lepas uli doh tidak boleh terus digelek. Sebab nanti doh akan mengecut. Biarkan seketika. Sementara tunggu doh rehat, boleh buat sambal sardin.
BAHAN SAMBAL SARDIN 1 tin sardin saiz sederhana – beli online disini 3 sudu makan kisaran bawang putih & bawang merah kisar 1 1/2 sudu makan cili boh – beli online disini 6 sudu maka minyak masak 1/3 sudu makan pes asam jawa – beli online disini Sedikit air Gula melaka secukupnya Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang dan cili boh hingga garing dan pecah minyak.
2. Ambil asam jawa sebanyak ini.
3. Bancuh asam jawa dengan sedikit air. Kemudian tuang ke dalam periuk menumis tadi.
4. Gaul lagi bahan tumisan. Jika kering, tambah sedikit sahaja air supaya tumisan tidak terlalu kering.
5. Masukan manisan @ gula melaka sebanyak ini. Gula melaka boleh dilenyek atau disagat terlebih dahulu supaya cepat larut.
6. Ambil sardin saiz sederhana seperti ini. Saiz ni memang cukup inti untuk doh 3 cawan tepung.
7. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali. Kemudian letak garam secukupnya.
8. Kacau sambal sambal meleyek ikan sardin. Ia bertujuan untuk mencepatkan kuah kering.
9. Bila sambal telah kering. Padamkan api. (empunya resipi suka sambal sedikit basah jadi sambalnya tidak kelihatan terlalu kering. Jika suka pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)
CARA MEMASAK SARDIN ROLL:
1.Taburkan tepung dalam bekas supaya Sardin Roll tidak melekat.
2. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi.
3. Gelek macam ni terlebih dahulu.
4. Kemudian pusing melintang.
5. Gelek ke atas bagi membentuk muncung macam ni.
6. Seterusnya gelek ke bawah pula.
7. Gelek rata dan nipis sampai bentuk jadi macam ni. Pastikan gelek sehabis nipis ya. Sebab nanti doh akan digulung. Jika tidak nipis, nanti bila gulung, kulit Sardin Roll jadi tebal dan tak sedap.
8. Hiris doh macam ni. Tujuannya untuk corak sahaja. Kalau tak mahu hiris pun tidak mengapa.
9. Letak inti di bawah.
10. Boleh mula menggulung.
11. Pegang hujung kiri dan kanan semasa menggulung. Tempat ank panah tu. Jangan pegang di tengah semasa gulung.
12. Gulung sampai jadi macam ni. Ulang langkah sama hingga habis doh dan inti.
13. Susun sardin roll dalam bekas. Tabur sedikit tepung gandum.
14. Jika buat inti sardin sedikit basah, hujung sardin roll perlu lipat dan picit sedikit supaya cecair inti tidak keluar.
15. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan dengan api perlahan.
16. Sardin gulung yang sudah siap untuk dimakan.
INFO: Tak boleh goreng Sardin Roll guna api besar nanti kulit jadi gelembung. Tak cantik. Tip nak bagi rangup lama, jangan letak dalam bekas tertutup ketika Sardin Roll tengah panas. Tutup bila sudah sejuk.
Apam Puteri Ayu Coklat Cheese perkongsian Opah Mas Cotek ni memang memukau selera. Nampak gebu dan sedap. Bagi anda yang menggemari keju, pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Coklat Cheese. Bagi yang kurang gemar keju, bolehlah masak apam coklat sahaja. Lengkap resipi dan panduan pembuatannya. Bolehlah cuba untuk sajian keluarga petang ni.
CARA MASAK APAM PUTERI AYU CHEESE COKLAT
BAHAN A ( Satukan semua bahan & ayak. Ketepikan.):
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B ( satukan semua bahan & masak guna api perlahan hingga gula larut.)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
BAHAN C ( kisar @ pukul):
4 biji telur
BAHAN ADUNAN CHEESE:
250gm cream cheese / krim keju
80gm gula kastor
25ml susu cair (gantikan dengan air pun boleh)
40gm tepung gandum
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Selang selikan dengan Bahan C. 2. Sebatikan campuran tadi. Ketepikan. 3. Satukan kesemua bahan adunan keju dan pukul hingga sebati. 4. Masukkan ke dalam piping bag supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan. 5. Ambil acuan kuih dan sapu sedikit minyak. 6. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. 7. Paipkan adunan cheese ke dalam acuan (agak-agak nak tebal mana lapisan keju nya). Kukus selama 3 minit. 8. Angkat kemudian tuang adunan coklat hingga 3/4 paras acuan. Kukus lagi selama 5 -10 minit. 9. Angkat dan sejukkan apam. Sedia untuk dihidangkan.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!