Bila tibanya waktu makan tengah hari, pasti pening nak cari tempat makan yang sedap, banyak pilihan lauk pauk dan juga murah. Sebenarnya, ada banyak ‘port’ makan yang menepati kriteria diatas namun tidak diketahui ramai.
Bagi yang berada di sekitar Shah Alam, silalah berkunjung ke restoran D’Ranting yang terletak di Dataran Automobil, Seksyen 15 Shah Alam. Ini kerana, sekali anda berkunjung ke restoran ini, pastinya ia akan menjadi tempat makan pilihan anda selamanya. Ha..Nak tahu kenapa? Ada banyak sebab yang membuatkan anda jatuh cinta dengan restoran ini.
Setiap hari, terdapat lebih dari 50 jenis lauk pauk yang dihidangkan kepada para pelanggan. Ada masak lemak cili padi, lauk bersambal, hidangan daging salai, asam pedas dan banyak lagi hidangan kampung yang pastinya memecah selera. Mana tidaknya, pengalaman sang pemilik selama 16 tahun dalam bidang katering. Patutlah lauk pauknya sedap-sedap belaka!
Jika anda teringin sangat nak makan ikan bakar, pun ada disediakan di restoran ini. Ada ikan pari, kembung, cencaru dan banyak lagi. Semuanya dibakar panas-panas dan berasap lagi bila dihidangkan kepada anda. Malah, jika rasa nak makan nasi kukus, pun ada dijual disini. Pendek kata, hanya di satu lokasi sahaja, ada banyak sajian yang anda boleh cuba.
Ads
Selain itu, kalau anda nak tahu, lauk yang menjadi kegilaan ramai di restoran ini ialah cendawan goreng tepung. Memang diserbu sampaikan ada pelanggan yang sanggup menunggu semata-mata untuk mendapatkan hidangan cendawan goreng tepung ini sahaja. Rasanya yang segar, pedas-pedas dan rangup. Alahai…Memang sedap gila! Tak cukup dengan makan di restoran, ada yang ‘tapau’ bawa balik. Perghhh..Padu! Bayangkan, sewaktu sesi pengambaran ini dijalankan, satu bekas penuh cendawan diletak, sekelip mata sahaja dah habis dibeli pelanggan.
Menurut pemiliknya, setiap hari anggaran 14kg cendawan digunakan untuk menghasilkan cendawan goreng tepung ni dan semuanya habis dijual dalam waktu makan tengah hari sahaja. Wow! Anda boleh bayangkan betapa sedapnya hidangan ini. Selain cendawan, ada juga disediakan udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ikan bawal putih goreng tepung dan banyak lagi. Di sebelah petang pula, restoran D’Ranting menyediakan sajian masakan panas. Terdapat pelbagai hidangan yang boleh anda cuba dan pastinya tidak mengecewakan selera anda. Harganya? Pastinya murah dan berbaloi dengan apa yang anda nikmati.
Bagi anda yang nak rasai sendiri keenakan hidangan di restoran D’Ranting, bolehlah berkunjung ke ke sini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi hingga 12 malam. Jika nak nikmati keenakan cendawan goreng, pastikan anda datang pada waktu makan tengah hari bermula 11.30 pagi. Selamat mencuba!
Ads
INFO RESTORAN:
Restoran D’Ranting
Jalan Pahat H 15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Ads
MESTI CUBA:
Cendawan Goreng Tepung, Aneka Ikan Bakar, Nasi Kukus, Nasi Bujang, Masak Lemak Cili Api Daging Salai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kali ini RASA ingin kongsikan dua lokasi tempat makan berkonsepkan menu hidangan Pantai Timur. Dua lokasi ini memang sedap dan korang wajib cuba.
WARONG AMBO
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dengan Kedai Buku Banggol.
Buat yang tercari-cari lokasi makan yang selesa dan menenangkan, The Garden Café merupakan destinasi yang wajar anda pertimbangkan.Ia menjadi destinasi kulinari yang dihargai oleh penduduk Sepang dan Kota Warisan sendiri serta pelancong, dikenali dengan dedikasinya terhadap kualiti, inovasi dan servis yang istimewa.
The Garden Café merupakan salah sebuah restoran di Holiday Inn Sepang yang memulakan operasinya pada 14 Ogos 2023, terkenal dengan sajian lazat dan suasana yang
mesra.
Dalam usaha untuk memberikan pengalaman makanan yang istimewa, restoran ini memperkenalkan promosi bufet yang menyajikan lebih 100 juadah yang direka untuk memanjakan panca indera anda dan memuaskan selera anda.
Seleksi Pelbagai Makanan
Para chef mahir dalam mencipta menu yang pelbagai untuk memenuhi pelbagai citarasa. Dari sajian tempatan hingga rasa antarabangsa yang membawa anda merasai kulinari dari pelbagai penjuru dunia, The Garden Cafe ada sajian yang sesuai untuk semua.
Rasai kepakaran Chef Haji Shaifful Anuar Haji Mohd Salleh,seorang yang teliti dalam memastikan setiap sajian adalah mempunyai rasa yang istimewa. Nikmati bufet malam dan minum petang bertema, yang menampilkan sajian dari pelbagai negara.
Antara yang menarik untuk dinikmati ialah Asam Pedas Ekor Lembu, dimasak sendiri
oleh Chef Shaifful.Menu bufet malam bermula RM 108+ bufet minum petang bermula RM 98+. Pihak hotel juga menawarkan 15% diskaun untuk tetamu (walk in) dan 20% diskaun bagi tetamu hotel.
The Garden Cafe bukan hanya sekadar restoran, ia juga menawarkan suasana yang tenang di tengah kesibukan bandar.Nikmatilah sajian dalam suasana yang damai, dikelilingi oleh tanaman hijau yang subur dan menenangkan, menjadikannya tempat yang sesuai untuk makan malam romantis atau perhimpunan bersama rakan-rakan dan keluarga.
Jemput merasai promosi F&B The Garden Café. Untuk tempahan boleh layari laman web,Instagram dan Facebook Holiday Inn.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Di waktu pandemik ini, nak makan di kedai pun tak boleh , Jadi apa yang mudah dan tak perlu difikirkan ialah bawa balik ke rumah makanan yang disukai dan nikmatinya bersama keluarga.
Jika anda masih buntu nak masak menu apa, boleh saja tapau di daporoy_.Masakannya ternyata sempurna macam masakan homemade.
Menurut Rohaya Mohamad Yusoff, sudah lapan tahun dia berniaga secara online kerana minatnya suka memasak dan arwah ibu banyak mendorongnya untuk memasak dengan ikhlas kerana keikhlasan hati akan menjadi makanan ini sedap dinikmati oleh semua orang.
Bermula dengan tempahan kecil-kecil dari kenalan rapat. Mereka order untuk majlis hari jadi, kenduri doa selamat dan juga jamuan rumah terbuka.Pada awal bisnes saya hanya menjualnasi lemak, nasi minyak bersama lauk pauk seperti ayam masak merah, dalca, rendang ayam, daging dan banyak lagi. Semua masakan ini adalah resepi tersendiri dan ada sesetengahnya resepi dari ibu.
Kini Rohaya lebih fokus menyediakan makanan seperti bihun soto, nasi goreng petai, tauhu bergedil, sambal petai bilis dan lain-lain lagi untuk bisnes onlinenya. Ada juga diselitkan menu tradisional seperti rendang dan daging dendeng yang mempunyai peminatnya tersendiri.
Makanan yang menjadi best seller ialah bihun soto, nasi goreng petai, tauhu bergedil dan sambal petai bilis.
Bagi sambal petai bilis sebekas RM25 untuk 250gram dan 500gram RM45. Nasi Goreng Petai sebekas RM10. Bihun soto dan bergedil ayam semangkuk RM8. Daging dendeng 500gram RM40 manakala 1kg RM80. Sambal kicap dijual dengan harga RM10.
Penyediaan bahan-bahan dilakukan sehari awal dan biasanya memasak pada awal pagi.Sekiranya ada personal order saya akan masak 3 atau 4 jam sebelum makanan akan diambil atau dihantar pada pelanggan.
Buat mereka yang ingin merasa keenakkan masakan daporoy_ , boleh buat tempahan melalui online seperti di intagram dan WhatsApp (0126912110). Penghantaran adalah menggunakan perkhidmatan grab dan lalamove.