Tepung pelita. Antara kuih-muih yang sering kali dicari terutama pada bulan puasa. Rasanya yang manis dan lemak, memang sedap. Tapi kadangkala yang kita beli tak memenuhi cita rasa kita. Jadi, lebih baik buat sendiri.
Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Habsah Ngah ini ye. Gerenti menjadi. Dah siap dan sejuk, masukkan dalam peti ais dulu. Dah dekat nak buka, baru keluarkan. Nikmat sungguh makan sejuk-sejuk.
Kuih bom adalah antara kuih tradisional yang masih tetap mempunyai peminatnya sampai sekarang. Nak membuatnya tidak menggunakan banyak bahan. Cuma tekniknya kena betul kerana tekstur kuih bom adalah agak liat. RASA kongsikan caranya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA MANIS
BAHAN UNTUK KULIT
500 gram tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan putih secukupnya
CARA MEMBUAT KULIT
1. Campur tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat pada bekas.
BAHAN INTI
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air
CARA MEMBUAT INTI
1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
2. Kacau sehingga gula cair.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
CARA BUAT KUIH BOM
1. Sebelum uli untuk masukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak masak.
2. Ambil doh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
3. Buka api sederhana besar. Masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
5. Selepas kuih bom mula mengembang dan bertukar warna, kacau kuih bom sehingga masak.
TIP UNTUK KUIH TIDAK PECAH
1. Sentiasa kacau.
2. Pastikan minyak masak tidak terlalu panas sebelum masukkan kuih bom.
Kuih tradisionalseperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Noor Nira, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH KOLE KACANG & TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung kacang hijau – beli tepung yang telah siap disangai. Ada dijual di kedai bakeri.
500gm santan
4 cawan air (cawan metrik)
200gm air
350gm gula merah
2-3 helai daun pandan
BAHAN TAHI MINYAK:
500gm santan
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula merah dan daun pandan. Panaskan sampai gula larut dan hancur. Sejukkan. 2. Dalam bekas berasingan, masukkan tepung kacang hijau, santan, air dan air gula yang telah disejukkan. 3. Kacau sebati hingga menjadi adunan yang tidak berketul. 4. Masak campuran adunan tadi dalam kuali menggunakan api perlahan. Terus kacau sehingga adunan meletup-letup kecil.
5. Tuang adunan ke dalam loyang bersesuaian. Biarkan sejuk. 6. Untuk menyediakan tahi minyak, masak santan yang telah dicampur garam menggunakan api kecil keperangan. Tapis untuk buang lebihan minyak.
7. Tabur tahi minyak diatas kuih Kole Kacang tadi.
Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
1 keping gua melaka
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Sementara itu, sediakan kuah santan.
Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
Apabila mendidih, tutup api.
Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!