Lauk yang ringkas pun dah boleh buat kita makan bertambah nasi. Tak susah pun nak buat menu Tempe Tumis Sambal ni! Kalau bujang tu, masak lauk ni satu pun dah lengkap santapannya. Hari ni admin nak kongsikan resipi Tempe Tumis Sambal yang mudah dan cepat je nak disediakan.
Resipi lengkap telah dikongsikan oleh D Suraya Osman. Bahan yang digunakan untuk lauk ini sangat sedikit dan mudah dicari di kedai runcit berdekatan.
Jom kita cuba!
TEMPE SAMBAL TUMIS
Ads
BAHAN-BAHAN: (Dikisar)
3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
2 biji cili merah
CARA PENYEDIAAN:
Goreng tempe sehingga separuh masak.
Tumis bahan kisar dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan tempe yang telah digoreng separuh masak.
Perasakan dengan gula,garam dan perasa.
Masak sehingga garing atau mengikut selera.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sospencicah Thai ni memang serbaguna. Bagi yang suka makan hidangan rebus dan bakar seperti sotong bakar, daging bakar, kerang rebus dan sebagainya, sesuai sangat nikmati bersama sos ni. Memang sedap. Fuh…memang tak sedar makan banyak. Bagi anda yang tercari-cari resipi Sos Pencicah Thai, saudari Siti Zubaidah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Istimewa, sukatan ni untuk jumlah yang banyak. Jadi bolehlah simpan dalam peti sejuk dan guna banyak kali. Jimat masa & lebih mudah.
Sambal Totok memang cukup sinonim dengan orang yang berketurunan Jawa. Nampak ringkas je tapi sekali cuba memang terpukau habis! Jamah dengan nasi putih je pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi dua kali. Nak buatnya pun sangat mudah dan hanya guna bahan-bahan ringkas. Nak cuba rasa kehebatan sambal perkongsian saudara Jamil Rozali ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
RESIPI SAMBAL TOTOK JAWA
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis ikut suka banyak mana
Segenggam cili api
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng dan asingkan.
2. Cili api, bawang besar, bawang putih, belacan digoreng hingga layu dan ketepikan.
3. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi agak-agak hancur sekali dengan ikan bilis.
4. Tambah garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau kalau suka.
Kuih batang buruk ni, kebiasaannya popular bila dah nak dekat raya. Ada yang menjadikan kuih ini sebagai salah satu hidangan yang wajib ada.
Tapi kalau nak buat sendiri untuk makan sebagai kudap-kudapan, boleh cuba resipi yang dikongsi Ruzita Hashim ini. Mudah saja nak buat.
KUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia 3 bungkus tepung kacang hijau 800gm gula aising 2 biji putih telur (pelekat) Straw (penyedut minuman) saiz besar Minyak untuk menggoreng
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris yang tertera.
2. Cabut sehelai sehelai, kemudian gulung di straw. Gunakan putih telur sebagai pelekat. Boleh lihat gambar tertera. Buat sampai habis.
3. Bila dah siap, gamkan semua. Kita jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi. 4. Jemur tadi tak lama pun, kejap je. Kalau cuaca panas, dalam 10 minit je. Agak-agak dia tak lembiklah. Kalau dah agak-agak keras, keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
5. Tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit (guna api sederhana) bagi garing, wangi, ringan dan tahan lama. 6. Angkat dan sejukkan. Dah sejuk, masukkan gula aising (buat je sendiri, kisar gula tu sampai jadi halus).
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati. 8. Goreng kulit popia dalam minyak panas dengan api yang sederhana. Kuning sikit je, terus angkat. 9. Sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Siap. 10. Ada setengah orang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau. Mereka hanya gaulkan je bagi rata. 11. Kalau nak buat sikit saja, bahagikanlah 2 bahagian. Saya buat dengan resipi ini, boleh dapat 2kg setengah.
12. Tepung masa nak gaul dengan gula, kena tunggu sejuk dulu ya. 13. Popia yang telah digoreng pun sama. Toskan minyak, tunggu sejuk baru masukkan intinya ya. 14. Dalam proses nak gulung popia di straw tu, kena ada tuala bersih lembab untuk menutup kulit popia agar tidak cepat kering atau mengeras. Kulit popia cepat kering dengan udara.
Chicken tenders ini boleh jadi hidangan bila dah buntu nak masak apa untuk anak-anak. Lengkap dengan sos ranch homemade, menu ini memang buat mereka...