Tembikai susu oh tembikai susu. Kalau dipotong dan dikeluarkan dari peti sejuk memang syok dan segar dimakan. Lebih-lebih lagi di hari panas terik, perrggh.

Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Boleh Jadi Sihat & Cantik Pulak Tu…

Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Boleh Jadi Sihat & Cantik Pulak Tu…
Kredit foto : newquayfruitsales.co.uk

Tembikai susu ni ada 2 jenis ada yang warnanya kuning pucat/ hijau muda dan ada pula warna kuning. Bahasa Inggerisnya disebut sebagai honeydew melon atau honey melon .Buahnya berat dan banyak kandungan airrnya. Dan baunya memang harum dan punya lah manis bila masak ranum.

Selain daripada rasanya yang sedap, tembikai susu ni juga mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Tapi paling mengujakan ada khasiat mencantiikkan kulit.

1. Kulit Sihat Dan Cantik

Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Boleh Jadi Sihat & Cantik Pulak Tu…
Kredit foto : myrecipes.com

Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Kalau makan hari-hari boleh menyebabkan kulit bersih, lembab dan bermaya. Eh, memang nampak cantiklah.

2. Mencegah Barah
Tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh mencegah barah. Makan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.

3. Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.

IKLAN

4. Mengawal tekanan darah

Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Boleh Jadi Sihat & Cantik Pulak Tu…
Kredit foto : healtheating.sfgate.com

Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.

5. Merawat Hepatitis Dan Ketumbuhan
Tembikai susu adalah antara ramuan popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filipina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid tidak teratur manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.

Nah, ni bonus 2 resipi berasaskan tembikai susu.

IKLAN

AISKRIM TEMBIKAI SUSU

Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Boleh Jadi Sihat & Cantik Pulak Tu…
Kredit foto : FB Malaysia Viral Story

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tembikai susu
  • ±100gm gula kastor (bergantung pada kemanisan buah)
  • 1 biji putih telur
  • 200ml krim putar
  • Pewarna hijau * ikut citarasa warna kesukaan

CARA MEMASAK:
1. Potong kecil tembikai susu dan bekukan di dalam peti ais semalaman.
2. Sesudah dibekukan, kisar tembikai susu beku tadi dengan cara memasukkannya ke dalam pengisar sedikit demi sedikit.
3. Selepas itu masukkan putih telur dan kisar lagi.
4. Kemudian masukkan pula krim putar, sambung kisar. Pastikan semua bahan dikisar sebati.
5. Selepas dikisar, adunan dimasukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Jika suka, bolehlah dimasukkan pewarna dan digaul rata.
6. Masukkan bekas tadi ke dalam peti ais untuk dibekukan sepenuhnya.
7. Sedia dihidang.
*jika nak diletakkan pewarna, pilih warna hijau epal atau kuning.

Kredit resipi dan foto : FB Malaysia Viral Story

IKLAN

HONEYDEW PUDDING

Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Boleh Jadi Sihat & Cantik Pulak Tu…
(Dapat 4 biji seperti dalam gambar)

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 5 susu makan serbuk perisa tembikai susu *ada dijual di kedai bakeri
  • 1 ½ sudu makan krimer *Coffemate

CARA MEMASAK :
1. Masukkan air, serbuk perisa tembikai susu, krimmer dan serbuk agar-agar dalam periuk.
2. Kacau hingga krimmer dan serbuk tembikai susu larut.
3. Kemudian nyalakan api, masukkan gula dan masak hingga mendidih
4. Tuang dalam bekas yang sesuai dan biar selama 2-3 jam sehingga pudding keras.
5. Bila sejuk sedikit boleh lah dimasukkan dalam peti ais.
6. Sedia untuk dinikmati

Kredit foto dan resipi : ilhamdapur.blogspot.com

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI