Hujung bulan waktu poket pun dah menipis, lauk telur ini paling sesuai. Buat pula telur pecah sambal tiga rasa macam ni, lagilah berselera makan. Satu lauk ini pun dah cukup. Jimat bajet kan.
Resipi telur pecah sambal tiga rasa
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji telur ayam
3 sudu cili kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit daun bawang jika ada
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
Ads
2. Bila sudah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Masuk pula 3 jenis sos iaitu sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.
Ads
4. Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Seterusnya masukkan air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat. Rasa sambal, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
5. Rasa kuah dah cukup rasa, pecahkan telur. Kemudian tabur daun sup jika ada.
Sup Telur memang sangat mudah disediakan. Ia merupakan salah satu menu yang menyihatkan yang tidak memerlukan kos yang banyak untuk dimasak. Selain itu, ia juga sesuai untuk kanak-kanak terutamanya bagi yang ‘picky eater’, susah nak makan nasi dan juga si kecil yang baru nak tumbuh gigi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Li Yowni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK SUP TELUR YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 3 biji telur gred A 1500ml air Sayur campur secukupnya 2 biji cendawan – beli online disini 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air – beli online disini ½ kiub pati ayam – beli online disini 2 ulas bawang putih – dilenyek Sedikit serbuk lada putih – beli online disini Sedikit minyak bijan – beli online disini Hirisan daun bawang secukupnya ½ sudu makan garam atau secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan cendawan dan potong dadu mengikut saiz sayur campur.
2. Pecahkan telur ke dalam cawan. Tambah 1 sudu makan air dan sebatikan.
3. Sediakan juga air tepung jagung untuk mengentalkan sup nanti.
4. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam. Jika mahukan rasa yang lebih, boleh lebihkan jumlahnya. Boleh juga menambah bawang putih lenyek untuk menambahkan lagi rasa.
5. Bila kiub ayam telah larut dan air mendidih, masukkan kesemua sayur-sayuran. Masak selama 1 minit.
6. Kemudian masikkan bancuhan air tepung jagung secara perlahan-lahan.
7. Masukkan pula bancuhan telur secara perlahan-lahan dan senipis yang mungkin. Proses ini penting untuk memastikan telur tidak bergumpal.
8. Bila telur masuk ke dalam air, ia akan segera masak. Selesai masukkan telur, boleh terus tutup api. 9. Bila api padam, masukkan garam atau serbuk perisa dengan secukupnya.
10. Masukkan sedikit serbuk lada putih.
11. Tambahkan juga sedikit minyak bijan.
12. Ceduk sup ke dalam mangkuk hidangan. Masukkan hirisan daun bawang dengan secukupnya. Boleh juga tambah sedikit bawang goreng.
13. Sup Telur sedia untuk dinikmati. Selain telur, boleh juga masukkan hirisan ayam atau udang.
INFO: Cara yang mudah untuk menghasilkan telur yang nipis dan halus adalah, guna mug penyukat yang ada muncung untuk memudahkan kerja menuang bancuhan telur.
Telur ayam adalah pembekal tenaga optimum jika diambil pada waktu pagi sebagai sarapan. Selain mengenyangkan, kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam telur baik untuk kesihatan tubuh bahkan rasanya juga boleh dipelbagaikan dengan tambahan perisa seperti lada hitam, hirisan bawang, daun herba beraroma mahupun kepingan daging bakon yang digoreng rangup.
Namun, orang kita hanya sering memasak telur sebagai hidangan telur hancur, telur separuh masak serta telur mata yang diapit dengan roti sebagai pilihan sajian mudah sedia. Bagi membangkitkan kelainan agar lebih berselera untuk menikmati telur sebagai menu utama harian, apa kata cuba resepi “Egg On Cloud” ini! Sudahlah mudah disediakan, rasanya juga berbeza sedikit berbanding tekstur telur biasa.
Bahan:
Caranya:
1. Pecahkan telur satu persatu. ***Kiraan telur adalah mengikut ‘berapa orang makan’.
2. Asingkan kuning telur daripada putih telur (boleh guna cara sedutan botol kosong agar mudah asingkan kuning telur).
3. Masukan parutan keju parmesan, garam serta lada hitam sesedap rasa ke dalam putih telur.
4. Pukul menggunakan pemutar elektrik hingga putih telur ringan seperti tekstur meringue.
5. Alaskan dulang pembakar dengan kertas pembakar atau sembur ia dengan baking spray terlebih dahulu untuk mengelak telur melekat pada logam dulang dan sukar dialihkan kemudian.
6. Ceduk putih telur menggunakan senduk lalu letak ia setempat di atas dulang. Dengan sudu, lengkungkan bahagian tengah putih telur untuk letak kuningnya nanti.
7. Bakar selama 5 hingga 8 minit pada suhu 230ºC sehingga putihnya menjadi garing sikit.
8. Keluarkan putih telur yang meyerupai awan dari oven dan letakkan kuning telur di bahagian lengkungan tengahnya.
9. Masukkan kembali dulang ke dalam ketuhar selama beberapa minit lagi hingga kuning telurnya masak.
10. Siap! Nikmatinya dengan taburan hirisan daun bawang dan bijan sebagai sarapan enak lagi berkhasiat!
Sumber:Afiqah Syamin (Wanista)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap Tauhu Telurhomemade ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun ia juga sangat mudah disediakan sendiri di rumah. Benda boleh jimat, tidak salah untuk mencuba kan? Malah rasanya juga lebih sedap, bersih dan dijamin halal. Jom cuba! Saudari Zaimah Zakaria ada kongsikan cara-caranya.
RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE YANG MUDAH, SEDAP DAN DIJAMIN HALAL
1.Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam.
2. Masukkan air soya dan kacau semua bahan dalam mangkuk tadi hingga sebati.
3. Tapis bancuhan telur supaya tiada buih.
4. Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam plastik aiskrim.
5. Ikat muncung plastik dengan kemas.
6. Panaskan air di dalam periuk namun tidak perlu sampai mendidih.
7. Masukkan bungkusan Tauhu Telur tadi. Masak selama 30 minit menggunakan api yang perlahan.
8. Bila tauhu sudah bertukar warna, maknanya ia sudah masak sempurna.
9. Angkat Tauhu dan sejukkan terlebih dahulu.
10. Bila Tauhu Telur sudah sejuk, baru dipotong.
11. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.
12. Goreng dalam minyak hingga keperangan. Begini rupa Tauhu Telur yang siap digoreng.
13. Tauhu Telur homemade sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan sama ada sayur, sup, sambal atau apa-apa sahaja sajian kegemaran keluarga.
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.