Di rumah kalau ada banyak lagi telur, mulalah tangan ni nak menggoreng.Buka freeze ada pulak sosej, daging, keju dan sayur. Wah, bila dimasuk dalam bancuhan telur, punyalah sedap rasanya..

Omelette atau telur dadar disebut orang kita, makin sedap bila dicampur pelbagai perencah tambahan menjadikan ia makanan paling berkhasiat, namun kosnya murah aje.

Ni min kongsikan tiga resipi Omelet yang pasti anda puas hati. Cubalah ya.

OMELET SOSEJ DAGING SALAI

3 Aneka Omelete Pukul-pukul Goreng, Punyalah Kaw-kaw Rasanya Sedap DiRatah
.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • ½ bahagian mi *mi telur kerinting
  • 3 biji telur

2 sudu makan tepung gandum

  • 4 sudu makan susu cair
  • 1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
  • 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
  • 1 ½ batang sosej | sekitara 1.5sm
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Serbuk perasa stok kcendawan secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
  2. Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.
  3. Masukkan telur, daging smoked beef, daun bawang, garam, serbuk stok cendawan, kacau sebati
  4. Masukkan mi dan kacau rata.
  5. Tuangkan ke dalam kuali bulat saiz kecil (bertangkai), masukkan sosej di tengahnya.
  6. Masak dengan api kecil dan tutup.Angkat dan hidangkan

Kredit : FB :Resep Makanan

OMELET TELUR SAYUR DAN DAGING

IKLAN

3 Aneka Omelete Pukul-pukul Goreng, Punyalah Kaw-kaw Rasanya Sedap DiRatah
.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 sudu makan minyak sayur
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 30gm bawang Bombay | dicincang
  • 200gm daging lembu | dicincang
  • 100gm terung ungu | dipotong
  • 1 biji tomato | dibelah-belah
  • 1 sudu teh daun parsli | dicincang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur | dipukul hingga berbuih

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang Bombay hingga layu.
  2. Masukkan daging cincang, masak dan kacau sehingga keperangan.
  3. Tambahkan terung dan tomato, biar masak hingga layu
  4. Masukkan daun parsli, garam, sos tiram, serbuk lada hitam.
  5. Tuangkan telur yang telah dipukul dan kecilkan api
  6. Tudungkan kuali sehingga permukaan omelette masak. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan sos sambal.

.FB : kumpulan resep masakan

IKLAN

OMELET TELUR TAHU
Oleh: @banususanto

3 Aneka Omelete Pukul-pukul Goreng, Punyalah Kaw-kaw Rasanya Sedap DiRatah
.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 keping tahu | dihancurkan
  • 5 biji telur, ukuran besar | dipukul
  • 1/3 cendawan telinga kera (hitam)
  • 5 biji cendawan butang | dihiris
  • 2 tangkai daun bawang | dicincang
  • 3 biji cili merah besar | dihiris
  • 3 biji cili hijau besar | dicincang
  • 4 ulas bawang putih | dicincang
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Serbuk perasa stok cendawan secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan semua bahan jadi satu sehingga tercampur rata
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan campuran bahan omelette
  3. Masak dengan api kecil dan tutup kuali agar masak rata.
  4. Apabila bahagian bawah omelette yang sudah masak dan terbalikkan.
  5. Jika takut terkoyak angkat dan terbalikkan ke atas pinggan terlebih daulu. Setelah itu dimasukkan balik dalam kuali.
  6. Biarkan memasak dengan api kecil, dan biarkan masak rata
  7. Saji semasa hangat dan sedap diratah begitu sahaja. Saiz hidangan 6-8 bahagian.

Fb :Makan Makan Enak

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI