Ads

Telur Pecah Sambal Tiga Rasa, Lauk Hujung Bulan Yang Tetap Buat Kita Berselera Makan

Hujung bulan waktu poket pun dah menipis, lauk telur ini paling sesuai. Buat pula telur pecah sambal tiga rasa macam ni, lagilah berselera makan. Satu lauk ini pun dah cukup. Jimat bajet kan.

Resipi telur pecah sambal tiga rasa

Telur Pecah Sambal Tiga Rasa, Lauk Hujung Bulan Yang Tetap Buat Kita Berselera Makan

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji telur ayam
3 sudu cili kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit daun bawang jika ada

Telur Pecah Sambal Tiga Rasa, Lauk Hujung Bulan Yang Tetap Buat Kita Berselera MakanCara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.

Ads

2. Bila sudah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.

3. Masuk pula 3 jenis sos iaitu sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.

Telur Pecah Sambal Tiga Rasa, Lauk Hujung Bulan Yang Tetap Buat Kita Berselera Makan

Ads

4. Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Seterusnya masukkan air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat. Rasa sambal, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.

5. Rasa kuah dah cukup rasa, pecahkan telur.  Kemudian tabur daun sup jika ada.

Ads

Telur Pecah Sambal Tiga Rasa, Lauk Hujung Bulan Yang Tetap Buat Kita Berselera Makan

6. Terbalikkan telur kalau suka telur masak sepenuhnya. Tutup api. Siap!

Sumber: Liza Idris

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Kenapa Kita Sanggup Makan Menu Sama? Rahsia Saintifik & Psikologi Yang...

Kenapa manusia cenderung makan menu sama berulang kali? Ketahui jawapan saintifik, psikologi dan biologi yang menerangkan bagaimana otak, emosi dan rutin mempengaruhi pilihan makanan kita.