Jika di rumah hanya ada telur ayam sahaja, jangan risau. Anda masih berpeluang membuat lauk sedap yang cukup menyelerakan.

Telur air asam adalah antara lauk yang kerap dijadikan sebagai makanan bagi golongan mahasiswa dan juga orang bujang.

Melalui instagram, Syira Lokman berkongsi resipi ini dan ianya amat mengimbau memori ketika menjadi mahasiswa dahulu. Lauk ringkas sebegini memang sedap dan mengenyangkan.

Jom cuba!

IKLAN

TELUR AIR ASAM

Telur Air Asam, Hidangan Ringkas Membuka Selera

BAHAN-BAHAN

IKLAN

3 biji telur ayam
2 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 bawang merah kecil (ditumbuk)
Belacan -(dibakar dan ditumbuk)
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil kicap manis
1 tangkai cili hijau (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi (dihiris)
Bawang (dihiris)
Tomato (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi
Garam & gula secukup rasa

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Rebus telur. Kemudian dikupas dan dibelah dua.
2. Masukkan cili padi, bawang merah kecil dan belacan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kicap manis, bahan hiris dan tomato.
4. Perahkan limau kasturi. Tambah garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan telur rebus tadi.
6. Sedia dihidangkan.

TIP: Anda boleh tambah air lagi dan kerisik jika suka.

Sumber: Instagram Dapur Syira Lokman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI