Limau kasturi memang banyak kegunaannya. Daripada beli di kedai, lebih baik tanam sendiri di rumah. Cara nak tanam pun mudah sahaja, dengan hanya menggunakan keratan batang dan boleh ditanam di dalam pasu sahaja. Boleh dicuba teknik yang dikongsi oleh Pyan Sempoy ini.
TEKNIK SEMAI KERATAN BATANG
1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, sudah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut atau muda dan tidak terlalu tua.
2. Potong dan buang pucuk, daun atau duri dan sisakan 2 hingga 3 helai daun sahaja. Potong separuh daun-daun tersebut.
Ads
3. Cucuk ke tanah yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat, sekam bakar dan tanah hitam. Padatkan tanah di sekeliling keratan supaya tidak bergoyang. Boleh juga guna penggalak akar supaya lagi cepat berakar nanti.
4. Sungkup menggunakan plastik dan bahan seumpamanya. Saya guna cawan plastik atas bawah. Letak di tempat yang teduh sehingga keluar tunas baru dan akar. Siram air sedikit-sedikit jika tanah nampak kering. Sewaktu siram, kena buka sungkup kemudian tutup balik.
5. Pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar bila anak pokok dah stabil. Ini adalah anak pokok berumur 3 bulan lebih hasil semai keratan.
Boleh juga guna teknik ini untuk jenis-jenis limau yang lain. Selain itu, pokok jambu air juga boleh menggunakan kaedah ini.
Dapur adalah suatu bahagian penting dirumah untuk menyimpan makanan, menyediakan makanan dan memasak. Paling penting dapurwajib bersih kerana sering menjadi tumpuan serangga dan binatang lain mencari makanan. Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh Yatie Eimra mengenai tip mudah untuk menghapuskan serangga kecil di dapur anda dengan cara selamat.
Ishhh!!! sakit hatinya semut ni asyik ada je..sedangkan dah lap bersih kesan tumpah tadi..kenapa ye???
FAKTA MENGENAI SEMUT YANG PATUT ANDA TAHU:
Semut dapat kesan saki-baki bau gula/manisan walaupun kita rasa sudah lap sebersih-bersihnya
Semut menghasilkan bahan kimia masa berjalan supaya boleh jumpa jalan balik ke sarang tanpa sesat.
Kalau anda perasan, semut ini selalu ada scout/pengangkap yang akan meronda-ronda kawasan untuk mencari punca makanan baru. Kalau tidak kawal peringkat ni, laluan itu akan menjadi jalan baru untuk semut hurung makanan.
Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau anda guna racun jenis serbuk (yang semut makan), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis tidak ada, muncul pula semut jenis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)
Ini info yang sangat penting. Kalau anda tidak kawal semut dekat rumah, populasi semut akan semakin banyak. Bila sudah banyak ratu-ratu muda, semut akan mula cari sarang baru. Selepas itu jenuh anda nak spray serata rumah.
SPRAY SERBAGUNA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
CARA MEMBUAT:
Senang sahaja hanya campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
INFO:
Sebenarnya bancuhan tidak ada sukatan yang tetap, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak dan kalau terlalu cair pula tidak akan berkesan. Kalau terlebih sabun akan menyebabkan licin sangat bila sudah kering.
Buat 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
Kalau gunakan sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tidak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
KEGUNAAN:
Sebagai penghalau serangga, larutan ini bukan sahaja membunuh nyamuk, lalat & semut. Tetapi cuka itu menghilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecil anda tumpahkan air manis gunakan spray serbaguna ini selepas bersihkan kesan tumpah dengan air supaya tidakk melekit.
Boleh juga dijadikan pencuci dapur selepas memasak. Jimat tidak perlu beli banyak jenis bahan pembersih.
Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap sahaja (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pun boleh mati kalau terkena)
Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Selalunya kalua nak makan fillet ikan kita makan di kedai dan harganya pun boleh tahan. Kalau beli di pasaraya pun fillet ikan yang ada semuanya frozen dan tak segar. Apa kata, sesekali korang cuba buat sendiri fillet di rumah. Kalau nak cuba ini RASA kongsikan caranya:-
Pilih Saiz Ikan Yang Betul
Pastikan ikan yang ingin difillet adalah sesuai. Ikan mestikan bersaiz besar kerana ia mempunyai isi lebih tebal dan mudah dipisahkan dengan tulangnya. Ikan yang kecil kerana isi yang nipis, menjadikan rposes fillet sukar dan isi boleh hancur.
Ikan Mesti Segar
Ikan segar mempunyai tektur isi yang kenyal dan mudah difillet berbanding ikan lama yang teksturnya lembik dan mudah hancur. Jika tidak sedia dimasak, fillet ikan boleh anda simpan dalam freezer lebih lama berbanding dengan ikan yang tidak difillet.
Pisau Mesti Tajam Tajam
Jika membuat fillet ikan anda perlu menggunakan pisau tajam. Proses hirisan isi ikan untuk asingkan dari tulang mesti dilakukan dengan satu hirisan (satu gerakan tangan). Jika pisau tumpul dan membuat dua tiga kali hirisan akan menyebabkan isi ikan hancur dan banyak isi ikan masih melekat pada tulang ikan.
Bahagian Ikan Boleh difillet
Lakukan hirisan fillet dari atas bahagian atas hingga ke bahagian bawah perut ikan. Isi bahagian ekor tidak perlu difillet kerana isi nipis dan kurang sedap.
FISH AND CHIPS
Bahan-bahan A:
4 keping fillet ikan
100gm tepung gandum
4 biji telur
150gm serbuk roti
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan B:
100gm mayones
5 biji buah zaitun hitam
3 biji Gherkin
3 ulas bawang putih |kisar
1 biji lemon
CARA MEMASAK:
Gaulkan fillet dengan tepung gandum, kemudian celupkan dalam bancuhan telur sebelum sekali lagi gaulkan dalam serbuk roti.
Panaskan minyak, goreng kepingan fillet ikan sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
Untuk Sos, potong halus buah zaitun hitam, gherkin dan bawang putih.
Kemudian masukkan ke dalam mayones dan gaulkan.
Perasakan dengan jus lemon.
Hidangkan bersama fillet ikan, coleslaw dan salad campur.
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
1. JEMUR PANAS
Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. GUNA CILI KERING
Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
3. LETAK BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
4. HALAU GUNA DAUN PUDINA
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
5. DAUN LIMAU PURUT
Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
6. SIMPAN BERSAMA KULIT KAYU MANIS
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...