Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya. Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1. PILIH IKAN BILIS BERKUALITI
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2. GUNA BILIS SAIZ SEDERHANA
Ads
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3. PASTIKAN BETUL-BETUL KERING
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4. TAMBAH CUKA
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa. Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
5. GORENG GUNA MINYAK PANAS
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
Ads
6. GUNA API SEDERHANA
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7. TOS MINYAK SEPENUHNYA
Ads
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
9. GORENG SECARA BERPERINGKAT
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Petua ikan bilis goreng kekal rangup, ini caranya! Biasanya bila dah tinggal lama sikit ikan bilis goreng jadi lemau. Liza Idris berkongsi petua untuk ikan bilis goreng kekal rangup, baru sedap makan dengan nasi lemak sampai petang. Dah simpan dalam bekas untuk beberapa hari pun masih rangup. Boleh cuba nanti!
Petua ikan bilis goreng kekal rangup
Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye.
Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.
Cara-caranya:
Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.
Resjiskan cuka ikut keperluan.
Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu.
Panaskan minyak, biar betul-betul panas.
Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
Dah garing, angkat dan toskan minyak.
Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.
Mesti banyak kan kuali atau periuk belanga kat rumah yang berkarat atau pun hangus? Tunggu! Jangan buang dulu. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan kesan karat atau hangus tersebut.
TOMATO
Untuk kesan yang lebih baik, cari buah tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato di dalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman, kemudian sental dan cuci bekas tersebut.
CUKA & GARAM
Campurkan cuka dan garam, sental di tempat yang berkarat. Kemudian jemur sampai ia kering. Laa simplenya kan?
SOS TOMATO
Sapukan sos tomato di tempat yang berkarat atau hangus dan biarkan ia selama 2 jam. Kemudian bilas sehingga bersih. Haa jangan ingat sos tomato untuk cicah dengan ayam goreng KFC je taw?
KULIT KENTANG
Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk.
Kemudian, letakkan di atas api.Tunggu sehingga didih dan toskan. Hasilnya, kerak di periuk akan tanggal dengan sendirinya.
ASAM JAWA
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang berkarat. Kemudian,
gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.
PENCUCI PINGGAN
Biasanya kita cuci periuk selepas masak kan. Yang ni pula caranya sebelum masak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Sebarang jenama boleh ya. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok. Macam pelik ke? Haa cuba okay!
BAKING SODA & AIR
Campurkan baking soda dengan sedikit air dan biarkan di dalam periuk yang berkarat atau hangus selama beberapa jam. Kemudian, basuh periuk tersebut sehingga bersih.
Mudah kan? Bahan-bahan pun mudah nak cari. Lepasni jangan membazir taw buang periuk-periuk yang berkarat. Amalkan petua-petua ni, In Sha Allah berkesan. Selamat mencuba!
Dapur ibarat ‘pejabat’ bagi kalangan ibu-ibu. Disini, banyak masa dihabiskan bagi menyediakan hidangan enak buat keluarga. Namun, dari aktiviti memasak ini, adakalanya meninggalkan bau yang kurang enak kesan daripada bau tumisan dan sebagainya.
Pelbagai alat serta cara digunakan bagi memberikan rasa selesa di dapur seperti penggunaan kebuk asap dan sebagainya. Namun bagi yang tiada kemudahan ini, ada cara semulajadi yang boleh dicuba untuk memulihkan masalah ini.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan buah lemon segar. Rebus lemon dengan air secukupnya kemudian biarkan air rebusan terdedah supaya kesemua aroma meresap masuk ke segenap ruang dapur. Aroma segar yang dikeluarkan ini akan membuat dapur menjadi segar. Malah kosnya juga jauh lebih murah. Cara ini juga berkesan dan sesuai digunakan di ruang-ruang lain seperti di ruang tamu, bilik tidur dan juga bilik air.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...