Hajat jamu tetamu dengan bihun sup, supaya mudah kerja ramai yang mencelur bihun awal. Ada juga terjadi selepas dicelur, bihun hancur dan tak tahan lama. Malah jadi berlendir.
Salah satu sebabnya adalah kerana bihun dicelur dengan kaedah yang tidak betul. Untuk celur bihun jangan terus rendam dengan air panas. Ada tekniknya, caranya dikongsi oleh Pak Man yang juga merupakan pengusaha restoren melalui akaun TikTok beliau.
Cara betul celur bihun supaya tak hancur dan berlendir
1. Terlebih dahulu rendam bihun dengan air paip dulu selama 20 minit. Kemudian tos.
Ads
2. Kemudian sediakan besen dan masukkan kunyit jika buat bihun sup utara.
3. Selepas itu tuang air panas yang baru mendidih, dan masukkan bihun yang direndam tadi.
Ads
4. Kemudian kacau-kacau hingga bihun nampak kembang.
5. Buang air panas tadi dan tos hingga bihun betul-betul kering. Jangan ada air yang bertakung dalam bihun tadi.
Ada orang yang alah bila makan pucuk ubi. Asal makan saja perut jadi sebu, sendawa dan berangin kemudian mulalah sakit kepala. Tapi ada masa dek teringin sangat hidangan ini tetap dimakan jua.
Bagi yang mengalami situasi ini bila makan pucuk ubi boleh gunakan petua yang dikongsi oleh Mama Sal untuk mengelakkan masalah angin dan sakit kepala selepas makan sayur ini.
Petua dari mak Sal sendiri yang diperoleh dari orang tuanya. Mak memang tak boleh makan sembarangan memang mudah kena angin. Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Tapi lepas amalkan petua ini mak dah boleh menikmati keenakan pucuk ubi tanpa masalah lagi. Caranya :
1. Sediakan air dalam periuk dan masuk pucuk ubi. Nak rebus dengan batang sekali pun boleh.
2. Sebelum merebus masukkan sekali beras. Kemudian rebus sampai pucuk ubi empuk.
3. Tip ini boleh digunakan untuk masak makanan lain yang berangin contohnya nangka.
Lepas ni kalau korang makan apa sahaja jenis limau, jangan buang kulitnya kerana buah yang kaya dengan vitamin C ini, kulitnya juga boleh dimanfaatkan untuk dipelbagaikan kegunaannya di dapur anda. Untuk membuktikannya, anda kena cuba.
Menyegarkan Ruang Dapur
Limau terkenal dengan aroma yang menyegarkan, oleh itu jangan sia-siakan kulitnya , kupas dengan elok kemudian letak di beberapa sudut dapur. Dengan cara ini ia aromanya akan menyegarkan ruang dapur.
Menghalau Serangga
Selain menghasilkan aroma segar, kulit limau juga boleh menghalau serangga seperti lipas dan semut. Dua serangga ini tidak menyukai aroma sitrus, jadi anda boleh letakkan kulit limau di tempat-tempat spot serangga. Hasilnya serangga hilang, dan anda tidak perlu keluar duit untuk beli racun serangga.
Menutralkan Bau Tidak Menyenangkan
Ada bau tidak menyenangkan di ruang dapur kerana sampah basah terlupa buang atau bau hanyir selepas anda cuci ikan atau ayam. Maka penyelesaian mudah adalah dengan meletakkan kulit limau di beberapa sudut dapur untuk menuteralkan bau hanyir atau tidak sedap di dapur anda.
Membersihkan Ketuhar
Bahagian dalam ketuhar kerap kotor terutama selepas memanggang ikan, ayam atau sebagainya. Cara paling mudah membersihkannya adalah dengan menggosokkan kulit limau yang masih segar di bahagian dalam ketuhar yang kotor, kemudian bersihkan dengan kain lap basah. Kesan memanggang segera hilang.
Diharapkan dengan lima mafaat mengujakan dari kulit limau . Maka selepas ini jangan dibuang kulit liamu selepas memakannya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Garam, bukan hanya bahan dapur yang sangat berguna dalam mengatur rasa suatu makanan, tapi juga adalah bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh. Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lainnya yang juga sangat penting dan tidak banyak orang yang tahu mengenai hal ini. Wanita bekerjaya dan suri rumah wajib ambil tahu!
Sudah ada orang yang melakukan kajian tentang penggunaan lain garam:
1. Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
2. Mengubati sinusitis.
Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
3. Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
4. Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.
5. Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.
6. Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
7. Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.
8. Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
9. Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
10. Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
11. Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
12. Mengatasi warna stoken kaki yang tidak sama. Masukkan stoken ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.
13. Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.
14. Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.
15. Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Ternyata kegunaan garam banyak betul kan! Apakah Anda pembaca tertarik untuk mencubanya?
Sumber : thehealth via citeheboh
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.