Kalau anda sedang mencari menu sihat yang tinggi protein, rendah karbo, mudah disediakan dan tetap mengenyangkan inilah dia: Tauhu Wrap Daging! Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang tengah jaga makan, malah sangat ideal untuk bekal kerja, makan tengah hari yang ringkas, atau makan malam yang tak berat tapi memuaskan.
Rahsia hidangan ini terletak pada gabungan tauhu lembut sebagai ‘wrap’ semula jadi dan inti daging yang berasa padu. Bila digabungkan, rasanya memang lembut, juicy, penuh perisa dan tak rasa macam makanan sihat pun!
Kenapa Tauhu Wrap Daging Ini Patut Cuba?
Menu ini semakin popular kerana ia benar-benar menepati gaya hidup moden yang memerlukan hidangan cepat, versatile dan seimbang dari segi nutrisi. Dengan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang mudah, tauhu wrap ini bukan sahaja sedap tetapi juga sesuai untuk mereka yang ingin makan sihat tanpa mengorbankan rasa.
1. Tinggi Protein, Rendah Karbo
Tauhu dan daging merupakan gabungan yang sangat ideal bagi sesiapa yang mahu kekal kenyang lebih lama. Kandungan proteinnya membantu mengawal selera makan dan memberikan tenaga berpanjangan, sambil menyokong proses pembinaan otot. Disebabkan hidangan ini rendah karbohidrat, ia menjadi pilihan yang baik untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan karbo tanpa meninggalkan makanan yang mengenyangkan.
2. Penyediaan Sangat Mudah
Hidangan ini juga menjadi kegemaran ramai kerana tahap penyediaannya yang sangat mudah. Anda hanya perlu mencampurkan bahan, memasaknya sebentar dan kemudian menggulungnya menjadi wrap. Tak perlukan teknik rumit atau peralatan mahal. Ia benar-benar mesra beginner dan sesuai untuk sesiapa yang nak masak cepat tetapi tetap mahu makan makanan rumah yang sihat dan sedap.
3. Boleh ‘Customize’ Ikut Selera
Salah satu kelebihan terbesar tauhu wrap ini adalah fleksibilitinya. Anda boleh menambah pelbagai jenis sayur untuk lebih tekstur dan nutrisi. Jika suka pedas, tambahkan cili padi. Kalau mahu rasa lebih creamy, sedikit yogurt juga boleh memberi sentuhan berkrim yang menyedapkan lagi gabungan rasa. Semua ini menjadikan hidangan ini mudah diolah mengikut citarasa masing-masing—tidak membosankan dan boleh dicuba dalam pelbagai versi.
Ads
4. Sesuai Untuk Meal Prep
Meal prep juga jadi lebih mudah dengan tauhu wrap ini. Anda boleh menyediakan beberapa wrap sekaligus dan menyimpannya dalam peti sejuk untuk kegunaan beberapa hari. Bila lapar atau nak cepat, hanya perlu panaskan dan hidangan sihat sudah tersedia. Ini amat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja, belajar, atau nak cepat tanpa membeli makanan luar.
Bahan- Bahan Wrap Tauhu
1 paket tauhu lembut
1 biji telur
1 biji lada merah
Sedikit salad & lobak merah (optional)
Bahan Inti Daging
100gm daging (dicincang atau dihiris halus)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil gula perang
Cara Penyediaan Tauhu Wrap Daging
Sediakan ‘Skin’ Tauhu Wrap
Hancurkan tauhu lembut dalam satu mangkuk.
Pecahkan telur dan campur bersama tauhu.
Masukkan sedikit garam dan lada hitam.
Potong lada merah kecil-kecil dan campurkan ke dalam adunan.
Panaskan pan non-stick dan ratakan adunan seperti membuat telur dadar nipis.
Masak sehingga bahagian tepi mula mengeras dan boleh diangkat. Inilah yang akan menjadi wrap tauhu rendah karbo anda!
2. Masak Inti Daging Berperisa
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging dan masak sehingga berubah warna.
Masukkan kicap cair, sos tiram, sos lada hitam dan gula perang.
Tabur sedikit lada hitam untuk aroma tambahan.
Masak hingga daging sebati dengan kuah perapan dan sedikit kering.
3. Gulung & Hidangkan
Ambil kulit tauhu yang sudah dimasak.
Letakkan beberapa helai salad dan sedikit lobak merah.
Sudukan inti daging panas-panas di tengah.
Gulung dengan kemas seperti wrap.
Siap untuk dimakan! Boleh dipotong dua untuk hidangan lebih kemas atau terus nikmati satu gulungan besar macam burrito sihat.
Ads
Tips Untuk Rasa Lebih Sedap
Tambah cili padi dalam inti untuk versi pedas menyengat.
Guna daging kisar untuk tekstur lebih lembut.
Kalau nak lebih wangi, tambah bawang besar yang dihiris nipis.
Untuk wrap lebih kukuh, masak tauhu wrap lebih lama supaya teksturnya firm dan mudah digulung.
Nak high fibre? Tambahkan kobis ungu atau timun batang.
Khasiat Tauhu Wrap Daging
Hidangan ini bukan sekadar sedap — ia penuh nutrisi:
Tauhu lembut mengandungi protein tumbuhan, rendah lemak dan kaya kalsium.
Daging membekalkan zat besi, protein dan tenaga.
Sayur-sayuran memberi vitamin, fiber dan membantu pencernaan.
Tanpa roti, tanpa tortilla jadi lebih rendah kalori berbanding wrap biasa.
Ini antara menu yang membantu untuk sesiapa yang nak kawal berat badan, tingkatkan pengambilan protein, kurangkan karbo dalam diet dan perlukan makanan cepat & sihat.
Kesimpulan
Tauhu Wrap Daging adalah hidangan yang menepati semua ciri makanan sihat moden: cepat disediakan, sedap, seimbang nutrisi dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan hanya beberapa bahan ringkas, anda boleh menikmati wrap berprotein tinggi tanpa perlu bergantung kepada karbohidrat seperti roti atau tortilla.
Ia bukan sahaja mengenyangkan, malah memberi rasa puas tanpa rasa bersalah. Untuk yang sibuk, wrap ini juga sangat sesuai dijadikan meal prep buat, simpan dan capai bila perlu.
Ads
Pendek kata, jika anda mencari pilihan hidangan sihat yang “simple tapi padu”, Tauhu Wrap Daging wajib ada dalam menu harian anda!
Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Penggemar petai wajib mencuba resipi-resipi ini. Ia sesuai dimakan bersama nasi atau boleh juga diratah begitu sahaja. Selamat mencuba!
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN
250gm ikan bilis ] kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN
300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Tumis dan goreng. Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
200gm ikan bilis ] kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar ] hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN
30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis. Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN
2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL ] bersihkan
2 batang serai ] titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
Tuangkan santan dan gaul rata.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Reneh. Keistimewaan: Pedas berlemak. Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
1 mangkuk petai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar Holland – hiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
BAHAN KISAR
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan – optional
5-6 sudu besar cili kering kisar
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
Setelah bergaul rata, masukkan garam serta serbuk perasa.
Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar. Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
Ambil tepung jagung, tepung ang kwe dan masukkan cendol dan bahan-bahan lain, boleh dimasak lepat cendol. Resipi yang dikongsi oleh Wawa ni memang meletoplah sedapnya.
Dah masak, biarkan sejuk sikit dan masukkan dalam peti ais memang padulah bila lalu kat tekak. Berbalutkan daun pisang memang beraroma wangi lah jawabnya. Jom cuba…
LEPAT CENDOL
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung
1 cawan gula
2 sudu makan tepung ang kwe
5 cawan santan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 bungkus cendol * basuh dan tos
Daun pandan untuk membungkus * layukan atas api dahulu
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung jagung, gula, tepung ang kwe
2. Masukkan santan yang telah di tapis
3. Masukkan garam & daun pandan
4. Masak atas api yang sederhana perlahan. Sentiasa kacau.
5. Kacau sehingga adunan menjadi pekat & likat
6. Masukkan cendol & gaul
7. Sedia untuk dibungkus (Hati2 yea panas sangat.kalau ada sarung tangan boleh pakai. huhu)
*kalau buat banyak sebaiknya sorang sentiasa kacau atas api, sorang lagi bungkus…sebab nanti adunan capat berketul kalau xkacau.
Selamat mencuba
Facebook
https://www.facebook.com/sha.wawa.3
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Yong Taufu yang sedap ia bergantung kepada kuahnya, sedap kuah sedaplah rasa Yong Taufu anda makan. Bagaimana untuk menghasilkan kuah Yong Taufu yang sedap, berikut dikongsikan resipi supaya anda boleh buat sendiri di rumah dan boleh makan bersama keluarga. Maklumlah sekarang ni musim PKP, tak boleh makan di luar ye.
KUAH YONG TAUFU UNTUK KUAH HITAM: 2 sudu makan tauchu 2 sudu makan tepung jagung 2 sudu makan tepung gandum 3 sudu makan kicap pelat 3 sudu makan sos tiram 4-5 sudu makan gula 3 cawan air BAHAN KUAH MERAH: 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng 1 sudu makan tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung 4-5 sudu makan gula 3 sudu makan cili kering kisar 2 ulas bawang putih | ketuk Sedikit minyak masak BAHAN LAIN: Isian Yong Taufu | bergantung kepada pilihan anda Bijan putih | sangai Bawang goreng | jika suka
CARA MEMBUAT:
Masukan semua sos hitam dalam blender dan kisar hingga tauchu halus.
Kemudian renehkan atas api sederhana hingga mendidih sekejap.
Tutup api dan ketepikan.
Buat pula kuah merah: Masukkan semua bahan kecuali cili kisar dalam blender dan kisar hingga halus.
Panaskan sedikit minyak, tumis dua ulas bawang putih, setelah wangi masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bahan kisar tadi dan masak lebih kurang lima minit atau hingga kuah pekat.
Tutup api.
Celur bahan-bahan isian Yong Taufu ikut pilihan anda dan hidangkan bersama kedua-dua kuah ini dan taburkan di atasnya bijan sangai dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Kredit : lubuk resipi viral
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Pak Choy Goreng Telur yang ringkas, sihat dan sangat sedap. Resipi mudah 10 minit ini padat dengan rasa umami dan sesuai untuk hidangan harian.