Makanan

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Guna 3 Bahan, Yakin Bersih Terjamin Halalnya

Share

Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung jagung dan air soya, kita boleh buat sendiri tauhu lembut ni di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih jimat, bersih dan terjamin status halalnya. Tauhu lembut ni sedap dimakan begitu sahaja, di goreng bersama sayur atau dimasukkan dalam sup sayur.

Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!Boleh cuba resipi perkongsian Puan Nooramin Munirah Asgnari ini sebagai rujukan.

“Tauhu lembut buat sendiri ( tauhu jepun),cuma guna 3 bahan sahaja”

Bahan-Bahan:

5 biji telur
2 sudu tepung jagung
150 ml air soya

Cara Membuat:

1.Campur semua bahan, kisar secara perlahan.
2.Tapis dan masukkan dalam acuan untuk dikukus.
3.Kukus selama 25 minit dan sejukkan sebentar.


4.Keluarkan dari acuan setelah disejukkan.

5.Potong-potong dan celup dalam telur.


6.Goreng sehingga kekuningan.

Siap!

Tips Ekstra!

  • Salut tauhu lembut ini dengan tepung dan cornflakes yang dihancurkan, sedap. Tapi salut telur lebih mudah dan baunyaa buat perut berkeroncong.

Selamat Mencuba!

RASA: Bagi yang suka makan tauhu lembut ni, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Lebih diyakini status halalnya, lebih jimat dan pasti lebih bersih cara pembuatannya bila buat sendiri berbanding beli yang sedia ada di pasaran.

Sumber: Nooramin Munirah Asgnari

Kisar Bahan Lebih Halus

Kisar bahan dengan lebih mudah dan cepat.

Tengok Sini

Published by
Suhaidah Abd Wahab