Sesekali teringin juga nak tukar selera kan? Buat kuih gaya Inggeris pulalah. Selalunya kuih Inggeris ni rasanya manis-manis. Tak macam kuih kita yang lebih berempah dan pedas misalnya karipap. Jom try buat Tart Walnut.
TART WALNUT
Ads
Bahan Doh
25 gram mentega
500 gram tepung gandum
20 gram kuning telur
60 gram air sejuk
½ sudu teh garam
Ads
Bahan Inti
3 biji telur ayam ayam
1 sudu besar susu UHT
50 gram gula perang
175 gram golden syrup
50 gram mentega (lembutkan)
½ sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh esen vanilla
1 biji buah oren (parut kulit)
175 gram kacang walnut
Ads
Cara memasak
1. Untuk menyediakan doh, putar mentega dan masukkan kuning telur ayam.
2. Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi.
4. Gaul sebati dengan tangan atau mesin.
5. Seterusnya, pukul telur ayam dan susu. Ketepikan.
6. Dalam bekas lain, satukan gula perang dan golden syrup. Panaskan sehingga sebati.
7. Masukkan mentega, serbuk kayu manis, esen vanila dan kulit oren. Kacau sebati dan sejukkan.
8. Tuangkan adunan (3) dalam adunan (1). Kacau sebati.
9. Taburkan walnut dalam tart dan tuangkan sirap tadi. Bakar hingga perang selama 30 minit.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom buat Creamy Chicken Thai Bread ni. Nampak sedap kan? Cara membuatnya mudah sahaja. Rotinya tidak perlu bakar pun. Hanya goreng sahaja. Sesuai sangatlah dicuba sebab bila resipi goreng ni, lebih cepat dan tidak renyah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tahrunnisah Jali ni. Pasti pus hati dengan rasanya.
CARA MASAK CREAMY CHICKEN THAI BREAD
Resepi Roti:
BAHAN SALUT:
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan keringke dalam bekas. Ketepikan.
2. Pukul telur bersama garam. Ketepikan.
3. Campurkan yis ke dalam gelas berisi air suam. Tambah 1 sudu teh gula kastor, Biarkan 5 minit sehingga ia berbuih dan mengembang.
4. Masukkan bahan cecair iaitu bancuhan yis dan juga telur ke dalam campuran bahan kering. Uli hingga sebati.
5. Masukkan butter atau shortening. Uli hingga doh licin dan elastik dalam 20-30 minit.
6. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik sekali ganda.
7. Setelah doh kembang, tumbuk doh. Kemudian bulat-bulatkan doh seberat 30gm setiap satu. Rehatkan lagi selama 15 minit.
8. Sediakan serbuk roti ( breadcrumb). Campurkan kedua-duanya dan pecahkan telur di dalam bekas berasingan.
9. Ambil doh yang telah direhatkan selama 15 minit tadi dan celup ke dalam bancuhan telur.
10. Kemudian golek-golekkan ke dalam bekas berisi serbuk roti tadi. Lakukan hingga habis doh.
11. Letakkan doh diatas loyang dan biarkan selama 10 minit. Tutup permukaan roti dengan kain atau plastik.
12. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan doh yang bersalut breadcrumb tadi. Masak hingga kekuninggan menggunakan api sederhana.
13. Angkat dan toskan minyak.
Bahan Inti Creamy Chicken:
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dalam periuk. Masukkan tepung gandum. Kacau sekata selama 3 minit. Kemudian masukkan susu segar.
2. Masukkan perapan ayam (ayam diperap dengan garam dan lada hitam tumbuk selama30 minit) dalam periuk tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan bawang,capsicum, cendawan butang dan tomato. Sentiasa kacau untuk elakkan inti hangus. Setelah inti kelihatan pekat, padamkan api.
4. Potong bahagian tengah roti dan masukkan inti.Hias mengikut kreativiti anda.
Anda suka makan Puff Sardin? Memang sedap jika dinikmati panas-panas. Tidak sukar untuk menyediakan sajian yang seakan dari bakeri ni jika tahu caranya. Hanya dengan beberapa bahan, nah… Puff Sardin enak siap tersedia untuk dimakan.
Nak cuba? Saudari Mastura Razaliada kongsikan resipinya. Jom cuba!
Roti bakar kastard yogurt ini sedap walau pun cara pembuatannya versi lebih sihat. Roti dibakar dan tak menggunakan minyak. Bahkan terdapat buah-buahan juga.
Siapa cakap makanan untuk orang diet tak sedap ye? Roti bakar kastard yogurt atau Yogurt Custard Toast ini cukup mudah nak membuatnya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adrianna Arissa ini.
Ambil sekeping roti, lenyekkan nipis bahagian tengah dengan menggunakan sudu.
Dalam satu bekas, campurkan bahan yogurt, sirap maple, serbuk kulit kayu manis dan telur. Kacau sebati. Kalau tak suka rasa dan bau kayu manis, boleh skip.
Letakkan campuran yogurt itu di atas roti tadi dan susun buah-buahan pilihan. Terpulang berapa banyak nak letak dan buah apa.
Susun roti di dalam tray di dalam air fryer. Bakar suhu 160 -170 selama 10 minit. Siap!
Ketahui 5 bahan dapur yang paling berkesan menghilangkan bau hanyir ikan air tawar seperti patin, keli, tilapia dan haruan, lengkap dengan tip tambahan yang mudah dipraktikkan.