Memikirkan apa bau manis-manis? Rupa-rupanya, bau tapai. Buat tapai ni kena pandai caranya. Silap cara tak menjadi. Simpan dalam peti dulu, esok makan. Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.
Tapai Pulut Manis
Ads
Bahan-bahan: 1kg beras pulut 1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh) -bekas dadih/daun getah/daun pisang. (saya guna bekas dadih)
Cara memasak: 1.Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2jam. 2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
3.Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik.. (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus) 4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap. 5.Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk) 6.Biarkan pulut betul-betul sejuk. 7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut) 8.Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah. 9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (saya letak dalam besen) 10.Balut besen tersebut dengan kain. Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair. Selamat mencuba.
Petang-petang ni kalau buat puding dan sagu memang best. Resipi yg min share ni bukan puding biasa ada nangka weii. Puding pula dari rambutan. Ni lah nikmat buah-buahan tempatan.
Ni ada min kongsikan kuih jongkong versi Johor. Selain tu kuih yang dibalut daun pisang ni juga terkenal di kalangan Cina Peranakan. Jom makan manisan ni.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
11gm agar-agar serbuk
800gm air
5 sudu makan gula
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK: 1. Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat. 2. Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan. 3. Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil. 4. Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan. 5. Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan. 6. Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut. 7. Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan :4 hingga 6 orang Waktu Memasak: 50 minit Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Makanan barat dengan sentuhan tradisional Cara Memasak : Reneh Anggaran kos: RM15-RM20
INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
RESIPI SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 ulas nangka masak | hiris nipis
1 cawan biji sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
2sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya. 2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning. 3. Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan. 4. Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan. 5. Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan. 6. Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
Saiz Hidangan : 4 hingga 7 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak dan manis Cara Memasak :Reneh Anggaran kos: RM15-RM18
INFO CHEF :Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
3. KUIH JONGKONG VERSI JOHOR:
BAHAN A:
150gm tepung beras cap teratai
70gm tepung ubi kayu
600ml santan cair
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
100 ml santan
3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
Lidi kecil secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan. 2. Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk membungkus jongkong; daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya. 4. Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas. 5. Ulangi langkah hingga selesai. 6. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 4 hingga 6 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak yang sedap Cara Memasak : Reneh dan rebus Anggaran kos: RM15-RM18
INFO CHEF: Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
Resipi: Terima kasih Widiati Sulaiman, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.
Kalau dulu kuih ini selalu kita beli di pasar malam, cuma sekarang sudah jarang sangat dijual. Dikenali sebagai kuih atau apam pukis, ia juga dipanggil sebagai kuih pancong. Jika terasa rindu untuk menikmatinya boleh cuba buat sendiri cuma sediakan dulu acuannya.
Resipi kuih pukis
Bahan-bahan
1½ cawan santan kotak
1½ cawan air
1½ cawan gula
3 biji telur
4 cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
1½ sudu teh yis
2 sudu mkn majerin cair
½ sudu teh garam halus
Cara membuat
1. Satukan yis dengan air suam ½ cawan kacau supaya yis larut. Biarkan seketika.
2. Masukkkan santan, air, gula, garam ke dalam periuk dan biarkan hingga gula larut. Tak perlu sampai mendidih. Agak-agak panas, terus tutup api.
3. Biarkan suam kemudian masukkan telur. Kacau sebati. Seterusnya campur dengan . kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sampai tiada ketulan tepung.
4. Kemudian masukkan yis tadi dan marjerin cair. Kacau dan tutup adunan dalam 30 minit. Jika mahu perasa pandan boleh letak pes pandan coconut dan pewarna hijau sebelum diperap.
5. Selepas 30 minit, panaskan acuan sapu marjerin baru tuang adunan tadi. Tabur coklat rice atau boleh letak apa saja topping yang disukai. Tutup bakar dengan api kecil dalam 5-6 minit.
Untuk sukatan ini boleh menghasilkan dalam 50 biji kuih pukis.
Dok pikir bau apa la manis2.Rupa2nya, bau tapai. Lupa plak mlm jumaat bru ni aku buat tapai ni..
Nasib Xde semut 😂Alhamdulillah, manis sgt. Simpan dlm peti dulu, esok mkn. Nikmatnya mkn sejuk2..
Sape suka? 😘
Tapai Pulut Manis
Bahan-bahan:
1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tp yg ni sy xjemur pon. Hancurkan ragi, sy letak dlm plastik dan ketuk guna alu lesung, nnti nak guna baru ayak guna penapis teh)
-bekas dadih/daun getah/daun pisang. (sy guna bks dadih je)
Cara memasak:
1.Basuh beras pulut bersih2 dan rendam min 2jam..
2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min..
3.Siramkan pulut yang telah dikukus dgn 3cawan air, sambil kaup balik.. (sy xalihkan pulut kedalam bekas, sy siramkan air trus dr pngukus)
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap..
5.Tutup api dan alihkan pulut yg telah masak kedalam dulang besar utk disejukkan. (Ratakan pulut td, supaya cpt sejuk)
6.Biarkan pulut betul2 sejuk..
7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi keatas pulut, balik2kan pulut td, ayak ragi keatas pulut skli lg.. (agak2 ragi rata pd pulut)
8.Sudukan pulut td kedalam bekas dadih/daun getah.
9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (sy letak dlm besen)
10.Balut besen tersebut dgn Kain..
Simpan di tempat yg gelap slma 2hari..
Selepas 2 hari, baru tgk tapai tu ye..
InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair.. 😋
Selamat mencuba 😊
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.