Puding Bandung Santan memang pencuci mulut klasik yang manis, lemak dan lembut licin sampai habis satu loyang! Kalau sebut pencuci mulut sejuk yang benar-benar memikat, hidangan ini memang wajib dicuba. Warna merah jambu lembutnya bukan saja cantik di mata, tapi membawa rasa nostalgia yang manis-manis berlemak, dengan aroma santan dan sirap yang menyatu sempurna.
Pencuci mulut ini sebenarnya sangat mudah disediakan. Cukup dengan beberapa bahan asas yang memang selalu ada di dapur: agar-agar serbuk, susu cair, santan, telur kuning, gula dan sirap rose. Tapi hasil akhirnya? Luar biasa lembut, halus dan cukup menyegarkan bila dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Rahsia Tekstur Licin Puding Bandung Santan
Ramai yang pernah cuba buat puding, tetapi hasilnya keras, berair atau tak sekata. Resipi Puding Bandung Santan ini pula ada rahsianya tersendiri. Kuncinya terletak pada penggunaan gula batu dan teknik kacau berganda.
Gula batu bukan sekadar menambah kemanisan, tetapi membantu permukaan puding menjadi licin, berkilat dan tahan lebih lama tanpa air bertakung di bahagian bawah loyang.
Manakala kaedah kacau selepas api ditutup pula memastikan tekstur Puding Bandung Santan kekal halus dan tidak pecah walaupun sudah dipotong hingga ke bahagian terakhir.
PUDING BANDUNG SANTAN
Ads
Bahan-Bahan Puding Bandung Santan
3 cawan air
1 tin susu cair
10g serbuk agar-agar (1 paket)
½ cawan gula (lebih kurang 100g)
2 biji kuning telur
1 kotak santan pekat 200g atau kepala santan
Sedikit garam
Sedikit esen vanila
Seketul gula batu (optional tapi digalakkan)
3–4 sudu makan sirap rose
Cara Memasak Puding Bandung Santan
Kacau bancuhan susu & telur – Pukul kuning telur bersama susu cair dan santan hingga berbuih. Masukkan esen vanila dan kacau sebati. Ketepikan.
Sediakan asas agar-agar – Dalam periuk lain, masukkan air, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sebati, kemudian hidupkan api perlahan.
Masukkan sirap rose – Tuang 3–4 sudu besar sirap rose dan kacau perlahan hingga campuran mula mendidih di tepi periuk.
Satukan kedua-dua bancuhan – Masukkan perlahan-lahan bancuhan susu cair dan telur ke dalam puding mendidih sambil dikacau tanpa henti supaya tekstur halus dan tidak berketul.
Kacau hingga mendidih dua kali – Bila sudah mendidih, kacau lagi beberapa kali. Biarkan mendidih kali kedua, kemudian tutup api dan masukkan sedikit garam.
Kacau selepas tutup api – Walaupun api sudah ditutup, teruskan kacau lebih kurang lima minit supaya Puding Bandung Santan tidak berlapis air.
Tapis & tuang ke dalam loyang – Guna loyang 8 inci. Biarkan pada suhu bilik selama 40 minit sebelum disejukkan dalam peti ais selama 4–5 jam.
Bila dipotong, warna merah jambu lembutnya terserlah dengan tekstur licin, sejuk dan wangi yang sangat menyelerakan.
Fakta Menarik: Maksud “Bandung”
Ramai menyangka “sirap bandung” berasal dari Bandung, Indonesia. Sebenarnya tidak. Dalam bahasa Melayu lama, “bandung” membawa maksud campuran. Jadi, sirap bandung ialah campuran sirap dengan susu. Dari situlah lahir banyak versi hidangan termasuklah Puding Bandung Santan ini.
Tip Tambahan Untuk Hasil Puding Yang Sempurna
Gunakan santan segar atau santan pekat dalam kotak.
Jangan terlalu banyak kacau bila adunan mula menyejuk.
Boleh tambah biji selasih atau hirisan laici.
Simpan dalam bekas kedap udara; tahan sehingga 3 hari.
Puding Bandung Santan Sesuai Untuk Semua Majlis
Hidangan ini memang serba boleh. Untuk jamuan raya, berbuka puasa, potluck atau pencuci mulut harian pun sangat sesuai. Warna pastel merah jambu membuatkan ia tampil manis dan menarik, terutama bila dihidang dalam cawan kaca atau dipotong kecil dalam mangkuk.
Selain menyegarkan, Puding Bandung Santan ini membawa rasa nostalgia minuman sirap bandung yang kini diangkat menjadi pencuci mulut moden yang memikat hati.
Ads
Kalau anda belum pernah cuba, inilah masa yang sesuai! Dengan bahan mudah dan langkah ringkas, satu loyang Puding Bandung Santan memang cukup memuaskan untuk seisi keluarga. Selamat mencuba dan jangan terkejut kalau loyang licin sebelum sempat masuk peti!
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terasa nak makan kek tapi tak ada ketuhar? Ini antara resipi-resipi kek kukus viral yang ada dikongsi di grup Masak Apa Hari Ni yang sedap dan boleh anda cuba. Pasti puas hati. Bolehlah cuba buat untuk sajian keluarga dan kawan-kawan yang datang beraya di hujung minggu nanti.
1. KEK SUSU KUKUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
3 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu cair
4 biji telur size A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovellete
1/4 sudu teh garam halus
1/4 cawan minyak jagung
CARA MEMASAK:
Putar telur, gula, ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam menggunakan mixer sehingga putih gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung dan tepung agndum. Putar lagi hingga sebati.
Bahagikan adunan ke dalam 4 mangkuk yang sama saiz. Warnakan dengan pewarna kuning, coklat, merah dan hijau. Kacau rata.
Ambil loyang dan sapukan mentega. Kemudian tuang adunan berselang-seli ke dalam loyang.
Letak loyang dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Tutup dengan rapat ( tudung periuk diikat dengan kain supaya kek tidak menjadi bantat.).
Kukus selama 35 minit guna api sederhana.
Bila kek masak, angkat dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan ayak. Ketepikan.
Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mesin pengisar. Kisar sampai sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas mengandungi bahan diayak tadi. Kacau hingga sekata. Jika nak kek berwarna lebih hitam menawan, tambahkan sedikit coklat emulco. Jika nak kek lebih enak, boleh juga tambahkan coklat rice secukupnya ke dalam adunan kek.
Ambil loyang dan sapukan marjerin. Kemudian tuang adunan kek.
Kukus kek selama 1 jam menggunakan api sederhana. Pastikan periuk kukusan dipanaskan terlebih dahulu.
Balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis ke atas kek.
Untuk topping, panaskan susu cair, susu pekat dan coklat masakan guna kaedah double-boil. Bila coklat dah larut, masukkan sedikit shortening. Sukatan agak-agak sahaja.
Untuk hias kek, bila dah masak, biarkan kek dan topping agak suam terlebih dahulu baru dituang ke atas kek. Tuang separuh topping sahaja. Simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit, keluarkan dan barulah dituang baki topping tadi.
Tidak semestinya tunggu ada majlis baru boleh buat fruit cocktail. Kalau dah teringin, belilah bahan-bahan seperti buah-buahan kegemaran dan sebagai. Letak pula ais batu di dalamnya. Memang nikmat rasanya. Lagi banyak campuran buah-buahan lagilah enak.
FRUIT COCKTAIL
Bahan-bahan:
Susu full cream
Susu cair
Plain yogurt
Ice cream vanilla
Susu pekat
Coktail campur
Nata de coco laici
Sago (nak letak pun boleh)
Laici tin/ longan
Epal merah
Tembikai
Buah naga purple
Anggur
Mangga
Gula
Garam
Esen vanilla
Bahan-bahan untuk kuah:
1.Masukkan susu full cream,susu pekat(agak-agak manis yang korang nak),susu cair,yogurt,ice cream vanilla ,air laici dalam tin,esen vanilla, air gula sikit last sekali garam secukup rasa.
2.Untuk bagi kuah berlemak lagi, kacau-kacau kesemuanya bagi sebati. Akhir sekali boleh masukkan sago kalau nak letak sago.
3.Boleh letak buah-buah yang kita dah potong tadi.
4.Siap! Boleh hidang bersama ais batu. Makan fruit coktail ni asing dengan ais lagi sedap. Kalau letak ais terus dalam fruit coktail tu, nanti kuah hilang manis.
Salah satu hidangan yang mudah disediakan untuk menjamu seisi keluarga adalah cucur ikan bilis. Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
• 1 labu bawang besar (potong dadu) (BELI DI SINI)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
• 3 cawan air panas secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Kain lap dapur memang menjadi item yang sangat penting di dapur kerana ia membantu membersihkan pelbagai kotoran seperti sisa minyak, tumpahan bahan masakan, dan...