Tauge mempunyai banyak khasiat. Walaupun mungkin ada yang tidak menggemarinya namun itu bukan bermakna tauge tidak ada peminatnya.
Sebenarnya tauge kaya dengan protein, malah dua kali ganda berbanding daging lembu atau ayam selain mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Khasiat lain termasuk kaya dengan enzim, serat, antioksidan, asid lemak dan vitamin.
Penghasilan tauge bermula dengan proses percambahan benih. Jenis kacang yang digunakan ialah kacang hijau. Kita boleh sahaja tanam tauge sendiri berbanding beli di kedai bagi menjamin kesegarannya.
Menanam tauge memang cukup mudah. Hasil tuaian pun elok dan bersih. Hanya beberapa langkah mudah sahaja, anda boleh menikmati tauge yang segar dan rangup.
1. Rendam kacang hijau 4 jam.
Ads
2. Tapis kacang hijau dengan menggunakan penapis.
3. Masukkan kacang hijau dalam botol.
4. Spray kacang hijau dengan air rata-rata.
5. Letak botol berisi kacang hijau dalam kotak.
6. Sembur 2 kali sehari (melalui lubang yang telah ditebuk)
7. Hasil tauge sudah boleh dituai selepas 3 hingga 4 hari.
Apabila kita tanam sendiri tauge, kita akan dapat makan tauge yang lebih segar. Dari segi kebersihan pun lebih terjaga selain tidak timbul perasaan was-was tentang bagaimana tauge ini ditanam.
Bawang putih, antara penyedap masakan yang wajib ada dalam setiap dapur. Aroma wangi bawang putih ini membantu masakan menjadi lebih sedap, terutama masakan yang dimasak secara tumis, tercium baunya pasti membuka selera makan. Malah bahan penyedap masakan ini juga kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan.
Masalahnya sebelum menggunakan bawang putih, anda terpaksa membuang kulitnya terlebih dahulu. Nak tahu cara paling senang kupas kulit bawang putih tanpa guna pisau. Ia sangat mudah kalau terpaksa kupas dalam jumlah yang banyak.
Ini caranya:
Masukkan bawang putih dalam balang bertutup.
Tutup rapat, kemudian goncang balang selama beberapa minit atau sehingga kulit bawang putih sedikit terkupas.
Keluarkan kulit bawang yang telah terkopek, kemudian goncangkan lagi balang tersebut sehingga kulit bawang putih tertanggal sepenuhnya.
Mudahkan! Dengan tip ini diharapkan ia membantu urusan kerja dapur lebih mudah dan praktis.
Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu ni.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya merekah. Berhati-hati jangan bakar sampai terlebih rentung pula. Cukup sekadar memudahkan proses membuang ‘kasut’ lembu.
Cara untuk tahu ‘kasut’ lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas.
4. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil dan bolehlah dimasak sup mengikut resipi turun temurun masing-masing.
5. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Goreng kacang tanah, dengar macam senangkan, tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal, sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak. Nak tahu macam mana cara yang sempurna goreng kacang tanah, korang kena baca tip yang RASA kongsikan ini:-
Pilih Kacang Tanah Yang Elok
Ini penting, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz biji kacang adalah sama. Jangan beli kacang yang tak sama saiz, ia akan menyebabkan kacang tidak masak sekata bila digoreng.
Gunakan Minyak Banyak Semasa Menggoreng
Semasa menggoreng pastikan semua kacang tenggelam dalam minyak masak yang panas. Oleh itu korang perlu menggunakan minyak lebih banyak dari kacang. Seperkata lagi korang perlu sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Tidak ada istilah menyambil semasa menggoreng kacang tanah.
Angkat Kacang Sebelum Kacang Betul-Betul Masak
Perhatikan betul, bila kacang tanah yang digoreng bertukar warna kuning muda atau rasa hampir masak, segera angkat kerana ia akan betul-betul masak dan garing dalam beberapa saat semasa proses mengangkatnya. Jangan tunggu kulit kacang sudah berwarna kecoklatan atau masak sepenuhnya. Akibatnya kacang akan berasa sedikit pahit kerana terlalu ‘over cook’. Atau biarkan kacau dalam kuali walaupun api sudah ditutup. Kuali panas akan jadikan kacang anda hangus.
Rendam Dalam Air Mendidih
Jika korang ingin menggoreng tanpa kulit arinya, sebaiknya rendam kacang dalam air mendidih lebih kurang 10 minit supaya kulit arinya lembut dan senang dibuang. Kemudian tos sebelum sedia digoreng. Pastikan semua kulit ari dibuang, jika tidak ada sisa kulit ia akan cepat hangus dan menjadikannya pahit.
Guna Api Sederhana
Jika anda goreng kacang tanpa minyak (sangai) pastikan anda menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Cara ini agak lambat berbanding menggoreng menggunakan minyak.