Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Princess Zhaza Nasheema ini.
CARA TANAM TAUGE GUNA KOTAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 senduk penuh kacang hijau
1 bekas kotak air bersaiz besar
CARA-CARA:
1. Bersihkan kacang hijau dan toskan airnya.
2. Ambil kotak dan pada bahagian bawahnya, potong sedikit bahagian bucu. Ini bertujuan untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.
3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak dengan perlahan-lahan sehingga habis.
Ads
4. Siram kacang hijau tadi dengan air.
5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air habis keluar dan tidak bertakung di dalam kotak.
6. Letakkan kotak dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah lebihan air yang mengalir keluar.
Ads
7. Keadaan tauge pada hari ke 4-5. Hasilnya sudah boleh dituai dan dinikmati.
Nota:
Sepanjang proses ini, air perlu disiram ke dalam kotak sebanyak 5 kali sehari. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Setiap kali selepas disiram, pastikan air tidak bertakung di dalam kotak. Ini kerana ia akan menjejaskan rupa tauge dan berbau kurang enak.
Kek kini bukan sekadar pencuci mulut, ia jadi simbol sambutan, kejutan, dan hadiah kasih sayang. Tapi dalam dunia bakeri moden yang mementingkan rupa, terlalu banyak kek cantik di luar sana yang sebenarnya tak selamat untuk dimakan. Ramai tak tahu, ada bahan, teknik dan hiasan yang nampak eksklusif tapi menyimpan risiko kesihatan.
Berikut ialah 7 red flags penting yang patut diperhatikan oleh sesiapa sahaja, tak kira pembeli, peniaga mahupun peminat kek. Kalau ada salah satu tanda ni… mungkin elok fikir dua kali sebelum makan.
Hiasan Bunga Segar Tak Boleh Dimakan
Ramai suka tengok kek dihias dengan ros, lily, hydrangea, baby’s breath. Tapi, kebanyakan bunga ini beracun, ada racun serangg atau tak diluluskan untuk kegunaan makanan. Kalau nak guna, pastikan bunga tersebut edible-certified atau sekurang-kurangnya berlapik dan selamat disentuh makanan.
Warna Terlalu Terang & Tak Masuk Akal
Krim kek biru neon, pastri kuning menyala, atau biskut merah pekat. Memanglah nampak “Instagrammable”, tapi, ini tanda penggunaanpewarna tiruan berlebihan. Sesetengah pewarna macam Rhodamine B atau Sudan Red dah lama dilarang dalam makanan.
Lebih selamat guna pewarna semula jadi atau gred makanan sahaja.
Krim Terbiar Terlalu Lama di Suhu Bilik
Kek krim yang dipamerkan tanpa peti sejuk berjam-jam? Krim dairy seperti whipped cream, cheese frosting atau buttercream mudah rosak dan jadi tempat pembiakan Salmonella & Listeria bila berada di luar lebih dari 2 jam. Kek krim wajib disimpan bawah 5°C selepas dikeluarkan.
Guna Shiny Spray atau Pearl Dust Tanpa Label Edible
Trend kek eksklusif disembur glitter, metallic shine, dan pearl dust makin popular. Tapi, ramai tak tahu bahawa banyak produk ini bukan untuk dimakan pun! (non-toxic ≠ edible). Ada yang mengandungi logam berat atau mikroplastik. Oleh itu sentiasa semak label “edible” sebelum beli kek jenis ni.
Sirap Meleleh Sampai Kek Lembik
Kek yang nampak ‘moist’ bukan alasan untuk dibiarkan ‘banjir’.
Apabila topping meleleh hingga kek lembik, ini boleh sebabkan kulat dan bakteria cepat membiak, terutama jika disimpan lebih dari sehari. Kek perlu lembap, bukan berlecak.
Kek Terbiar Terbuka Tanpa Penutup
Selalu kita nampak kek di gerai dibiarkan terbuka. Peluang kena habuk, lalat hinggap, orang bersin adalah tinggi. Ini bahaya besar. Petanda penjual tidak pedulikan aspek kebersihan. Risiko pencemaran silang sangat tinggi. Kek sepatutnya disimpan dalam bekas tertutup atau dilindungi sepenuhnya.
Nota RASA :
Admin tak tulis semua ni untuk takutkan orang. Tapi sebagai yang sudah lama dalam bidang kulinari, admin rasa bertanggungjawab untuk ingatkan:
Kek bukan sekadar sedap dan cantik – ia makanan yang masuk ke tubuh, kena selamat 100%.
Jangan biar trend visual cantik membutakan kita dari risiko kesihatan sebenar.
Lain kali apabila tengok kek cantik… tanya dahulu: ‘Ni selamat ke dimakan?’ Pertanyaan ini memang mengundang bengang penjual, tapi kalau kita nak selamat, baik tanya dahulu atau jangan beli langsung jika ada keraguan.
Chop! Baca ni. Anda seorang BAKERS? Jom sertai Komuniti Bakers RASA Digital Homebakers Showcase & ia adalah PERCUMA!
Kami sedang cari homebakers paling berbakat di Malaysia — dan mungkin, itu adalah ANDA!
Kami di RASA percaya setiap kek, biskut dan roti ciptaan anda ada cerita dan kami nak bantu anda kongsikan rasa, semangat & bakat itu ke seluruh Malaysia! Kami akan feature anda di platform digital RASA (IG, TikTok, FB & web) Kami akan bantu promosikan produk & cerita anda dan anda berpeluang disokong jenama besar!
Kalau anda seorang homebaker yang nak “naik level” tahun ni — inilah masanya!
Ketuhar gelombang mikro atau microwave memang banyak gunanya dalam memudahkan kerja memasak. Boleh panaskan lauk dan bermacam-macam lagi. Bila dah guna, pasti ada kotoran yang tertinggal bukan? Jangan bimbang, petua ini membantu anda membersihkan microwave dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.
CARA MEMBERSIHKAN MICROWAVE
1. Isikan 1/2 cawan air ke dalam mangkuk atau bekas tahan panas.
2. Potong buah lemon dan perah jusnya ke dalam bekas tadi. Masukkan sekali kulit lemon ke dalam bekas tersebut.
3. Masukkan bekas ke dalam microwave . Hidupkan suis dan panaskan dengan suhu yang tinggi sehingga air mendidih. Biarkan selama 3 minit.
4. Jangan buka penutup microwave. Biarkan selama 5 minit.
5. Buka penutup dan bersihkan microwave anda. Setelah dicuci, lap hingga kering dan barulah boleh digunakan semula.
foto: thekitchn.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Susu cair selalu kita guna dalam masakan atau minuman. Namun yang selalu terjadi kuantiti kita guna sikit saja selebihnya disimpan dalam peti sejuk. Tapi tak sampai 3 hari dah masam tak boleh guna. Sayang betul.
Selepas ini kalau ada lebihan susu cair boleh guna kaedah ini ya. Jika dipraktikkan susu cair boleh bertahan sehingga 3 bulan. Baru tak membazir kan?
Berikut merupakan 5 cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan susu cair yang telah dibuka:
1. Tukar bekas kedap udara
Susu cair yang sudah dibuka jika tidak habis diguna, tukarkan ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Jika mahu digunakan dalam masa terdekat, simpan di bahagian chiller. Jika sebaliknya, simpan di bahagian sejuk beku.
2. Pastikan guna suhu betul
Pasti ramai sudah mengetahui cara ini. Pastikan peti sejuk berada pada suhu 4 darjah celcius atau lebih sejuk.
3. Cara simpan dalam peti sejuk ruang pembeku
Jika anda menyimpan susu cair di bahagian sejuk beku, susu cair boleh bertahan lebih lama. Bila mahu diguna kembali, biarkan pada suhu bilik sehingga mencair.
4. Cara simpan susu cair – Letakkan di bahagian belakang
Sebolehnya simpan di bahagian belakang peti sejuk kerana bahagian tersebut adalah yang paling sejuk dan jauh dari makanan yang tak dimasak.
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.