Anak-anak memang pantang tengok yoghurt pelbagai perisa yang ada dijual di pasaran. Sebab tu setiap kali beli barang dapur di pasaraya, yoghurt antara barang makanan wajib beli bagi mak-mak yang ada anak kecil. Memang yoghurt baik untuk kesihatan, tetapi asyik kerap membeli, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah, sebab nak buat yoghurt tak perlu banyak bahan dan cara membuat juga ringkas dan muda. Kalau nak tahu macam mana cara, baca tip berikut:-
SEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN:
Bahan penting wajib ada adalah bakteria Lactobacillus Bukgaricus yang boleh dibeli di kedai bahan kimia atau kedai barang-barang bakeri. Kalau susah sangat nak dapat, boleh je guna yoghurt plain yang ada label ‘live culture’, ia merujuk pada yoghurt tersebut mengandungi bakteria hidup. Ia penting supaya bakteria boleh berkembang biak semasa proses fermantasi susu hingga menjadi yoghurt. Selain itu sediakan juga susu cair, thermometer, sudik kayu, kain bersih, bekas keap udara dan periuk tahan karat. Apapun korang kena pastikan semua peralatan ini bersih supaya yoghurt yang anda buat menjadi dengan eloknya.
Ads
PANASKAN SUSU CAIR:
Panaskan susu cair dengan suhu lebih kurang 70-80 celcius atau hingga susu panas tetapi tidak mendidih selama 15-30 minit. Tujuannya supaya bakteria dalam susu boleh mati tanpa merosakkan segala nutrisi dalam susu. Proses pemanasan ini juga membantu mengurangkan kadar air dalam susu. Sepanjang proses memanaskan susu, pastikan susu sentiasa dikacau untuk elakkan dari berketul.
SEJUKAN SUSU YANG TELAH DIMASAK:
Susu yang telah dimasak tadi disejuk hingga suhu lebih kurang 25-30celcius atau suam-suam kuku. Agar tidak ada dicemari bakteria, tutup periuk dengan kain bersih yang telah korang sediakan tadi.
CAMPURKAN BAKTERIA DALAM SUSU:
Apabila susu sejuk, bolehlah campurkan bakteria atau yogurt plain lebih kurang 5-10% dari jumlah susu yang telah dipanaskan tadi. (contoh 100ml susu cair, maka bakteria atau yoghurt yang dicampur adalah 5-10ml bergantung kepada kepekatan yang diperlukan. Oleh jika lebih bakteria dimasukkan, lebih pekat yoghurt korang. Setelah dicampur, kacau rata, kemudian tuangkan dalam bekas kedap udara dan tutup semula dengan kain bersih yang kering.
Ads
PERAMKANNYA:
Simpan dan biarkannya tanpa diusik sekurang-kurangnya 24 jam pada suhu bilik supaya bakteria membiak. Bila susu menjadi pekat, berbau dan rasanya masam, tandanya yoghurt yang korang buat menjadi dan boleh digunakan.
SIMPAN DALAM PETI SEJUK:
Ads
Jika korang tidak mahu menggunakan lagi yoghurt atau ada lebihan selepas digunakan, ia perlu disimpan dalam peti sejuk supaya bakteria tidak mati dan rasa yoghurt kekal sedap.
Kalau korang ikut cara yang RASA kongsikan ini, tak ada sebab yoghurt tak menjadi. Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak sukakan ubi kentang goreng. Namun jika beli yang ‘readymade’, biasanya kandungan garam serta lemaknya agak tinggi. Jika anak-anak nak makan hidangan ni setiap hari, pastinya ia boleh menjejaskan kesihatan. Untuk tidak menghampakan permintaan anak, anda boleh cuba hasilkan sendiri kentang goreng homemade ni di rumah. Namun bila buat sendiri, masalahnya ialah kentang yang anda masak akan menjadi lembik walaupun baru je lepas angkat dari dapur. Kecewa kan? Kalau anak-anak cerewet, pasti tak nak makan. Ada petua yang boleh dicuba untuk menghasilkan kentang goreng yang tidak lembik. Anda boleh cuba.
CARA MASAK KENTANG GORENG HOMEMADE YANG SEDAP & TIDAK LEMBIK
1. Pertama, ketika membeli kentang, pilihlah ubi kentang dengan permukaannya yang baik dan licin. Ia menunjukkan ubi kentang ini masih baru, tiak lembik dan segar.
2. Untuk menyediakan kentang goreng, kupas dan potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.
3. Rendam hirisan ubi kentang di dalam air sejuk sekitar 30 minit atau lebih bila perlu. Air sejuk dapat membantu menjaga tekstur ubi kentang saat digoreng nanti.
4. Setelah direndam, angkat kentang dan toskan airnya. Pastikan ubi kentang benar-benar kering atau tidak terlalu banyak air.
5. Kemudian salut nipis dengan tepung jagung. Tepung ini mampu menyerap kelembapan kentang dan kentang akan lebih sedap.
6. Goreng secara ‘deep fried’. Angkat, toskan lebihan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Resipi kari ayam memang ada banyak versi. Tapi yang ini kari ayam tanpa santan. Lebih kurang macam kari mamak.
Agar lagi ‘kick’ kari ini dibuat pedas supaya kena dengan citarasa kita. Bagi yang nak cuba ini resipinya.
Resipi kari ayam pedas tanpa santan
Bahan-bahan
Ayam -dipotong
Daun kari
Rempah 3 sekawan -kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging Babas
Serbuk cili (mengikut citarasa)
4 sudu kecil gula merah
½ sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa
2/3 biji kentang -dipotong
1-2 biji cili besar -jika suka
1 biji tomato -jika suka
Bahan kisar
1½ biji bawang besar
1 ½ inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
12 tangkai cili kering -dibuang biji
Cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 3 sekawan bersama daun kari hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, serbuk cili serta sedikit air. Masak lagi sehingga tumisan tersebut pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga ayam empuk.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Ketika ini boleh masukkan cili besar dan tomato jika suka. Masak hingga gulai pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
TIP : Pastikan kari ini tak menggunakan banyak air supaya kuahnya pekat. Barulah rasanya sedap.
Batuk boleh mengganggu serta menjejaskan aktiviti harian kita. Ia akan membuatkan kita berasa tidak selesa sepanjang masa. Cuba petua yang diberikan pakar-pakar ubat China dan Taiwan ini untuk menggurangkan batuk yang berlarutan (persistence cough). Ianya sesuai untuk kanak kanak dan juga dewasa.
Buah oren dipotong bahagian atas dan bawah (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar)
Tambah secubit garam di bahagian atas dan sapu rata. Jika boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.
Kukus selama 2 jam (masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tidak banyak)
Minum jus tersebut. Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Berkesan atau tidak terpulang kepada individual ya.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...