Takoyaki Kudapan Enak Terbang Khas Dari JepunTakoyaki Kudapan Enak Terbang Khas Dari Jepun

Snek ringan berbentuk berbola lembut yang diperbuat daripada bancuhan tepung, inti dan sos khas yang lazat.

TAKOYAKI

BAHAN BANCUHAN TEPUNG:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 2 cawan air
  • 1 teh serbuk dashi (boleh ganti dengan serbuk pati bilis)
  • 1/2 sudu teh garam


CARA MENYEDIAKANNYA:

IKLAN
  1. Kisar semua bahan guna blender untuk dapat tekstur yang halus.


BAHAN INTI TAKOYAKI:

  • sotong/sosej/ayam/crabstick/udang terpulang ikut citarasa
  • daun bawang-dicincang halus
  • minyak untuk sapu di tokoyaki pan


IKLAN

BAHAN SOS TAKOYAKI:

  • 1 cawan sos tomato
  • 3/4 cawan kicap cair 
  • 1/4 cawan air asam jawa 
  • 2cm halia – tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1/2 cawan gula


CARA MEMASAK SOS:

IKLAN
  1. Campur semua bahan dalam satu periuk.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
  4. Sejukkan dulu sos.
  5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)


BAHAN HIASAN:

  • Bonito flakes
  • Serbuk seaweed 
  • Mayonis jepun
  • (Semua 3 bahan diatas ada jual di pasaraya)

Takoyaki Kudapan Enak Terbang Khas Dari Jepun

Takoyaki Kudapan Enak Terbang Khas Dari JepunCARA MEMASAK TAKOYAKI:

  1. Mula-mula panaskan tokoyaki pan dan sapu minyak dipermukaan pan.
  2. Tuang bancuhan tepung separuh lubang.
  3. Taburkan bahan inti ditengah adunan.
  4. Bila hampir masak tolak guna lidi sehingga separuh terbalik. Tuang lagi bancuhan. Begitulah diulang sehingga tokoyaki menjadi bentuk bulat.
  5. Bila sudah masak angkat dan paipkan sos/mayonis dan tabur seaweed serbuk 
  6. Akhir sekali taburkan bonito flakes.

KREDIT RESIPI & BAHAN: arma falisa

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI