Tiada ketuhar bukan alasan tidak boleh buat kuih raya ye. Sebenarnya boleh sahaja anda gunakan kuali atau periuk yang berpenutup dan bakar guna dapur gas sahaja. Bagaimana caranya, anda hanya perlu ikut cara berikut:-
Ads
Boleh gunakan pan/kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Pastikan penutup kuali atau periuk pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata masaknya.
Tak perlu letak air atau pasir dalam pan, sebab anda telah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian baru letakkan dulang untuk bakar biskut.
Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
Tempoh masa membakar ikut jenis biskut, Contohnya biskut bunga cina atau semprit. Ia ambil masa 15 minit atau sehingga ia kekuningan.
Tak perlu sapu minyak pad dulang biskut.
Selamat mencuba!
Ads
Kredit : Resepi Masakan
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Memasak jadi mudah dan sedap jika tahu akan petuanya. Resepi bubur ayam untuk bayi boleh disediakan dengan lebih mudah jika anda mempunyai stok ayam yang telah tersedia dalam peti sejuk. Kalau nak tunggu ayam beku cair, mungkin akan mengambil masa yang agak lama.
Dengan membuat stok ayam sendiri, anda boleh menambahkan sayuran seperti daun saderi atau herba seperti halia untuk memberi lebih keberkesanan terhadap ketahanan badan bayi. Lihat resipi yang dikongsi oleh Yusherizan Marshella Yusoh ini.
Bahan-bahan:
– Daging ayam seperti leher atau mana-mana bahagian tulang ayam yang lain. Kalau ada kaki ayam, buangkan kukunya terlebih dahulu.
– Lobak merah
– Daun saderi (‘celery’)
– 1 biji bawang besar
– 1 labu bawang putih (Dilebihkan kerana bawang putih banyak khasiat untuk bayi. Bayi yang kurang suka, boleh kurangkan sedikit)
–‘Baby tomato’ dipotong dua / tomato besar dipotong dadu
– Bunga lawang (jika ada)
– Cuka epal / lemon (untuk keluarkan khasiat dari tulang ke dalam kuah)
Nota: Guna periuk ‘stainless steel’ untuk memasak. Tidak disarankan mengguna periuk aluminium kerana asid dalam lemon atau cuka akan bertindak balas dgn aluminium.
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Letak air sehingga hampir penuh.
2. Renehkan atau ‘slow cook’ selama 12 jam. Kalau tak larat tunggu, cukuplah sekitar 2-4 jam. (Pastikan ayam empuk dan terlerai daripada tulang. Ada petua mengatakan renehkan sehingga air berkurang kepada 1/3 periuk)
3. Padam api. Tapiskan isi daripada airnya. Kita ambil airnya. Isinya boleh digunakan untuk masakan biasa seperti nasi goreng atau sandwich ayam. Nak kisar untuk diletakkan dalam bubur bayi pun boleh.
4. Apabila air rebusan tadi sejuk, tuangkan dalam bekas kiub ais. Stok ayam terbaik kalau jadi kenyal dan jernih, macam ‘jelly’.
5. Kalau nak guna, masukkan dalam bubur nasi atau oat. Panaskan atas periuk selama 4-5 minit.. Siap!
Ikan pari atau ikan ketuka adalah spesis ikan yang biasa kita jumpa dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, dibakar bersama arang dan bermacam-macam lagi. Ikan Pari bersaiz lebih besar berbanding ikan Ketuka yang bersaiz lebih kecil. Namun tahukah anda cara-cara untuk memilih ikan pari dan ikan ketuka yang serta cara-cara mengatasi bau hancing ikan-ikan ini? Jom cuba petua di bawah.
CARA-CARA MEMILIH IKAN PARI:
Semasa memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Bagi ikan ketuka pula,biasanya ia dijual tanpa dipotong. Oleh itu untuk mengenalpasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah:
Ikan pari/ketuka
Asam jawa
Air
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
2. Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Mana tidaknya, bila kupas bawang mesti menangis. Kalau tak guna kang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi azab kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya.
Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi. Jom lihat cara-caranya.
1. RENDAM bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.
foto: http://thewellspace.co
2. SEJUKKAN bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. Pastikan guna PISAU TAJAM kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.
4. Pelik tapi benar, GIGIT BATANG MANCISuntuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.
5. KUNYAH GULA-GULA GETAH atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.
6. Kupas dan potong bawang di bawah AIR MENGALIRkerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. The National Onion Associationmenyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan MEMOTONG BAHAGIAN ATAS sebelum mengupas kulitnya.
8. The National Onion Association juga menyarankan, ELAK MEMOTONG AKAR BAWANG kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.
9. SEMBUR CUKA MAKANdi atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan pengeluaran air mata.
10. Gunakan bantuan KIPAS ANGIN dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, RENDAM bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!