Jika anda merupakan seorang peminat pretzel, cubalah buat sendiri di rumah dengan resipi perkongsian oleh Echot Aisyah Meor Zahid ini. Tak perlu beratur panjang lagi di Auntie Anne’s. Barulah puas makan bila buat sendiri kan? Banyak adunan anda boleh dapat. Terbaik!
RESIPI PRETZEL ALA AUNTIE ANNE’S
BAHAN-BAHAN:
2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar yis
6 sudu besar gula perang
4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam halus
1/3 cawan baking soda
3 cawan air suam
1/4 cawan garam kasar
8 sudu besar mentega (dicairkan)
CARA PENYEDIAAN:
1. Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus. Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
Ads
4. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
5. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
6. Preheat oven ke 230ºC.
7. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
8. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
Ads
9. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
10. Renjis dengan garam kasar.
11. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
Ads
12. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
13. Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.
Ketandusan idea nak masak menu apa untuk tengah hari, boleh fikirkan menu yang simple dan gerenti disukai ramai. Bahagian isi ayam yang kurang laku boleh saja masak menu ayam masak halia. Letakkan cendawan, lada kering dan daun bawang memberi aroma yang menyelerakan pada masakan ini. Cubalah nanti.
AYAM HALIA
Bahan-bahan: Ayam – perlu digoreng sekejap. Jangan terlalu garing. Saya guna air fryer. 160 darjah selama 20 minit.
Bawang merah
Bawang putih
Halia – kena banyak sikit sebab perlu dikisar dan dihiris.
Cendawan shitake kering,lada kering dan daun bawang. Cendawan perlu direndam dahulu, tapi saya rebus sekejap supaya kembang. Cara memasak: 1 Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram.
3.Tambah sedikit air. Kemudian, masukkan ayam. Gaul hingga mesra. Tambah lagi air ikut kesesuaian kuantiti ayam. Boleh masukkan kicap masin untuk dapatkan warna yang lebih menarik. Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak.
4.Masukkan cendawan dan lada kering, garam. Biarkan masakan mereneh sekejap. Sempurnakan rasa dan kepekatan kuah dengan bancuhan tepung jagung. 5.Akhir sekali, masukkan daun bawang. Tutup api. Kredit: Fie Safiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hendak memikat selera si anak, ibu memang kena jadi kreatif. Seperti ibu ini, dia berkongsi resipi roti kegemaran anaknya. Tiap kali roti ini disediakan, pasti anaknya makan dengan girang.
Khairiyah Hisham menyatakan penyediaan roti ini tidak sesukar mana. Hanya perlukan tiga bahan sahaja.
ROTI BERGULA
BAHAN BAHAN
Roti sandwich
Sapuan roti (mentega, marjerin) (BELI DI SINI & DI SINI)
Gula
CARA MEMBUAT
1. Sapukan sapuan roti pada kedua-dua bahagian permukaan roti.
2. Kemudian tabur gula.
3. Panaskan non sticky pan (BELI DI SINI). Letak sedikit sapuan roti pada kuali.
4. Biarkan sapuan roti tadi cair sedikit. Letakkan roti yang sudah disapu dengan sapuan roti tadi. Biarkan sehingga gula cair dan melekat elok pada permulaan roti.
Siap! Sedap dimakan ketika masih panas. Bagi kanak-kanak, enak dimakan begitu sahaja. Untuk orang dewasa, sedap kalau dilengkapi dengan kopi O panas.
Sayur amat penting diambil dalam hidangan harian kerana ia membekalkan zat serta vitamin yang diperlukan oleh badan. Namun tidak ramai yang menggemari rasanya. Salah tu…Hidangan sayur-sayuran, jika kena dengan gaya masakan, memang enak. Malah ada yang boleh dinikmati tanpa perlukan lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan empat resipi sayur yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. TAUGEH IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
150gm tauge kasar
1 keping tauhu | dipotong kecil
3cm isi ikan masin
1 pokok daun kucau | dipotong 3cm
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
INFO CHEF: Guna tauge kasar kerana ia memberikan rasa yang lebih enak.
2. KACANG PANJANG GORENG BERTELUR BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat kacang panjang | dihiris
Sedikit ikan bilis halus
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar | dihiris nipis
1 keping tauhu | dipotong kecil dan digoreng seketika
1 biji cili merah | dihiris
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris sehingga terbit bau harum.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sedikit air dan juga ikan bilis. Gaul rata.
Seterusnya masukkan kacang panjang, cili merah dan tauhu. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Tambah isi udang untuk rasa yang lebih enak.
3. BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
20 batang bendi | dihiris serong
5 keping daging burger | dicincang kasar
3 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan cili kisar
Sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili giling hingga garing.
Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
Seterusnya masukkan sos tiram, garam serta sedikit gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul hingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
Angkat dna sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daging burger, boleh juga menggunakan corned beef.
4. LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang leek | dihiris serong
10 ekor udang segar | dibersihkan
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji cili merah | dihiris serong
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili merah hingga wangi.
Kemudian Masukkan udang. Goreng lagi hingga isi udang separa masak.
Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air dan sedikit garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Leek tidak perlu dimasak lama kerana ia akan menjadi terlalu lembik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!