HomeBeritaSurirumah Rangkul Gelaran Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2, Bawa Pulang...
Surirumah Rangkul Gelaran Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2, Bawa Pulang RM10,000 Ketuhar Gelombang Mikro Fargo Serta Tiket Penerbangan Ke Melbourne!
BABA’Sterus komited memberi kepuasan kepada pencinta dunia kulinari di Malaysia menerusi kejayaannya dalam beberapa pengaturcaraan dan pertunjukan masakan tempatan. Sejak dari pengeluaran pertama 14 tahun yang lalu, BABA’S sentiasa fokus kepada kehendak penggunanya dan berusaha menyampaikan kehendak itu dalam format yang lain dari yang lain.
Optimis untuk memberi aspirasi dalam dunia masakan, Baba’s membawakan rancangan masakan, VERSUS 1001 RASA BABA’S yang telah pun tamat hingga musim kedua. Apa yang uniknya program ini adalah ianya disertai oleh peminat serta pengguna produk Baba’s dan dibantu oleh 17 guru masakan yang hebat. Program masakan yang dihoskan oleh Chef Dr Kamarul and Chef Adu Amran ini telah mendapat sambutan yang luar biasa sejak dari musim pertama lagi.
Ketua Pengiklanan & Promosi Baba’s, Claudian Navin Stanislaus berkata ia sudah menjadi satu prinsip buat pihak Baba’s untuk sentiasa mendengar komen serta kehendak pelanggan dan akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu daripadanya. Tetapi apa yang pasti, tidak kira berapa banyak sambutan yang diterima, pihak Baba’s tetap akan berhenti menyiarkan program tersebut selepas 2 musim dan akan kembali dengan program hit yang lain dengan idea dan konsep yang lebih menarik.
“Kami tidak mahu peminat bosan dengan program yang sama. Makanan merupakan sesuatu yang menarik dan terdapat banyak cara kreatif yang lain untuk menyampaikannya, kenapa perlu program yang sama berulang kali? Contohnya tiada siapa suka makan di tempat yang sama setiap hari, makanan yang sama, begitu juga dengan program masakan,” tambah Navin yang juga merupakan Pengarah Eksekutif rancangan ketika majlis penyampaian hadiah Versus 1001 Rasa Baba’s musim kedua di Empire Hotel, Subang Jaya, semalam.
Ads
Juara VERSUS 1001 RASA BABA’S Musim 2!
Siapa sangka seorang surirumah telah dinobatkan sebagai juara program pertandingan masakan Versus 1001 Rasa Baba’s musim kedua. Khadijah Mohd Noor Kamal, 39 tahun telah berjaya membawa pulang RM10,000 serta ketuhar gelombang mikro Fargo dan sepasang tiket penerbangan ke Melbourne, Autralia untuk empat hari tiga malam tajaan AirAsia.
Ads
Beliau mula mempunyai minat memasak selepas berkahwin dan mencuba pelbagai resipi di rumah. Berusaha menambah ilmu dengan meminta tunjuk ajar dan tips daripada ibu serta ibu mertuanya, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira apatah lagi ini merupakan kali pertama menyertai pertandingan memasak. “Kalau bercakap soal pengalaman, saya memang tidak ada apa-apa latar belakang berkaitan kulinari, saya cuma memasak di rumah untuk keluarga. Malah, mereka juga tidak menjangka saya boleh menyertai pertandingan ini,” kata beliau.
Ads
Ibu anak lima ini telah menewaskan tiga finalis lain iaitu Chef Budiman Bistari selaku pemenang tempat kedua serta Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli yang berkongsi tempat ketiga. Budiman membawa pulang RM3,000 beserta dua tiket penerbangan ke Hong Kong untuk empat hari tiga malam. Sementara Nazura dan Izwan masing-masing menerima RM500 serta tiket penerbangan ke Jakarta, Indonesia juga untuk empat hari tiga malam.
Pada peringkat akhir program itu, Khadijah menyediakan tiga menu iaitu Kari Ikan Baba’s dan Tepung Kacang Hijau Baba’s menerusi cabaran Black Box dan Nasi Minyak Beraroma untuk cabaran Inflight Menu.
Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan RM1001 kepada tiga badan amal terpilih iaitu Pertubuhan Tranformasi Dayak (TRADA), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dan Kelab Bekas Komando Malaysia.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sesiapa yang menonton filem pendek Raya “PANGSA” pasti terkesan lagi-lagi yang merantau ke negeri orang demi mencari rezeki yang jauh dari keluarga tercinta. Bukan mudah, tapi itulah realiti kehidupan anak muda zaman sekarang yang terpaksa melalui fasa kehidupan hidup berjauhan dari keluarga demi kelangsungan hidup sebagai seorang dewasa.
Filem pendek Raya ini mengisahkan bagaimana Amir yang berasal dari Sarawak, hidup di perantauan dan menyewa di sebuah unit rumah ‘PANGSA’, di Semenanjung Malaysia.
Watak Amir yang dibintangi oleh Ideen Azman, menceritakan bagaimana seorang pemuda yang pendiam, dan sentiasa bersendirian, tinggal di rumah ‘PANGSA’ yang dihuni oleh sebuah komuniti majmuk yang mengambil berat tentang satu sama lain, dengan cara dan keunikan sifat yang tersendiri.
Menurut Che’Az, selaku Ketua Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Kandungan Strategik Nu Ideaktiv Sdn Bhd, yang juga merupakan Pengarah Lakonlayar ‘PANGSA’, jalan cerita filem pendek ini tampak mudah dan selari, namun ianya tidaklah selurus yang disangka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, “Di dalam filem pendek ini, kita tonjolkan karektor Amir sebagai seorang yang introvert iaitu pendiam, pemalu dan tidak bergaul dengan jiran tetangganya. Amir cuba untuk menghadkan pergaulan dan perbualannya dengan jiran jiran lain, dan hanya buat hal sendiri sahaja. Namun, tanpa Amir sedari, sebenarnya mereka ini (jiran tetangga), amat prihatin akan keadaan Amir yang berjauhan dari keluarga dan cuba untuk mengisi kekosongan itu. Menariknya di dalam filem ini, kita boleh lihat bagaimana kepentingan Silaturahim dapat mewarnai kehidupan Amir yang dulunya sunyi dan sentiasa bersendirian. Saya juga ingin menekankan bahawa inilah yang menjadi tunjang kami di Nu Ideaktiv, kami ingin memberi inspirasi yang membina komuniti melalui program, mahupun kandungan portal yang positif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat, meliputi seluruh Nusantara”.
‘PANGSA’ turut menyentuh isu dalaman individu yang berpotensi untuk membawa kepada masalah kesihatan mental lain seperti, kemurungan, keresahan (anxiety), dan kejanggalan untuk bergaul dengan masyarakat.
Pada pengakhiran filem pendek ini, Amir akhirnya sedar akan kepentingan untuk ber-Silaturahim, dan merapatkan jurang di dalam komuniti.
Filem pendek Raya ini merupakan arahan bersama Zuhdee Zaid dan Che’AZ telah ditayangkan pada 14 April 2023 di YouTube ( https://youtu.be/dfI4ZdgeyBI ) setakat 3 hari tayangan sahaja telah meraih 30,000 views.
Jangan lupa tonton dan rasai sendiri kehangatan emosi di dalam filem pendek Raya ‘PANGSA’ ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kecoh di media sosial mengenai laporan penemuan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin tin yang diimport dari negara China. Kes yang berlaku di Indonesia itu telah menyebabkan pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produk dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan medianya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
Dalam isu ini, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
Sehubungan itu menurut beliau lagi, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh KKM di mana syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk-produk tersebut dari pasaran.
KKM juga akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman webhttp://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makananwww.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Siapa yang tak kenal chef Fikree dari program Helo Bro… Tolong Masak!, kemudian ke Dapr Panas dan akhirnya ke Hot Oven dan banyak lagi program masak yang menampilkan dirinya sama ada sebagai hos bersama atau chef jemputan. Kini chef yang pada asalnya tidak mahu terjebak dengan dunia glamor akhirnya akur sebagai chef seleberiti kerana takdir menentu segalanya. Tidak hairanlah kalau facebook dan instagram Chef Fikree menjadi carian para peminatnya.
Katanya, ingatkan bila duduk di dapur tak ramai orang kenal, tapi bila ada kemudahan teknologi segalanya berubah. facebook dan instagram juga banyak membantu umum mengenali dirinya. Bapa kepada Jaydan, anak lelaki Chef Fikree yang sungguh comel ini sangat menghargai para peminatnya dan tidak kedekut berkongsi ilmu masakan dan resipi.
“Tak sangka pulak bila dipenghujungnya, saya terjebak juga sebagai selebriti dan muncul di kaca TV. Agaknya memang itu yang tertulis. Lagi pun saya suka memasak,” ujar Chef Fikree.
Ingin mengetahui perkembangan lanjut chef instafamous ini boleh mencarinya di instagram cheffikreeaznan
DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
400 gm daging batang pinang | hiris nipis dan bersihkan
1/4 cawan kicap manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu the serbuk jintan putih
2 sudu makan pes cili kering
Sedikit air asam Jawa
1 labu bawang besar | hiris
2 batang serai | titik
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga garing sedikit. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
Tambahkan kicap dan gaul rata. Masukkan sedikit air dulu, biar daging mesra dengan kicap dan empuk.
Masukkan pula air asam Jawa dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi. Tambahkan pula garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar. Kacau hingga layu sekejap dan angkat.
Sedia dihidangkan.
PAJERI NANAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas saiz kecil | hiris bulat
500ml santan pekat
1 paket rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk. Setelah mendidih celur nanas seketika.
Angkat dan toskannya.
Sementara itu, panaskan minyak tumis rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan nanas dan santan pekat.
Biarkan mereneh seketika, kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah pajeri pekat dan timbul minyak baru tutup api.
Pajeri sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!