Siapa yang suka makan sup, pasti suka dengan resipi sup istimewa ini, sup power tulang rusuk bersama lidah lembu.
Menu ni jangan pandang sebelah mata tau. Tak ramai tahu sup lidah lembu sungguh terbaik rasanya. Eksotik dan autentik.
Buat yang pertama kali nak makan, memang agak geli. Fuhh rupanya kena dengan cara penyediaan dan dibuat sup begini rasanya lebih sedap dari daging. Tak muak. Rasa ringan sebab bukan bahagian berlemak.
Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini memang kena dengan selera. Cubalah sendiri keistimewaannya yang jarang diserlahkan.
SUP POWER TULANG RUSUK + LIDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk 1 ketul lidah lembu (basuh bersih. Buang dia punya lapisan putih yang bergerigi tu. Rebus sedikit masak. Baru hiris nipis) 1 peket kecil rempah sup Baba’s 2 pek rempah sup (apa-apa jenama pun boleh) 1-2 akar daun sup
7. Selepas isi tulang rusuk mula empuk, bolehlah masukkan lidah yang dihiris nipis. 8. Biarkan sup mendidih dalam api perlahan. Bolehlah perasakan garam yang kurang. Saya tak suka perah awal limau nipis dalam sup seperiuk begini. Sebab nanti rasa masam tu mengganggu rasa hirupan sup yang segar.
Ads
9. Sebelum tutup api, boleh je nak tabur sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Sikit je. Bagi baunya naik. Selebihnya tabur masa nak makan. 10. Nak makan baru tabur dengan daun sup, daun bawang, cili api merah hijau, tomato (optional). Masa ni baru kick perah asam limau nipis.
Masakan tradisional Kelantan seperti ayam percik dan kerutup memang digemari ramai, namun kedua masakan ini bukan hanya sesuai di musim perayaan tetapi juga sebagai hidangan untuk makan tengahari atau malam keluarga. Kedua menu ini sebenarnya mudah disediakan, tak percaya anda boleh cuba ye, resipi ada disediakan di sini.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kadang kita blur tak tahu nak makan lauk apa. Timbul rasa jemu, timbul rasa semua tak sedap. Tapi ada satu lauk yang boleh dicuba selain daripada masak ayam dan ikan. Apa kata try buat kerang.
Apabila anda nak masak kerang, kerap terfikir dalam kepala menu kerang rebus dan bakar sahaja. Paling kuat pun dimasak sambal kerang atau rendang kerang. Nah, RASA nak bagi satu idea yang best iaitu kerang goreng kicap.
KERANG GORENG KICAP
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai
50 ml kicap masin
500 gram kerang (dibersihkan)
250 ml air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
Menu Ayam Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah. Satu hidangan cukup lengkap dengan sayur. Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali. Anak-anak pun suka lauk sebegini. Untuk lebih enak, sediakan kicap, sambal belacan dan telur dadar. Memang ‘perfect’. Nak tahu cara-cara masak Ayam Goreng Kunyit yang sedap macam yang makan dekat kedai tomyam? Saudara Wan Iskandar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK AYAM GORENG KUNYIT MACAM DEKAT KEDAI TOMYAM
1. Potong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
2. Gaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada isi ayam yang digunakan. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali besar dan minyak yang banyak.
4. Masukkan hirisan isi ayam yang telah diperap tadi. Goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
5. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.
6. Siap! Ayam Goreng Kunyit ala kedai Tomyam siap untuk dinikmati.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!