Sup Ayam Pekat Berempah, Resepi Mudah Kegemaran Ramai

Share

Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.

 

RESIPI SUP AYAM PEKAT BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk ayam bahagian bertulang
  • 1 paket serbuk rempah sup beli online disini
  • 1 paket sup bunjut tulang beli online disini
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Rempah 4 sekawan
  • 2-3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 hiris halia  – tumbuk
  • 1 biji tomato merah – potong dadu
  • Air secukupnya
  • Ubi kentang beli online disini
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kiub pati ayam beli online disini
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dan tumiskan hirisan bawang besar dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.

2.Kemudian masukkan bawang putih dan halia. Kacau sehingga naik bau harum.

3.Kemudian masukkan tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.

4. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.

5. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata.

6. Tambah dua mangkuk air dan masukkan juga sup bunjut.

7. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Biarkan sup mereneh selama 30 minit pada suhu api kecil.

 

8. Bila sup sudah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.

8.Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sup Ayam sedia untuk dihidang.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN