Tiga menu ni memang rare, tak jumpa kalau nak cari di mana-mana restoran atau kafe, hanya orang-orang lama kat kampung yang masih masak, itupun sekali sekala. Disebabkan sekali sekala tulah tiga menu ni sangat sedap, tengok pada resipi taklah susah mana nak buat, senang je.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba…..
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan ikan masak sepenuhnya.
Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
IKAN PARI PERCIK DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari | potong sederhana dan cuci bersih
250ml santan pekat
5 helai daun purut
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu makan pes air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
Ads
1 bji bawang besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai
3cm kunyit hidup
2 biji cili merah
1hiris halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam.
Perap sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian bakar.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kauali.
Tumiskan bahan kisar hingga air wangi dan masukkan pes cili. Kacau lagi seketika.
Kemudian tuangkan santan pekat dan air asam jawa di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Renehkan hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Masukkan hirisan daun limau purut dan kacau rata.
Ambi satu atau dua sudu kuah, kemudian sapukan pada ikan yang sedang dibakar tadi.
10.Setelah ikan masak , tuangkan kuah di atasnya.
Ikan pari sedia dihidangkan.
RENDANG IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg ikan tongkol | potong nipis dan cuci bersih
500ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit air asam Jawa.
Panaskan pengukus dan kukus ikan lebih kurang 10 minit
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
Setelah berbau wangi masukkan pes cili . Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumis timbul minyak, masukkan santan, serai titik dan asam gelugor.
Setelah kuah pekat, masukkan ikan, diikuti kerisik.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah pekat dan timbul minyak, taburkan daun kunyit di atasnya.
Rendang Ikan Tongkol sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedap sungguh masakan Kelantan, selain Nasi Kerabu dan Nasi Dagang banyak lagi masakan yang menjadi kegemaran ramai masyarakat Cik Siti Wan Kembang ini yang enak dan menguja rasa. Walau berbeza menu namun soal rasa memang terbaik. Untuk itu, Rasa bawakan 10 jenis masakan masyarakat Kelantan yang tidak menghampakan bila anda cuba.
GULAI IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
1000ml santan
2 keping asam gelugor
5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
1 /2 batang timun | hiris bulat
8 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas | hiris nipis
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN
1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos
750ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam Jawa
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3cm lengkuas
3cm halia
5 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau hingga limpa kecut.
Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau rendang hingga timbul minyak.
Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
.
LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan tamban | bersihkan
5 biji limau nipis | ambil jusnya
6-7 biji cili padi | hiris halus
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun selom
Sedikit hirisan daun ulam rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan..
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1kg tulang
1 kg santan
2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar
8 ulas bawang merah | hiris
Gula kerek/gula Melaka secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu air asam Jawa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:
12 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
4cm halia | hiris
4 sudu makan Rempah Gulai Kawah
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
Tutup api dan ketepikan seketika.
Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo, rempah gulai yang sudah ditumis.
Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris.
Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
Perasakan dengan gula Melaka, air asam Jawa , gula dan garam secukup rasa.
Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.
Kali ini RASA ingin berikan resipi membuat kuah rojak yang sangat sedap. Dimakan pula dengan sengkuang yang rangup. Aduhai, memang tak toleh kiri kananlah jawabnya.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea melalui Rasa Share Resipi. Jom sama-sama kita buat kuah rojak ni.
KUAH ROJAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 ketul gula melaka
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 cawan kicap manis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1/2 ssudu kecil garam
1 sudu kecil belacan (dibakar)
2 sudu besar tepung ubi (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan kacang tanah (disangai dan dikisar kasar)
2 sudu besar bijan
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan air dan gula melaka.
2. Masak gunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Masukkan gula, kicap manis, cili kisar, sos cili, garam dan juga belacan. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan air bancuhan tepung ubi dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau agar kuah tidak hangus.
5. Setelah kuah menjadi pekat, masukkan kacang tanah dan juga bijan. Kacau sebati dan biarkan kuah masak seketika.
6. Tutupkan api. Sejukkan seketika. Simpan kuah rojak di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Siap.
Wow!Letak kuah rojak atas sengkuang macam ni.Boleh juga, colek macam ni.
Setiap kali lebaran, cookies antara carian yang popular dalam variasi hidangan Aidil Fitri. Kepada pencinta cookies, berikut dikongikan tujuh resipi cookies dan biskut yang ringkas, mudah disediakan dan sedap rasanya. Maklum kalau nak beli sebalang biskut sekarang ni agak mahal, jadinya jomlah kita buat sendiri.
WHITE ALMOND COOKIES
BAHAN A:
250gm mentega
80gm gula perang
80gm gula kaster
1biji kuning telur
BAHAN B:
100gm hirisan badam
200gm choc chip
350gm tepung gandum
1sudu teh baking pawder
1sudu teh soda bikarbonat
Sedikit asen vanila
1sudu teh butter oil
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dan gula. Pukul hingga berkrim.
Tambah telur dan pukul sebati.
Masukkan bahan B dan gaul hingga rata.
Masukkan dalam piping bag, kemudian gunting hujung piping bag lebih kurang satu inci.
Paip doh ikut keselesaan masing-masing.
Bakar dengan suhu 180°C selama 30minit atau bergantung pada
Sejukkan atas redai, sebelum sedia disimpan.
HEAVEN CHOC COOKIES
BAHAN A:
250gm mentega
170gm gula ising
1biji kuning telur
BAHAN B:
300gm tepung gandum
100gm choc chip
80gm badam cincang
50gm cornflake diramas
2 sudu makan serbuk koko
2 serbuk koko hitam serbuk koko hitam
1sudu kecil esen vanilla
CARA MEMASAK:
Satukan mentega dan gula. Pukul hingga berkrim.
Tambah telur dan pukul sebati.
Masukkan Bahan B, gaul hingga rata.
Masukkan adunan dalam piping bag.
Potong hujung piping bag, kemudian paipkan doh mengikut cita rasa .
Bakar dengan suhu 180°C selama 30 minit.
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
NESTUM CHOC
BAHAN A:
250gm mentega
110gm gula ising
40g susu penuh krim
60g tepung ubi
280g tepung gandum
50g tepung kentang
30g nestum
1sudu kecil esen vanila
BAHAN B (Hiasan):
Coklat masakan
Nestum
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A.
Adun menjadi doh lembut.
Ambil doh dan bentukkan bulat anggaran 9-10 gram, kemudia leperkan sedikiT
Susun dalam loyang pembakar .
Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
Setelah sejuk celupkan dalam coklat masakan yang sudah dicairkan.
Salutkan biskut dengan nestum.
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
BUTTER ALMOND
BAHAN A:
250gm mentega
1 sudu makan shortening
150gm gula kaster
Sedikit garam
1biji kuning telur
BAHAN B :
240gm tepung gandum
240gm tepung jagung
BAHAN C:
Kuning telur
Badam cincang
CARA MEMASAK:
Putar gula dan mentega hingga sebati.
Masuķkan telur dan garam. Adun sebati.
Satukan bahan B dan sebatikan hingga menjadi doh
Terap setebal 10mm dengan acuan kesukaan anda.
Sapu kuning telur dan taburkan badam cincang pada permulaan biskut.
Bakar pada suhu 180°C selama 30minit.
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CASABLANCA COOKIES
BAHAN A:
130g mentega
20g shotening
70g gula kastor
BAHAN B:
30g oat | dibakar sekejap
30g nestum
30g serbuk badam
20g bijan hitam
BAHAN C:
10g tepung beras
25g tepung jagung
150g tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Ceri merah
Ceri hijau
CAR MEMASAK:
Satukan bahan A. Gaul rata asalkan sebati sahaja.
Masukkan bahan Gaulkan bersama.
Kemudian tambahkan dengan bahan C dan sebatikan menjadi doh lembut.
Terap doh setebal 10mm. Bentuķkan ikut kreativiti.
Sapukan kuning telur. Serikan dgn sedikit ceri merah dan hijau.
Bakar suhu 180° C selama 30 minit .
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
SUJI BRUNAI
BAHAN A:
200gm minyak sapi
100gm shotening
180gm gula halus
1biji kuning telur
1sudu kecil esen vanila
BAHAN B:
370gm tepung gandum
80gm tepung suji
80g tepung jagung
BAHAN C ( Hiasan ):
50g nestum | kisar
50g susu tepung penuh krim
Gula ising | jika suka
CARA MEMASAK:
Gaul rata minyak sapi, shotening dan gula ising.
Masukkan telur dan esen vanila.
Gaulkan sekejap asalkan sebati sahaja.
Satukan bahan B, masukkan dalam bahan A.
Gaul sebati menjadi doh, kemudian terap nipis dengan acuan bulat.
Bakar suhu 180°C selama 30minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...