Barli adalah antara bijirin yang bagus serta baik untuk kesihatan dan kebaikannya sudah diketahui dunia sejak berzaman lagi. Malah ia antara amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan seharusnya diikuti serta dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.

Suka Makan Barli? Tahniah! Anda Memang Bijak Memilih Makanan.
foto: seriouseats.com

Barli juga merupakan bijirin yang mempunyai kandungan serat yang tinggi,  vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, protein, asid amino serta vitamin dan beberapa galian yang lain. Kajian klinikal yang telah dijalankan di Australia, Kanada dan Amerika syarikat melaporkan bahawa serat barli efektif dalam membantu merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli juga amat penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Selain itu, ada banyak lagi khasiat barli ni. Antaranya ialah:

1. Merawat Kencing Kotor.

Jika anda terkena kencing kotor ataupun dengan kata lainnya,  jangkitan pada saluran saluran kencing, anda boleh mengamalkan minum air barli. Ini kerana barli bersifat diuretik ( mempercepatkan proses pengeluaran air dari badan). Ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.

2. Mengurangkan Berat Badan

Suka Makan Barli? Tahniah! Anda Memang Bijak Memilih Makanan.

Kandungan serat dalam barli membantu anda untuk rasa kenyang secara lebih lama. Oleh yang demikian, ia amat sesuai dinikmati bagi anda yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

IKLAN

3. Merendahkan Tahap Kolestrol

Amalan meminum air barli juga dikatakan mampu memberi manfaat pada kesiahatn. Beta-glucan yang terkandung didalamnya dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Oleh itu ia dapat membantu mengelakkan masalah darah tinggi, jantung dan strok.

4. Membantu Legakan Cirit Birit

Barli sangat baik untuk kesihatan usus serta mempercepatkan proses penghadaman. Malah, jika anda mengalami masalah cirit birit, anda boleh mengamalkan pengambilan air barli bagi menstabilkan kembali kandungan bendalir dan elektrolit dalam badan.

5. Mengawal Kencing Manis

Suka Makan Barli? Tahniah! Anda Memang Bijak Memilih Makanan.

Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ia dikatakan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam barli juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

IKLAN

6. Menyejukkan Tubuh

Barli terkenal dek kerana khasiatnya serta kemampuannya yang mampu menurunkan suhu badan. Oleh itu, jika demam, anda disarankan untuk meminum air rebusan barli. Air barli juga antara minuman terbaik yang boleh menyejukkan badan. Oleh itu jika anda mengalami hari yang memenatkan serta cuaca yang panas, cubalah untuk minum air bali. Pasti anda akan rasa lebih segar.

 

Selain dijadikan minuman, barli juga boleh dijadikan manisan serta dimasak bersama nasi. Malah, jika anda mahukan hidangan dari barli yang lebih mengenyangkan, boleh cuba resipi Risotto Barli Keju Kacang Pis ini. Selamat mencuba!

IKLAN

RISOTTO BARLI KEJU KACANG PIS

Suka Makan Barli? Tahniah! Anda Memang Bijak Memilih Makanan.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm biji  barli
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 750ml stok ayam
  • 500ml air
  • 2 biji bawang putih } cincang
  • 1 biji bawang besar sederhana besar } potong dadu
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan daun rosemary  } cincang halus
  • 50gm  keju  parmesan } parut
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Ambil periuk dan panaskan stok ayam atau stok sayur-sayuran bersama air hingga mendidih. Setelah itu, padamkan api dan tutup periuk untuk biar ia kekal panas. Ketepikan.
  2. Ambil sebuah kuali besar dan panaskan satu sudu makan mentega. Apabila cair, masukkan bawang yang telah dicincang hingga ia lembut dan terbit wangi. Setelah itu masukkan bawang putih dan goreng untuk seminit lagi.
  3. Tuang barli ke dalam kuali dan masak sekitar 4-6 minit, sebelum masukkan 250ml stok ayam.
  4. Masukkan daun rosemary yang telah dicincang. Kacau rata.
  5. Masukkan stok ayam selebihnya sedikit demi sedikit sehingga ia meresap dan barli masak sepenuhnya. Sesekali kacau adunan dengan perlahan-lahan. Proses itu berjalan antara 30-45 minit sehingga barli masak sepenuhnya.
  6. Setelah itu masukkan kacang pis, sedikit mentega (lebihan tadi) dan keju parmesan sejurus sebelum menutup api. Kacau sebati.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

 

Info chef:  Jika mahu rasa lebih enak, boleh ditambah isi udang segar ke dalam risotto.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI