Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
Ads
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
Ads
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Ads
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
Musim cuti sekolah dah nak tiba, agak-agak jadi mak dekat rumah ni mesti runsing sikit nak fikir menu apa nak masak bila anak-anak ada dekat rumah. Anak-anak kalau dah dekat rumah memang kerjanya makan je kan musim cuti sekolah ni. Asyik nak order delivery je pun tak best juga. Jom cuba resipi Roti John Homemade yang sedap ni! Anak-anak pasti sukakan menu macam ni. Resipi ni telah dikongsikan oleh Salimah Olie di Facebook, jom cuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Nak masak resipi Roti John Homemade ni kena guna non stick pan baru mudah kerja kita. Boleh dapatkan Shogun 36cm IH Marble Non Stick Wok dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5DISINI!!
Kacang Botak antara snek kudapan di hari raya yang paling disukai ramai. Mana tidaknya, sebalang demi sebalang terpaksa ‘di top up’ disebabkan ramai tetamu sukakan kerangupan Kacang Botak. Nak tahu bagaimana cara untuk membuat Kacang Botak yang rangup? Nah cuba resipi Kacang Botak yang dikongsikan oleh Are Peace.
RESIPI KACANG BOTAK
BAHAN-BAHAN:
400g kacang tanah 5 ulas bawang putih (ditumbuk) – BELI ONLINE 1 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar gula – BELI ONLINE 3 sudu kecil garam – BELI ONLINE 2 biji telur 1 sudu kecil serbuk perasa 1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam) 5 sudu besar tepung gandum – BELI ONLINE 1 sudu besar tepung beras – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama. Selepas basuh etrus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (boleh keringkan dalam oven sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandung dan tepung beras. Gaul sampai sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Selepas masukkan kacang, terus kacau jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak. Siap.
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.