Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.

Bagi mak-mak yang nak buat sarapan untuk anak-anak, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.

PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP

Penkek Lemon Maple & Milo, Molek Benar Buat Sarapan Untuk Anak-anak

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 150gm tepung gandum
  • 50gm cornflakes | ramas kasar
  • 280ml susu segar
  • 30gm gula halus
  • 1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
  • 1 biji parutan kulit lemon
  • 1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
  • 2 sudu makan mentega | cairkan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sirap Maple secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Tekstur agak kenyal
Jenis masakan : Pencuci mulut

INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.

IKLAN

PANCAKE MILO

Penkek Lemon Maple & Milo, Molek Benar Buat Sarapan Untuk Anak-anak

Bahan – bahan:

IKLAN
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair/ susu segar
  • 3 paket Milo 3 in 1
  • 3 sudu besar mentega dicairkan
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder @serbuk penaik

CARA MEMASAK :
1. Pecahkan telur dan kacau
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap & terus angkat.
7. Sedia untuk dihidangkan.

* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.

Pancake Milo : Resipi dipetik dari Sheila Rusly

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI