
Pernah makan Stew Ayam? Biasanya ramai yang berkongsi resipi Stew Daging. Resipi stew ni memang sangat mudah dan cepat masak. Malah rasanya juga tersangatlah sedap. Selain dinikmati bersama nasi, hidangan ini juga enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni.
CARA MASAK STEW AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
- 1/4 ayam | potong kecil
- 1 kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 sudu makan mentega
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 3 biji bawang merah | hiris
- 1 hiris halia | hiris
- 2 sudu makan tepung gandum
- 2 biji ubi kentang | potong kecil
- 1 batang saderi | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris kecil
- Sedikit garam
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan tambahkan air. Kacau sehingga sebati dan tepung tidak berketul.
3. Masukkan hirisan ayam. Biarkan hingga mendidih barulah dimasukkan ubi kentang, lobak merah dan saderi.
4. Perasakan garam dengan secukupnya dan perlahankan api. Kacau hingga semua bahan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Panggang Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan.

Ayam panggang atau ayam golek memang jadi kegemaran ramai. Pergilah kemana sahaja pasar malam, pasti ada menu ini yang dijual. Harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba masak Ayam Panggang homemade untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Sitjua Jua ni antara yang paling mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM PANGGANG HOMEMADE PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan kicap
BAHAN PERAP:
- 1/2 biji bawang holland
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perap dan kisar halus.
2. Bersihkan ayam, lumurkan dengan garam secukupnya. Kemudian perap dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Gaul sekata supaya sebati. Perap. Untuk rasa lebih sedap, disarankan perap semalaman.
4. Untuk memasak, boleh dipanggang menggunakan air fryer menggunaka suhu 170C selama 30 minit. Jika tiada, boleh panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang lain.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sitjua Jua
Resepi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok & Sambal Gesek

Hidangan Ayam Kicap ala 3 Budak Gemok ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia. Ada pula Sambal Gesek padu, aneka ulam dan telur dadar, waduh…Sedap tak terkata. Menerusi perkongsian saudari Rozmaliza Omar, beliau telah berkongsi resipi Ayam Kicap ala 3 Budak Gemok dan Sambal Gesek yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM KICAP ALA 3 BUDAK GEMOK DAN SAMBAL GESEK
BAHAN A:
1/2 ekor ayam – dibersihkan, potong kecil dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga garing.
BAHAN B: (TUMBUK/ KISAR SEDIKIT KASAR)
1 biji bawang besar – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
3 biji cili api merah
5 biji cili api hijau
1/2 inci halia – hiris nipis dulu
BAHAN C:
4 sudu makan sos tiram – beli online disini
7 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
2 sudu makan kicap cair – beli online disini
1 sudu makan karamel masakan
1 sudu makan gula melaka – beli online disini
1 sudu makan pes asam jawa – beli online disini
3 tangkai daun kari
Garam (bubuh jika perlu sahaja)
Ajinomoto – optional
CARA MEMASAK:
1. Gorengkan ayam hingga garing. Ketepikan seketika.
2. Tumbuk atau kisar sedikit kasar bahan-bahan B.
3. Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan-bahan tumbuk/kisar hingga kuning.
4. Masukkan bahan-bahan C. Garam letak bila perlu. Kacau 2-3 minit. Sesuaikan rasa. Sekiranya suka agak berkuah masukkan sedikit air.
5. Bila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap.
RESEPI SAMBAL GESEK
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili api hijau (*)
15 biji cili api merah (*)
1 biji bawang holland size kecil (*) – potong kasar – beli online disini
3 ulas bawang putih (*) – potong kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan limau nipis
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Gorengkan hingga layu dan bawang sedikit kekuningan.
3. Bila sudah layu, angkat dan tumbuk/ kisar semuanya hingga 90% lumat..
4. Perasakan dengan garam, gula & jus perahan limau nipis. Sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Dapat 30K Share Di FB, Resipi Colek Kampung Ni Memang Padu
Patutlah Dapat 30K Share Di FB, Resipi Colek Kampung Ni Memang Padu
Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap & Mudah
Bebola Ikan Salut Tepung. Kudapan Ringan Nostalgia Kegemaran Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
7 Masakan Mudah Yang Akan Buat Ibu-Ibu Tersenyum. Dah Tak Pening Fikir Menu Lain Dah!

Kehabisan idea nak masak? Asyik ulang lauk sama. Ha…Ni ada tujuh menu mudah, cepat dan ringkas yang anda boleh masak. Jangan pening-pening lagi ya. Selamat mencuba!
1. SAMBAL SOTONG BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor sotong segar ] bersihkan dan potong mengikut kegemaran saiz kegemaran anda
- 3 sudu makan santan pekat
- 6 ulas bawang merah ] tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
- 1cm halia ] tumbuk halus
- 5 sudu makan cili giling
- 1 labu bawang besar ] dihiris
- 1 sudu teh pes asam jawa ] larutkan dengan 100ml air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula perang
CARA MEMASAK:
- Panaskan satu sudu makan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus dan cili giling hingga garing. Gunakan api yang sederhana. Kacau selalu sehingga pecah minyak.
- Masukkan sotong yang telah dihiris dan garam. Kecilkan api dan gaul lagi. Biar sambal mereneh. Kacau dan masukkan bawang besar dan santan pekat.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Gaul dan reneh sehingga kuah pekat.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Gula nipah atau gula apung lebih sedap untuk sambal ini. Sotong boleh direndam dalam air halia yang ditumbuk sebelum menumis bagi mereka yang ada alahan kepada sotong.
2. UDANG MASAK GULAI KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang segar bersaiz sederhana
- 30gm nanas mengkal separuh masak dipotong kecil
- 1 biji bawang besar dihiris kasar
- 4 ulas bawang merah | ditumbuk
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- 8 ulas cili padi | ditumbuk
- 2 biji cili masak | ditumbuk
- 2 cm halia | ditumbuk
- 250ml santan pekat
- 150ml air
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 50gm kerisik
- Sehelai daun kunyit disiat kasar
- Garam dan gula mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk kunyit, daun kunyit, separuh daripada santan dan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
- Kemudian tuangkan baki santan dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga kuah mendidih. Pastikan santan tidak berketul.
- Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
- Kecilkan api dan reneh seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
3. SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg Tulang lembu Gear-Box
- 5cm halia ] dititik
- 1 biji bawang besar ] dihiris
- 3 ulas bawang putih ]ketuk
- 1 bungkus sup bunjut
- 2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
- 1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
- 1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
- 2 biji buah pelaga
- 1cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1kuntum bunga lawang
- 5 biji cili padi ] ketuk
- Sedikit bawang goreng ] hiasan
- Daun sup secukupnya ] hiasan
- Air limau nipis secukupnya
- Air untuk merebus secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
- Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
- Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik. Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
- Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
- Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
- Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.
Info Chef: Untuk cepat empuk tulang,rebus menggunakan periuk tekanan.
4. KERANG MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kerang segar ] cuci hingga bersih
- 100gm cili giling
- 6 ulas bawang putih ]cincang halus
- 5cm halia muda ]cincang halus
- 50gm sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- 15 biji cili padi ] dihiris
- 150ml kicap pekat manis
- 2 sudu makan tepung jagung ] larutkan dengan 80ml air
- Sedikit hirisan daun bawang dan lada sulah
- Garam, gula dan cuka secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili giling, bawang putih serta halia hingga garing.
- Masukkan sos tiram, minyak bijan dan kicap pekat manis dan gaul rata. Setelah itu perasakan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
- Kemudian masukkan kerang dan gaul selama lima minit.
- Curahkan bancuhan tepung dan gaul hingga kuah pekat. Masukkan hirisan cili padi dan daun bawang.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Elakkan menabur bawang goreng dan daun sup kerana masakan ini adalah ala cina dan jika mahu, lebih sesuai ditabur daun ketumbar.
5. AYAM GORENG DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- Dua keping isi ayam | dipotong saiz 4cm sebanyak 8 keping
- 4 ulas bawang merah | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia | dikisar
- 1.25cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai dihiris | dikisar
- 1.25cm kunyit hidup | dikisar b
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan gula
- Daun pandan secukupnya
- Lidi pencucuk secukupnya
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan bahan kisar dengan kepingan ayam. Perasakan dengan sos ikan dan gula. Perapkan semalaman di dalam peti sejuk ( chiller ). Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pandan dan balutkan seketul ayam yang diperap dan sematkan lidi supaya daun tidak tertanggal semasa menggoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dalam masa 15 minit hingga garing.
- Angkat dan tos.
- Sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan daun pandan dilayurkan dahulu supaya mudah membalut ayam.
6. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam |belah lapan, digaram sedikit dan digoreng
- 1 sudu makan serbuk ketumbar | dijadikan pes rempah
- 1 sudu makan serbuk jintan putih | dijadikan pes rempah
- 1 sudu makan serbuk jintan manis | dijadikan pes rempah
- 4 ulas bunga cengkih | rempah penumis
- 4 ulas buah pelaga | rempah penumis
- 1cm kulit kayu manis | rempah penumis
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 5 ulas bawang merah | dihiris
- 10 cili kering direndam | dikisar
- 2 biji buah keras | dikisar
- 2.5cm kunyit hidup | dikisar
- 3 batang serai dihiris | dikisar
- 1.25cm lengkuas dihiris | dikisar
- 1 sudu teh pes asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur ayam dengan sedikit garam dan goreng garing. Ketepikan.
- Ambil sedikit minyak baki menggoreng ayam dan tumislah bahan penumis, pes rempah, hirisan bawang tadi. Tumis hingga naik bau wangi.
- Masukkan pula bahan kisar dan gaul rata. Goreng di atas api yang sederhana. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam dan reneh di atas api kecil sehingga kering dan garing.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: juadah ini memerlukan anda bijak dalam mengawal asam garamnya untuk mendapatkan rasa yang sesuai sekali.
7. UDANG MASAK TOMATO
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang segar|bersihkan
- 5 ulas bawang merah | dikisar halus
- 1 ulas bawang putih | dikisar halus
- 5cm halia muda | dikisar halus
- 3 batang serai dihiris | dikisar halus
- 2 sudu makan cili boh
- 1 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1cm kayu manis
- 50ml sos tomato
- 50ml sos tiram
- 80gm bawang goreng
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang yang telah dilumur sedikit garam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan kira-kira dua sudu makan minyak baki menggoreng udang tadi dan tumis buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau wangi. Masukkan pula cili boh dan gaul hingga garing.
- Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan sos tomato dan sos tiram , kecilkan api dan teruskan menumis. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan udang goreng bersama bawang goreng dan gaulkan sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak suka, tidak perlu masukkan bawang goreng.
8. SOTONG BAKAR SUMBAT SAMBAL
BAHAN PES SUMBAT SAMBAL:
- 800gm sotong
- 5 biji cili masak | dikisar kering
- 3 biji cili padi | dikisar kering
- 5cm lengkuas | dikisar kering
- 3 ulas cili padi | dikisar kering
- 3 batang serai dihiris | dikisar kering
- 8 biji bawang kecil | dikisar kering
- 2 biji bawang putih | dikisar kering
- 5cm halia | dikisar kering
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil jus limau nipis
- ½ biji kelapa parut
- 1 helai daun kunyit diracik halus
- Garam dan gula secukupnya
- Lidi untuk menyemat sotong
- Foil aluminium secukupnya untuk membungkus sotong
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong dan tos. Ketepikan.
- Di dalam satu mangkuk, bahan yang telah dikisar kering digaulkan dengan serbuk kunyit, jus limau nipis, kelapa parut dan daun kunyit sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ini menjadi bahan inti kepada sotong tadi. Ketepikan.
- Ambil sotong, sumbat bahan inti ke dalam sotong sepenuh mungkin dan sematkan lidi. Pastikan inti tidak terkeluar. Ulangi langkah hingga selesai.
- Ambil selembar kertas aluminium dan letakkan sotong di tengahnya serta taburkan baki inti di atas sotong-sotong tadi. Bungkus sotong dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 25 minit atau dibakar hingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada ketuhar, boleh bakar menggunakan kuali pemanggang ajaib.