Kuih vadai agak sukar ditemui, melainkan jika kita ke restoran mamak. Itupun, adakala tiada juga. Jadi, kalau memang gemar dan teringin, boleh saja cuba buat sendiri. Bahan utama, kacang ulunthu.
Menurut Nur Masri yang sudi berkongsi cara penyediaan kuih vadai ini, bahannya mudah saja tetapi cara membuatnya yang sedikit mencabar. Untuk menjadikan bentuknya seperti donut dengan adunannya yang melekat dan lembik memerlukan sedikit kemahiran.
Kuih vadai ini sedap dimakan ketika masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Namun, ketika sejuk pun masih lembut lagi. Jika buat banyak, boleh di sejuk bekukan dan panaskan menggunakan air fryer sahaja. Jom kita cuba buat.
Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. (Jika nak masak pagi, boleh rendam waktu malam. Nak masak petang, rendam waktu pagi.)
Toskan air dan kisar kacang ulunthu dengan sedikit air sehingga halus. (Jangan letak banyak air kerana nanti akan susah untuk dibentukkan.)
Ads
Apabila kacang ulunthu menjadi halus, masukkan jintan manis dan kisar sekejap.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk.
Masukkan pula tepung beras dan baking soda.
Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu, bolehlah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
Jika adunan cair, boleh tambahkan tepung beras.
Ads
Celup tangan dalam air. Ambil sedikit adunan dan letak membulat di atas tapak tangan atau daun pisang.
Celup jari telunjuk ke dalam air dan buatkan lubang di tengah adunan.
Terbalikkan adunan tadi di atas jari tangan kanan.
Masukkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.
Tunggu sehingga vadai timbul dan keperangan, baru terbalikkan. Jika terbalikkan semasa masih lembut, bentuknya akan rosak.
Goreng hingga keperangan dengan api sederhana. Jika api besar, ulunthu akan rasa mentah dan bahagian dalam belum masak sepenuhnya.
Mulut rasa nak mengunyah yang manis. Min cadangkan buat resipi kuih lapis coklat pandan yang pasti korang suka. Boleh layan makan, gabungan pandan dan coklat memang harum jer . Bolehlah cuba nanti .Sedap yakmat ampa tau dak
KUIH LAPIS COKLAT PANDAN
BAHAN A 2 cawan tepung beras(cap teratai) 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 2 cawan santan 1 sudu kecil garam
BAHAN B 1 tin susu cair 1 cawan santan 1 ¹/⁴ cawan gula pasir( 1 cawan lebih) 2 helai daun pandan(simpul)
BAHAN C 3 sudu besar serbuk koko+ 4 sudu besar air suam =kacau biar sebati 1 sudu kecil pewarna hijau(nak terang lagi..boleh tambah lagi)
*Kalau betul-betul ikut sukatan memang akan dapat kuih lapis yang cun
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan B.Masak atas api sambil-sambil kacau sampai gula hancur. 2.Ketepikan bahan B yang dimasak tadi. Biar suam-suam sikit. 3.Masukkan semua bahan A dalam bekas. Kacau-kacau biar sebati. 4.Bila bahan B yang kita masak tadi dah suam, campurkan bahan A dan B.Kacau sebati dan tapis. 5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6.Satu adunan letak serbuk koko yang dibancuh tadi(kacau sebati) 7.Satu adunan lagi masukkan pewarna hijau.
8.Panaskan kukusan.Penutup kukusan kena bungkus supaya air wap tidak menitik. 9.Letak loyang yang dah disapu minyak dalam kukusan biar panas sekejap. Tuang adunan selapis selapis. 10.Mula-mula .tuang warna coklat dulu selapis. Guna senduk bulat yang besar.Tuang haruslah rata dalam loyang. 11. Kukus dalam 5 minit setiap lapisan, api sederhana.Dah cukup 5 minit, buka kukusan. Kemudian tuang yang hijau .Tutup dan kukus lagi 5 minit. 12.Ulang langkah tuang selapis-selapis sampai habis adunan. 13.Untuk adunan yang terakhir,kukus selama 20 minit.
14.Dah siap masak,keluarkan kuih lapis dari kukusan.Sejukkan baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik Selamat mencuba. Resipi :Cikpooja
Sedapnya Kuih Bakar Pandan ni. Para penggemar kuih muih tradisional memang kena cub ani. Lemak-lemak manis memang membuka selera. Cara masaknya pun sangat mudah. Guna acuan muffin dan bakar pun guna ketuhar je. Nak cuba buat sendiri kuih ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizatul Ayub. Pasti puas hati dengan hasilnya.
Nak tunggu raya baru dapat biskut kegemaran. Kalau dah suka boleh sahaja buat biskut citarasa anda. Biskut Makmur ni kalau kena dengan tekak, sebalang pun boleh habis dimakan. Buat yang ingin mencuba boleh ikut resipi yang dikongsi ini. Buat lebih boleh hadiahkan kepada yang tersayang.
Makmur Melting
Bahan-bahan:
1800gm tepung gandum the baker choice (masuk oven bakar sekejap atau sangai dalam kuali sampai tepung panas jangan hangit. Kalau matahari terik jemur pun boleh lagi senang)
200gm tepung jagung
200gm gula aising(ayak)
200gm susu tepung full cream fernleaf
2 sudu teh garam halus
800gm minyak sapi gheeblend
8 sudu besar butter/buttercup (ni tujuan untuk tak cepat pecah/rapuh semasa golek-golek dalam gula nanti)
Step ni rasanya semua tahukan. Uli sampai boleh dikepal-kepal.
Untuk inti dalam doh:
750gm kacang tanah (sangai buang kulit dan dikisar kasar sikit nanti time makan texture ada krup krap kacang tu buat feel layan makan
300gm gula yang dikisar halus
270gm mentega kacang( nak bg lemak-lemak dan senang dikepal time nak letak inti)
60gm butter/buttercup
Semua ni digaul sampai semua rata.Sampai boleh dikepal-kepal.
Bahan salut:
800gm susu tepung full cream fernleaf
880gm gula aising-mesti ayak bersama bagi rata
Bagi yang tak suka sangat rasa susu yang kuat boleh guna salutan resipi ke 2 ni
600gm susu tepung full cream
1200gm gula aising
Ayak bersama
Cara membuat:
1.Macam biasa sukat 1/2 sudu besar metrik doh tepung.
2.Letak inti dalam 3/4 sudu teh dan bakar dalam oven 30 minit 140 darjah.
3.Kalau nak senang letak bahan salut dalam bekas tupperware kedap udara,siap masak goncang-goncang dalam tu,cepat sikit kerja.
3.Boleh juga di ubah suai letak pes pandan dan pewarna hijau untuk makmur pandan dan ditekan dalam acuan jelly untuk dapatkan reka bentuk yang pelbagai.