Teringat zaman kanak kanak dahulu.. bila makan roti disapu dengan sri kaya. Tak sama rasanya kaya yang dibeli dengan yang dibuat sendiri. Lemak manis enak tak terkata. Srikaya Homemade…cuba sekali pasti nak lagi, yang penting suami dan anak-anak pasti suka…
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
-masak gula hingga keperangan….tutup api kemudian masukkan 1cawan air panas n buka api semula…kacau gula sampai cair semua … biarkan sebentar…
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam (akak letak, terpulang kpd anda)
-blend semua bahan2 di atas sampai gula hancur
1 kotak santan 200ml
2 sudu besar tepung jagung
-campur dan kacau hingga sebati
Cara memasak:
- Panaskan gula karamel tadi…
- Masukkan bahan2 yang telah diblend,kacau hingga sebati…
- Masukkan pula santan yg telah dicampurkan dengan tepung jagung…
- Kacau hingga pekat dan berkilat dengan api yang perlahan. Pastikan jangan sampai hangus…siap dan sejukkan sebelum simpan…
Resipi & foto: Koleksi Resepi Kuih Muih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap, Lembut & Gebu. Ini Resipi Kek Karamel Paling Best.
Kek Karamel ni memang sedap. Gabungan antara Puding Karamel dan kek yang gebu sangat serasi serta memikat selera. Pendek kata, sekali rasa pasti nak cuba lagi. Ramai yang tertanya-tanya, macam mana kek + puding ni dibuat. Ada yang pernah cuba tapi tak menjadi. Meh cuba resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ni. Pasti puas hati. Kek pun cantik. Sesuai sangat buat sempena hari jadi atau buah tangan untuk keluarga tersayang.
CARA MASAK KEK KARAMEL ALUNAN KASIH
BAHAN KARAMEL / GULA HANGUS:
- 2 1/2 sudu makan gula
( Tabur gula di dalam loyang saiz 9 inci. Masak atas api kecil hingga gula cair dan bertukar warna perang muda. Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.
BAHAN PUDING:
- 2 biji telur – putih & kuning
- 3 biji kuning telur
- 1 tin susu cair (beli ONLINE)
- 1/2 cawan susu pekat manis (beli ONLINE)
- 1 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanilla
( Kacau semua bahan-bahan dengan garpu hingga sebati sahaja. Jangan sampai berbuih. Tapis ke dalam loyang berisi karamel @ gula hangus.)
BAHAN MERINGUE:
- 6 biji putih telur – pastikan tiada bercampur kuning telur & air
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu teh cream of tartar (beli ONLINE)
( Pukul semua bahan dengan kelajuan high speed hingga kental & bertanduk. Meringue mencapai tekstur yang terbaik adalah apabila bekas diterbalikkan, adunan tidak tumpah.)
BAHAN KEK:
- 3 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- 1/4 cawan minyak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 1/2 cawan tepung gandum (beli ONLINE)
- 1 sudu makan serbuk penaik (beli ONLINE)
- Pewarna pink dan hijau secukupnya
- Serbuk koko / milo secukupnya (beli ONLINE)
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula, air, minyak dan esen vanilla hingga berkrim.
2. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga kembang.
3. Kemudian masukkan meringue secara 3 peringkat. Kaup balikkan dari bawah dan keatas perlahan-lahan hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian dicampur dengan pewarna dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal. Masa ni boleh panaskan ketuhar dulu pada suhu 170C.
5. Dengan menggunakan sudu, tuang adunan hijau keatas dan sekeliling puding secara perlahan-lahan. Adunan akan terapung ye. Jadi tak perlu ratakan untuk dapatkan corak kek yang beralun.
6. Kemudian masukkan koko/milo ke dalam penapis dan ayak secara nipis memenuhi permukaan lapisan hijau tadi. Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan lagi. Lapisan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko/milo.
7. Kaedah bakar secara ‘water bath’ – Letak loyang kek ke dalam loyang saiz 10×10 dan isi air panas hingga loyang kek tenggelam sedikit.
8. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Kemudian 15 minit terakhir, guna api atas sahaja. ( masa membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing.)
9. Setelah kek masak, sejukkan selama 20 minit sehingga tepi kek lekang dari loyang. Terbalikkan perlahan-lahan ke atas pinggan.
10. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah
Tercari-cari MIXER baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Jelly Tembikal Viral. Hmm…Ubat Sejuk Tekak Di Musim Panas Ni!
Jika dulu, sebut sahaja agar-agar, pasti terbayang manisan berperisa sirap, jagung, pandan dan sebagainya yang dipotong dadu. Memang enak dimakan sejuk-sejuk. Malah nak buatnya juga senang dan murah. Kini dengan inovasi serta kreativiti, bermacam-macam resipi agar-agar telah dihasilkan. Bahkan hasilnya sangat menarik dan kelihatan mewah. Bagi anda yang gemarkan sajian agar-agar, resipi yang kami kongsikan ini anda boleh cuba. Mudah, sedap & berkhasiat.
RESIPI JELLY TEMBIKAI VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar serbuk
- 1 liter air
- 200gm gula
- 1 biji buah tembikai merah
- Buah naga | potong dadu
- Buah kiwi | potong dadu
- Buah nanas | potong dadu
- Buah betik | potong dadu
- Strawberi | potong dadu
- Blueberi
* Selain buah-buahan diatas, boleh juga menggunakan buah-buahan lain mengikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
- Tembikai dibelah dua dan dikeluarkan isinya. Isi tembikai dipotong dadu.
- Masukkan kesemua buah-buahan yang dipotong dadu ke dalam kulit tembikai.
- Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
4. Tuang agar-agar ke dalam kulit tembikai berisi buah-buahan tadi. Biarkan sejuk dan mengeras. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.
5. Potong dan sedia untuk dinikmati.
https://www.facebook.com/Starvingtime/videos/1809608712391976/
Kredit gambar, resepi & video: Starvingtime
Resepi Puding Lapis Pandan Santan Enak Dimakan Sejuk
Bukan hanya warnanya yang memukau, rasa puding ni memang enak. Lemak manis rasanya. Puding ni kalau simpan dalam peti sejuk pun boleh tahan selama 4-5 hari.
PUDING LAPIS PANDAN SANTAN
Bahan-bahan:
LAPISAN PERTAMA
Loyang 8 inci
10g agar agar serbuk (1 paket)
4 cawan air (1 liter)
Air pandan yang dikisar (5 hingga 6 helai daun pandan + 1 cawan air. Kisar dan tapis)
3/4 cawan gula ( 150g)
Sedikit essen vanila
LAPISAN KEDUA:
2 ½ cawan air
10 gram agar-agar serbuk
3/4 cawan gula (150g)
200g santan pekat
1 tin susu cair (370ml)
Sedikit garam
Cara memasak:
LAPISAN PERTAMA
1.Masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan.
2.Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 15 minit kacau hingga mendidih.
3.Dah mendidih matikan api dan kacau 5 minit dan tapis.
4.Satu layer saya buat dalam sukatan 1 cawan (250ml) wajib guna cawan atau apa-apa bekas yang ada sukatan supaya layer sekata.
5.Tuang layer pertama dan sejukkan dalam peti selama 5 minit.
6.Lebihan adunan pertama ni letak atas loyang atau apa-apa bekas dan isikan dengan air panas supaya agar-agar lebihan tadi tidak mengeras.
LAPISAN KEDUA:
1.Masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan.
2.Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit kacau hingga mendidih. Bila mendidih matikan api dan kacau 5 minit.
3.Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan pertama tadi dan sejukkan selama 5 minit.
4.Ulang cara yang sama bagi setiap layer sampai habis adunan. Setiap lapisan wajib sejukkan selama 5 minit di dalam peti baru tuang layer seterusnya.
5.walaupun kita dah tuang air panas supaya lebihan puding tidak mengeras sewaktu tunggu setiap lapisan tu sejuk, jadi jangan risau panaskan balik atas api perlahan sampai adunan cair balik dan tambahkan sedikit air
6.Lapisan terakhir boleh sejukkan selama 2-3 jam dalam peti
7.Dah siap.
Kredit: Muhammad Ali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official